Followers

rantau ku sayang

Tuesday, September 27, 2011

Isu hudud: Bagi arahan tutup mulut pulak, puak-puak Pakatan Haram ni...


Seperti yang diduga pakatan pembangkang yang gabra dengan polimek isu hudud yang mendedahkan kepada mata ramai bagaimana  ia ‘ tidor sebantal mimpi lain-lain’ telah bertindak segera untuk buat damage control.

Satu sidang media khas dipanggil oleh Setiausaha Agung PAS-PKR –DAP di ibupejabat PAS di Kuala Lumpur tengahari Isnin untuk memastikan ia tidak merebak hingga di luar kawalan.

Maka seperti biasa satu arahan TUTUP MULUT dikeluarkan kepada semua pemimpin pakatan pembangkang jangan cakap isu hudud hingga Rabu mala mini bila majlis pimpinan mereka mengadakan mesyuarat untuk memutuskan satu konsensus keatas isu yang menjadi modal politik PAS.

Pengumuman mengenai arahan berkenaan dibuat oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali.Hadir sama Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution dan Ketua Pemuda DAP Anthony Loke yang mewakili Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Keadaan dalam pakatan pembangkang jadi bercempera bila Pengerusi DAP Karpal Singh ‘mengamuk’ balik dan Guan Eng kata semua barisan pimpinan DAP Pusat akan letak jawatan parti jika hudud dimasukan dalam agenda pakatan pembangkang.

Sekalipun jelas wajah garang Musyridul Am PAS Datuk Nik Aziz selamba kata ‘ bye-bye’ jika DAP tak setuju perlaksanaan hukum hudud,namun Mustapha ‘ cover line’ hal itu dengan menyatakan bahawa cakap Menteri Besar Kelantan itu adalah dalam kontek negeri itu sahaja.

Katanya pakatan itu mengamalkan demokrasi dan memberi kebebasan kepada mana-mana negeri dibawahnya laksana atau tidak hukum hudud.

alt

Serentak dengan itu seperti biasa beliau mendakwa isu ini sengaja diperbesarkan oleh media yang dikuasai kerajaan untuk porak perandakan pembangkang.

Untuk mengambarkan ‘ tak ada hal ‘ ketiga-tiga mereka beraksi ambil gambar gengam tangan tanda perpaduan.

Sumber: Agenda Daily-26/9/2011

Thursday, September 22, 2011

PAS sapu duit PPTN untuk anak mereka tapi mereka kutuk PPTN

Kelihatan Taufek dan juga Mahfuz mengutuk PPTN
Pungutan  suara yang dilakukan oleh PAS dalam facebook tidak mendapat sambutan dari rakyat . PAS seperti biasa akan mengutuk dan tidak bepuas hati dengan apa saja kerajaan lakukan walaupun ianya  telqah pun digunakan dan ditelan oleh mereka sendiri.

Berapa raqmai anak PAS yang mendapat manafat dari pinjaman PPTN. Berapa ramai pula anak anak PAS yang berjaya mendapat ijazah dan berjaya di menara gaduing hasil pinjaman PPTN ? inilah dia yang dikatakan kacang lupakaj kulit.

hari ini mereka mahu menghentam PPTN pula. Seorang pelajar anak kepada seorang pemimpin PAS di Negeri Sembilan , Sdr Sharizam apabila ditemui mengesali tindakan yang di ambil oleh Parti Pas memeraqngi PPTN.

 Katanya, "Jika kerajaan tidak menyediakan peinjaman PPTN tentu sekali ramai anak anak melayu yang tidak dapat melanjutkan  pelajara di menara gading" .

"Walaupun ayah saya adalah seorang pemimpin PAS, saya tidak bersetuju dengan pendirian parti berkenaan memeeangi PPTN kerana beliau sendiri adalah pemngguna PPTN.Kita seharusnya berterima kasih kepada kerajaan yang menyediakan PPTN" jelas beliau lagi.

Inilah politik yang di amalkan oleh PAS , hanya mahu mengutuk dan menghentam kerajaan sedangkan parti mereka yang kononnya berselogankan parti berkebajikan tidka melakukan apa apa untuk membangu pelajar pelajar tetapi hanya manbur fitnah sana dan merata rata tempat.

