Followers

rantau ku sayang

Monday, September 12, 2011

"Bukan orang Melayu sahaja marah, malah kaum Cina dan India pun marah", kata Tok Mat.

Pemimpin pembangkang perlu memastikan setiap kenyataan yang dibuat adalah berlandaskan fakta dan bukannya bertujuan meraih populariti dan undi semata-mata.


Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ini bagi mengelakkan berulangnya kes yang menimpa Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu apabila beliau mengangkat komunis sebagai hero dalam tragedi serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong.

Katanya, sedangkan kenyataan semberono Mohamad atau Mat Sabu itu hanya menimbulkan kemarahan orang ramai terutama keluarga anggota keselamatan yang terkorban dalam tragedi itu.

”Ini jelas memperlihatkan keperibadian orang (Mat Sabu) yang bercakap. Ia jelas menunjukkan kedangkalannya. Saya tahu bahawa orang ramai boleh menilai kenyataannya itu.

”Bukan orang Melayu sahaja marah, malah kaum Cina dan India pun marah kerana pada zaman darurat dahulu ketika komunis cuba hendak mengambil tampuk pemerintahan negara ini ramai yang dibunuh oleh mereka.

”Malah kaum lain juga dizalimi apabila rumah-rumah mereka dibakar kerana enggan bekerjasama dengan komunis,” katanya lagi.

Jelas DS Utama Hj. Mohamad, isu yang dibangkitkan oleh Mat Sabu ini bukan hanya melibatkan satu kaum semata-mata tetapi melibatkan semua kerana komunis bukanlah penuntut kemerdekaan yang sebenar.

Tambahnya, kenyataan itu hanya menambah luka kepada ahli keluarga pasukan keselamatan yang terlibat dalam tragedi itu selepas Mat Sabu dengan semberono mengatakan penyerang balai polis itu yang terdiri daripada komunis adalah hero.

”Inilah kuasa Allah hendak ditunjukkan kepada rakyat bahawa kerana tamak dan haloba mereka untuk mendapatkan kuasa dan simpati dari pengundi, mereka lupa apa yang mereka perkatakan.

”Tindakan mereka ini bukan hanya akan memakan diri sebaliknya akan menimbulkan kebencian kepada orang ramai,” tegasnya.

Sumber N9kini.com

No comments:

Post a Comment