Wednesday, September 21, 2011

KES LIWAT: Dr McDonald terus temberang... YB Zulkifli Noordin tetap kata ini... Klik tengok video.



Senang cerita hakim Australia sendiri kata Brian McDonald tak 
ada kelayakkan dalam hal DNA dan genetik.

Takkan hakim Malaysia nak terima hujah mereka yang tiada kelayakkan?


Anwar Ibrahim memang boleh terima sebab beliau pun sendiri tak 
ada kelayakkan cuma lulusan pengajian melayu UM dan kaki kelentong.
- UNSPINNER


 

Tuesday, September 20, 2011

Azizan jawab isu kereta mewah




ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengakui Kerajaan Negeri ada membeli sebuah kereta Mercedes Benz model S Class bernombor KCX 8 tetapi menafikan ia untuk kegunaannya sendiri.

“Betul kita ada beli tetapi kereta itu lebih untuk kegunaan tetamu kenamaan yang datang ke negeri ini, bukan untuk saya sendiri guna. Saya sendiri lebih suka guna kereta lama KBV 8 yang dibeli oleh kerajaan dahulu. Walaupun kereta itu selalu rosak malah pernah breakdown di Kuala Lumpur tetapi setakat ini, saya masih gunakan yang itu,” katanya.

Mengenai kereta KCX 8, Azizan berkata, kereta itu pernah digunakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika kunju-ngannya ke Kedah selain Tengku Mahkota Johor sewaktu mengikuti latihan penerjunan di Kuala Nerang selama seminggu, tidak lama dulu.

“Kita beli sebab ada keperluan. Hanya sebuah kereta dibeli untuk dijadikan kereta rasmi Menteri Besar yang turut digunakan oleh kenamaan yang datang ke Kedah,” katanya.

Azizan turut menyangkal dakwaan kononnya beliau cuba menyembunyikan kereta KCX 8, sebaliknya berkata, kereta itu jarang digunakan kerana tujuan asal adalah sebagai kereta rasmi tambahan untuk kenamaan.

Menurutnya, sepanjang tahun ini, hanya sebuah kereta dibeli untuk kegunaan Menteri Besar, manakala sebanyak lima kereta Toyota Camry dan empat kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Fortuner dibeli pada 2010 bagi menggantikan kereta Exco dan pegawai kanan yang sering rosak.

“Takkan pula kereta yang sering rosak masih nak digunakan, sampai masa, tetap perlu digantikan, termasuklah kereta saya, sebab yang sedia ada selalu rosak, tak salah beli sebagai persediaan apabila kereta itu rosak,” katanya.

Menurutnya, beliau juga lebih gemar berulang alik untuk urusan rasmi di Kuala Lumpur dengan kereta berbanding kapal terbang, dan adalah wajar untuk memiliki dua kereta rasmi supaya urusannya tidak terjejas.

“Perjalanan dengan kereta lebih jimat berbanding tambang kapal terbang. Itu yang saya usahakan selain mudah untuk bergerak di sana. Dengan kapal terbang pun ada ketika jadual tertangguh. Sebagai ketua kerajaan, saya tak boleh ikut macam itu kerana ia melibatkan urusan negeri, jadi saya lebih suka guna kereta kerana ia mudah untuk kita buat perancangan,” katanya.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Ahmad Musadad Sulaiman ketika dihubungi, mengesahkan kereta Mercedes Benz KCX 8 dibeli Kerajaan Negeri.

“KCX 8 didaftarkan pada 20 Jun 2011, manakala KBV 8 didaftar 5 April 2006. Kedua-dua kenderaan itu didaftar bawah Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah,” katanya.

Beberapa penulis blog sebelum ini mempersoalkan pembelian kereta Mercedes Benz bernombor plet KCK 8 sama ada ia dibeli dengan wang Azizan sendiri ataupun oleh Kerajaan Negeri yang dikatakan berbelanja besar untuk kemewahan Menteri Besar.

Menjawab soalan :Sinar Harian:, Azizan menafikan ada membeli kereta bernombor plet KCK 8 sama ada oleh dirinya sendiri mahupun Kerajaan Negeri. Hal itu turut dinafikan Pengarah JPJ negeri yang mengatakan kereta KCK 8 didaftarkan bawah nama indidivu yang tidak kaitan dengan kerajaan.

Soalan yang ditanya kepada Azizan adalah merujuk pada pernyataan penulis blog yang merujuk kereta itu sebagai bernombor plet KCK 8, bukan KCX 8 manakala nombor plet pada gambar kereta yang dipaparkan pula tidak jelas.

Bagaimanapun selepas penjelasan Azizan disiarkan Sinar Harian yang menafikan kereta KCK 8 dibeli, Menteri Besar itu sebaliknya didakwa sengaja memutar belit kenyataan kerana isu sebenar adalah merujuk pada kereta bernombor plet KCX 8. 
:::::::  nota ::::::: Dah kantoi nak beri alasan  ::::

Monday, September 19, 2011

PR sama sendiri bongkar salah guna dana.. PKR kata DAP makan duit?

Tengok ni! PKR Johor telah mendedahkan skandal penyalahgunaan dana oleh DAP Johor.

Kes tak puas hati ni keluar la, bila dah berebut nakkan kerusi dun/parlimen yang bakal dorang tandingi pada pru ke 13 nanti.

Baguslah tu. teruskan bergasak sampai mati ya.

Tak payah lah nak sebuk kat tepi kain BN... Dalam kain ko orang sendiri pun. macam-macam ada... 

Friday, September 16, 2011

DS Najib, PM yang sukar dibaca!!


Mansuh ISA! Itu perkataan yang mengejutkan seluruh rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi pada yang pro pembangkang. Keputusan berani DS Najib ni, boleh membuatkan pihak pembangkang terutamanya Anwar Ibrahim, tertelan air liur dengan keberanian keputusan DS Najib ini.

Namun sudah resmi pembangkang Malaysia, takkan tunduk walaupun salah, takkan kalah walaupun tewas. Mereka tetap akan mencari jalan untuk menghentam kerajaan Malaysia walaupun cara yang mereka gunakan itu kita lihat sebagai perbuatan yang sempit dan meloyakan.


Selang beberapa jam DS Najib menyampai perutusan yang mengejutkan.


Muncul lah beberapa hero Pakatan, yang bersuara sinis hanya untuk mempertikaikan apa yang DS Najib katakan di dalam perutusannya semalam.


Salahuddin Ayup diantara hero 'sakit' yang cuba bersuara malah dengan sombongnya Salahuddin meminta kerajaan Malaysia meminta maaf terhadap individu yang pernah ditahan dibawah akta ISA.


Apa masalah mereka pun, kita taktau. Kerajaan menahan individu dengan ISA kerana individu terbabit telah mengeluarkan kenyataan atau perbuatan yang boleh membahayakan keselamatan negara. Contohnya menghasut dalam isu perkauman, atau menghina agama secara terang-terangan. Itu dua perkara sensitif yang boleh menganggu gugat negara kita yang berbilang kaum ini.


Takkan tanpa sebarang kesalahan, kerajaan akan bertindak sesuka-hati dan menahan orang secara membabi buta. Itu namanya gila.. saranan Salahudin Ayub itu langsung tidak masuk akal, dan hanya akan memalukan kerajaan Malaysia sahaja.


DS Najib adalah seorang PM yang sukar dibaca gerak gerinya. Kadang2 tindakan yang beliau buat langsung tidak pernah kita fikir yang beliau akan lakukan.


Termasuklah semalam..


Apapun demi keselamatan dalam negara, kita harap, DS Najib akan satu 'back up plan' untuk mengawal, anasir buas dan jahat yang hanya tunggu ISA di mansuhkan oleh kerajaan.
 

Thursday, September 15, 2011

Jelas kepimpinan DAP N.Sembilan perjuangkan LGE menjadi Perdana Menteri....Klik , baca sini!

Ternyata Facebook yang diwujudkan untuk menyokong Lim Guan Eng menjadi Perdana Menteri Malaysia ada asasnya walaupun pada mulanya Lim Guan Eng cuba untuk menafikan penglibatannya. Perkara ini telah dibuktikan apabila Pengerusi DAP Negeri Sembilan Lock Siew Fook secara terbuka menyatakan hasrat DAP didalam akhbar cina untuk menjadikan Lim Guan Eng sebagai Perdana Menteri cina yang pertama di Malaysia.


Jika dilihat secara logik, calon yang paling layak untuk mengetuai pakatan haram buat masa sekarang sememangnya Lim Guan Eng memandangkan DAP mempunyai kerusi yang lebih diantara ketiga-tiga parti tersebut. DAP merasakan inilah peluang yang terbaik bagi mereka untuk mengangkat Lim Guan Eng sebagai Perdana Menteri disebabkan PAS dan PKR buat masa sekarang dihujani dengan pelbagai masalah.

EP ingan mendengar apa pula komen pemimpin-pemimpin PKR dan PAS mengenai isu ini. Adakah mereka setuju Lim Guan Eng menjadi Perdana Menteri dan akan tunduk dengan kemahuan DAP atau menentang hasrat DAP ini??? Sama-sama kita nantikan.......

**Ada sebab Mat sabun cuba mengangkat martabat komunis di Malaysia ni....


Nanyang Siangpau
m/s 09
12 Sept. 2011

Strategi Pakatan Rakyat
Ketiga-tiga parti cabar UMNO dan MCA: Lock Siew Fook

Kata-kata Lock Siew Fook: "DAP bukan seperti apa yang disebut oleh MCA iaitu orang Cina yang mentadbir urus orang-orang Cina, sebaliknya DAP menghalang rasuah dan bersikap bersih. Jika MCA pada PRU akan datang kalah teruk dan tidak masuk ke dalam kebinet, orang-orang Cina tidak akan terjejas, kerana sebenarnya dalam BN MCA tiada kedudukan"

11hb Kajang, Pengerusi DAP Negeri Sembilan Lock Siew Fook berkata, strategi yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat ialah, Pas dan PKR akan mencabar UMNO, DAP pula akan mencabar MCA. Lock Siew Fook semasa menghadiri upacara tarian singa ajuran belia DAP sempena nama kumpulan tarisan singa piala Ean Yong Hian Wah yang bergelar nama 'tukar purnama berwajah baru' berkata demikian.

Beliau berharap pada PRU akan datang DAP dapat tubuhkan sebuah kerajaan baru, supaya Lim Guan Eng setiausaha DAP menjadi perdana menteri kaum Cina yang pertama di negara ini, dan supaya Pakatan Rakyat dapat mewakili semua jawatan-jawatan menteri yang ada pada MCA sekarang ini, pada masa sama kembalikan sistem pilihan raya kerajaan tempatan.

BN Cuba Alihkan Pandangan: Lock Siew Fook

Beliau berkata, DAP bukan seperti apa yang disebut oleh MCA, orang Cina tadbir urus orang-orang Cina, sebaliknya DAP cegah rasuah dan kerajaan yang bersih, jika pada PRU akan datang MCA kalah teruk tidak dapat masuk ke dalam kebinet, orang-orang Cina tidak akan terjejas apa-apa, kerana MCA tiada sebarang keududukan dalam BN.

Selain dari itu, ketua jawatankuasa pilihan raya DAP Hew Kuan Yau berkata, BN mungkin lakukan seuatu yang tidak munasabah untuk alihkan pandangan, contohnya seperti PRN di Tenang, mungkin BN letakan tarikh PRU pada seminggu sebelum hari tahun baru Cina, supaya pengundi dan penyokong Pakatan Rakyat kaum Cina yang berkerja di luar tidak sanggup pulang ke kampung halaman untuk membuang undi.

Beliau berkata, mungkin sebelum PRU, BN akan umumkan mengiktiraf sijil-sijil gabungan peperiksaan sekolah-sekolah menengah Cina swasta, jika tidak MCA, Gerakan dan SUPP akan tersungkur dan kalah teruk. (Kesimpulan: 'tukar purnama berwajah baru' memberi maksud tukar kerajaan, pasukan tarian singa itu digelar: tarian singa tukar kerajaan)

Tuesday, September 13, 2011

Sutradara Bukit Kepong menjerit? Baca sini...


Filem Bukit Kepong yang mengisahkan serangan komunis terhadap Balai Polis Bukit Kepong dibuat berdasarkan sejarah sebenar tragedi berdarah pada 23 Februari 1950 itu, bukannya mengikut perspektif UMNO seperti dituduh Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Pengarahnya, Tan Sri Jins Shamsuddin berkata, beliau membuat penyelidikan rapi dengan menemu bual bekas anggota komunis yang terbabit dalam serangan itu, waris mangsa serta ahli keluarga terdekat Muhammad Indera, lelaki tempatan yang bersekongkol dengan pengganas komunis.

Justeru itu, beliau menolak kenyataan Mohamad atau Mat Sabu yang menganggap 200 anggota Pasukan Kompeni Keempat, Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh 25 anggota keselamatan serta ahli keluarga mereka dalam tragedi itu, ialah hero sebenar.

Pada masa sama, beliau menafikan dakwaan kononnya Muhammad Indera mengetuai operasi itu bagi 'mengajar' anggota keselamatan yang mabuk.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan Mat Sabu bahawa filem ini dihasilkan berdasarkan perspektif UMNO hanya kerana saya ahli UMNO. Filem ini digarap berdasarkan fakta sejarah yang sebenar dan saya sendiri menetap di Pagoh, Johor selama setahun.

"Saya sendiri membuat penyelidikan dan hasil penyelidikan tersebut, faktanya langsung tidak bercanggah dengan apa yang diberikan oleh pihak polis. Malah, ahli keluarga Muhammad Indera sendiri datang berjumpa dengan saya bagi berbincang mengenai filem ini.

"Muhammad Indera terlibat secara langsung dalam serangan ini. Benar dia tidak membunuh dan ada menyuruh beberapa mangsa supaya melarikan diri tetapi hasil arahan dia yang menyebabkan 25 nyawa menjadi korban," katanya kepada pemberita di Studio Panca Delima di sini hari ini.

Beliau mengadakan sidang akhbar khas itu bagi mengulas kenyataan biadab Mat Sabu yang memperlekehkan pergorbanan anggota keselamatan dalam tragedi Bukit Kepong, sebaliknya mengagungkan pula pengganas komunis sebagai hero sebenar.

Mat Sabu semasa berceramah di Padang Menora, Tasik Gelugur dilaporkan berkata: "Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan sebenar, yang serang itu Mat Indera.

"Jins Shamsuddin buat filem, Jins Shamsuddin ini orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula jahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung."

Mengulas lanjut mengenai penyelidikannya, Jins berkata, berdasarkan keterangan daripada bekas anggota komunis, mereka mengesahkan bahawa operasi itu diketuai Mat Indera dan bekas guru agama tersebut yang bertanggungjawab mengarahkan serangan melalui tiupan trompet.

Tambahnya, operasi berkenaan juga dirancang dengan begitu rapi dan pengganas komunis sudah mula mengambil posisi dari atas Bukit Kepong sejak petang sebelum serangan bermula lagi.


Sumber-utusan

Monday, September 12, 2011

"Bukan orang Melayu sahaja marah, malah kaum Cina dan India pun marah", kata Tok Mat.

Pemimpin pembangkang perlu memastikan setiap kenyataan yang dibuat adalah berlandaskan fakta dan bukannya bertujuan meraih populariti dan undi semata-mata.


Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ini bagi mengelakkan berulangnya kes yang menimpa Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu apabila beliau mengangkat komunis sebagai hero dalam tragedi serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong.

Katanya, sedangkan kenyataan semberono Mohamad atau Mat Sabu itu hanya menimbulkan kemarahan orang ramai terutama keluarga anggota keselamatan yang terkorban dalam tragedi itu.

”Ini jelas memperlihatkan keperibadian orang (Mat Sabu) yang bercakap. Ia jelas menunjukkan kedangkalannya. Saya tahu bahawa orang ramai boleh menilai kenyataannya itu.

”Bukan orang Melayu sahaja marah, malah kaum Cina dan India pun marah kerana pada zaman darurat dahulu ketika komunis cuba hendak mengambil tampuk pemerintahan negara ini ramai yang dibunuh oleh mereka.

”Malah kaum lain juga dizalimi apabila rumah-rumah mereka dibakar kerana enggan bekerjasama dengan komunis,” katanya lagi.

Jelas DS Utama Hj. Mohamad, isu yang dibangkitkan oleh Mat Sabu ini bukan hanya melibatkan satu kaum semata-mata tetapi melibatkan semua kerana komunis bukanlah penuntut kemerdekaan yang sebenar.

Tambahnya, kenyataan itu hanya menambah luka kepada ahli keluarga pasukan keselamatan yang terlibat dalam tragedi itu selepas Mat Sabu dengan semberono mengatakan penyerang balai polis itu yang terdiri daripada komunis adalah hero.

”Inilah kuasa Allah hendak ditunjukkan kepada rakyat bahawa kerana tamak dan haloba mereka untuk mendapatkan kuasa dan simpati dari pengundi, mereka lupa apa yang mereka perkatakan.

”Tindakan mereka ini bukan hanya akan memakan diri sebaliknya akan menimbulkan kebencian kepada orang ramai,” tegasnya.

Sumber N9kini.com

Sunday, September 11, 2011

Blog Puteri kata, Aspan mental?

Blog Puteri UMNO kata Aspan Alias mental , siap bagi flying kick lagi dekat penulis  blog DAP ini. Tidak dapat lagi  , malahan Aspan sendiri tidak lagi berselindung bahawa dia kini ahli DAP Melayu Negeri Sembilan yang mengharap untuk bertanding dibawah tiket DAP Negeri Sembilan.

Baguslah kalau Aspan juga tidak lagi berselindung sekurang kurangnya orang tidak lah memburukkan UMNO mengatakan bloggers  Pro BN  kini berpihak dan menyokong DAP. Anak anak kampung tengah juga sudah mula melihat jejak jejak saudara mara terdekat Aspan dalam UMNO yang khabarnya sedang diintai juga dalam isu pemberian wang. Pemberian wang apa , tak apa kita simpan dulu cerita ini. saban hari saban banyak blog blog yang mempertikaikan tulisan Aspan dan banyak yang kini menerima Aspan sebagai penulis Blog Melayu DAP.

Ada dari bloggers ini berkata , sekarang baru mereka tahu kenapa Aspan duk lanyak MB Negeri Sembilan. Kesannya pembangkang...... pembangkang memanglah kerja mereka memfitnah tidfak lai  dari fitnah, Tenguk Che Gu Bard kita sudah tahu.....

Sumber: GTP

Saturday, September 10, 2011

Sambutan Ulang tahun ke-3 “Kabinet 16 Sept” Datuk Seri Anwar Ibrahim? Kehkehkehhhh!!!!




Bekas Naib Ketua Pemuda PKR, Zahid Mat Arip berkata  cubaan Anwar  bersama kabinet 16 Septembernya pada waktu itu menunjukkan kepada umum bagaimana rakus dan tidak bertanggungjawabnya Ketua Umum PKR itu untuk mendapatkan kuasa.

 
Menurut beliau kabinet 16 Sept yang hari ini tinggal kenangan dan diyakini akan menjadi lipatan sejarah buat selama-lamanya kepada Anwar dan sekutu pembangkang lain yang sehingga ke hari ini masih termimpikan Putrajaya.
 
“Dalam pada kita menyambut hari kebangsaan dan hari Malaysia pada 16 Sept ini, janganlah kita lupa kepada kabinet 16 Sept Anwar yang dicanang di seluruh dunia. Tarikh itu kena ingat kerana ianya merupakan cubaan untuk menjajah pemikiran kita semula.
 
“Alhamdulillah…setelah sekian lama kita bebas daripada penjajahan, rupa-rupanya masih ada lagi segelintir manusia yang berhati busuk cuba menjajah pemikiran kita rakyat Malaysia. Biarlah kabinet 16 Sept itu terus terpahat bersama Anwar,” katanya.
 
Tahun ini merupakan “ulangtahun ketiga kabinet 16 Sept” Anwar apabila beliau mencanangkan seluruh ceruk negara dan dunia bahawa pada tarikh tersebut sejurus pilihan raya umum pada 2008 yang lalu bahawa beliau bersama kuncu-kuncunya akan mengambil alih Putrajaya.
 
Mengulas lebih lanjut, Zahid seterusnya mengucapkan  ”tahniah” kepada rakan-rakannya di dalam pakatan pembangkang yang masih setia menjadi pencacai dan pengampu kepada manusia hipokrit yang bernama Anwar Ibrahim.
 
Ini kerana katanya sungguhpun ditipu dalam peristiwa 16 Sept lalu, mereka masih taat dan sanggup menjaid pak turut kepada Anwar yang hanya mementingkan nawaitu untuk menjadi Perdana Menteri.
 
“Bayangkan pada tarikh yang dianggap keramat oleh puak-puak pembangkang pada waktu itu, sudah ada yang tempah ‘bush jacket’ dan sebagainya kerana gara-gara ditawarkan sebagai anggota jemaah kabinet 16 Sept.
 
“Almaklumlah…..dikatakan sudah mendapat perkenaan Yang Dipertuan Agong dan Panglima Tentera bersama mereka……..Alahai kesiannya,” kata beliau. 
 
Sumber - Media UMNO

Friday, September 9, 2011

Jang perlu terus rentak cemerlang

SEKALIPUN memiliki kelebihan, ketua jurulatih Negeri Sembilan, Mohd Azraai Khor Abdullah tidak mahu anak buahnya dibuai keyakinan ketika melayani kunjungan Sime Darby pada perlawanan Piala Malaysia Kumpulan B di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam esok.

Baginya, kemenangan ke atas PKNS Selasa lalu, perlu diteruskan dan pemain perlu berhati-hati supaya tidak mudah terperangkap taktik lawan yang berhasrat untuk bangkit selepas tewas kepada Terengganu.

Menurutnya, pemain perlu sentiasa fokus terhadap saingan yang masih di peringkat awal bagi menambah mata dan seterusnya melangkah lebih jauh dalam misi merebut kejuaraan musim ini, tercapai.
“Saya sudah ingatkan pemain supaya tidak terlalu ghairah untuk menewaskan lawan kerana bimbang ia akan memerangkap diri sendiri, sebaliknya mereka diminta lebih berhati-hati kerana Sime Darby sudah pasti akan berusaha keras untuk menang.

“Namun begitu, kita sudah bersedia untuk berdepan pihak lawan dan berharap pemain mengekalkan disiplin serta semangat berpasukan dengan tidak mensia-siakan setiap peluang menjaringkan gol,” katanya semalam.

Menurut Azraai, beliau tidak akan melakukan banyak perubahan dalam kesebelasan utama kecuali mempertaruhkan Mohd Farizal Harun di benteng terakhir selepas Mohd Farizal Marlias terpaksa diketepikan kerana menerima kad merah.
Malah katanya, kedudukan barisan depan juga dikekalkan membabitkan gandingan Hairuddin Omar dan Mohd Firdaus Azizul yang menunjukkan persembahan membanggakan ketika menang ke atas PKNS, 2-1.

“Sementara itu, kedudukan Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak akan ditentukan juga apabila dia kini sudah cergas selepas demam,” katanya.

Wednesday, September 7, 2011

Mat Indera Ketua Rejimen ke-10 yang kejam..Baca sini!





Ahmad Indera atau Mat Indera yang terlibat dengan gerakan menentang penjajah ketika negara diperintah oleh British, bukan seorang pejuang kemerdekaan sebaliknya pengganas yang kejam dan zalim.


Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman berkata lagi, berdasarkan fakta sejarah peristiwa Bukit Kepong, Mat Indera adalah anggota Parti Komunis Malaya (PKM) dengan sebagai Ketua Rejimen ke-10 yang kejam dan zalim serta mengancam keselamatan orang awam pada ketika itu.

"Apabila British menguatkuasakan undang-undang darurat pada 19 Jun 1948 di Tanah Melayu, semua parti politik berhaluan kiri seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Angkatan Pemuda Insaf (API) dan PKM telah diharamkan.


"Oleh itu, ramai anggota gerakan berhaluan kiri memilih tindakan sama ada berdiam diri, melarikan diri ke Singapura, bersatu dengan militan PKM atau meneruskan hasrat berjuang atas landasan lain termasuk menyertai Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).

Bagaimanapun, Mat Indera telah memilih untuk menjadi anggota gerakan komunis militan dan ganas dalam gerakan penentangan bersenjata PKM terhadap pentadbiran British,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan Johor di sini hari ini.

Abdul Ghani berkata demikian bagi mengulas tindakan Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu, yang dengan yakin mempertahankan kenyataannya (Mat Sabu) bahawa Mat Indera dan pengganas komunis dalam peristiwa berdarah di Balai Polis Bukit Kepong adalah pejuang kemerdekaan sebenar.

Sumber - Bernama

Tuesday, September 6, 2011

Jahanamlah Pakatan Pembangkang dengan mulut longkang Mat Sabu.



Semakin ramai nampaknya ahlul-ahlul Pakatan yang menyokong pendirian Mat Sabu 121 yang menyokong komunis. Dan ramai jugak nampaknya yang tuduh kerajaan ubah sejarah kononnya melupakan pejuang-pejuang kemerdekaan yang sebenar.


Inilah yang Mat Sabu mau sebenarnya. Dia sengaja bangkitkan isu komunis ni sebab nak balas dendam terhadap pihak Polis yang langgar dia semasa perhimpunan Bersih 2.0. Jadi, dia nak semua rakyat benci dan marah terhadap pasukan keselamatan dalam negara.


Tak pasal-pasal kesemua pejuang kemerdekaan dulu dikaitkan sekali semata-mata nak puaskan hati Mat Sabu ni. Nak cover malu punya pasal.., komunis pun sanggup Mat Sabu angkat sebagai pejuang memerdekakan tanahair kononnya.


Dua tiga hari lepas, Spy terbaca kenyataan Samsul AMK pasal sokongan dia terhadap Mat Sabu. Siap dengan suruh generasi muda tak kibarkan bendera negara pasal kerajaan UMNO/BN dah ubah sejarah kemerdekaan katanya.


Hari ni Spy baca pulak kenyataan Chegu Bard yang ucapkan tahniah pada Mat Sabu pasal berani melawan kerajaan. Kata Chegu Bard, Mat Sabu telah berjaya ubah persepsi anak-anak muda terhadap fakta sejarah kemerdekaan yang sebenarnya.


Betul ke anak-anak muda dan rakyat bersetuju dengan Mat Sabu yang memperjuangkan komunis? Apa yang Spy nampak, Mat Sabu hanya membuatkan rakyat Malaysia makin meluat dengan Pas serta Pakatan dalam isu ni.


Spy yakin, PRU akan datang, jangan mimpilah Pas dan Pakatan nak dapat undi dari anggota keselamatan macam Polis dan Tentera. Ni termasuklah anak cucu serta waris pejuang-pejuang kemerdekaan negara. Tobat Lahum mereka-mereka ni nak bagi undi pada Pas.


Dan Spy rasa, lagi banyak pemimpin Pakatan yang buat kenyataan sokong Mat Sabu, lagi banyak lah rakyat yang akan tolak Pakatan di PRU depan. Isu komunis ni memang benar-benar menguntungkan UMNO/BN. Nampak sangat bodohnya Mat Sabu dan pemimpin-pemimpin Pakatan ni kann..


Sebab tu lah wakil-wakil DAP semua menikus dengan isu yang Mat Sabu bawak ni. Mereka tau yang rakyat mesti marah pasal rakyat bukannya buta sejarah macam Mat Sabu. Dan DAP tau.., lagi banyak isu ni dimainkan, lagi hilang sokongan rakyat pada mereka.


Sebab tu lah Karpal Singh marah sangat kat Mat Sabu sampaikan dia suruh Mat Sabu tarik balik kenyataan berkenaan isu komunis di Bukit Kepong tu..


Tapi yang jadi masalahnya, penyokong dan pengikut Pas serta PKR bukannya ada otak. Mereka tak tau sebenarnya isu sokongan pada komunis ni bukan saja buat orang melayu marah..


Tapi cina dengan india pun marah jugak sebab mereka-mereka tu pun tak terkecuali dari rasa macam mana peritnya kekejaman komunis.


Jadi, sekarang ni Pakatan berada dalam keadaan yang amat nazak dan tenat disebabkan mulut longkang Mat Sabu. Tak payah lah ahlul-ahlul PAS dan PKR nak pusing macam mana pun untuk salahkan UMNO.. Sebab sekarang ni zaman dah maju.. Bukti video ucapan Mat Sabu terang-terang sokong komunis..


Tunggu lah saja masa PRU13 nanti.. Pakatan akan kalah teruk disetiap kerusi yang mereka tandingi terutamanya Pas dan PKR. Hanya rakyat Malaysia yang bodoh saja akan bagi undi pada geng-geng penyokong fahaman komunis tu nanti..

Sumber: mykmu.net

Monday, September 5, 2011

NORAMFAIZUL MATI SYAHID... Saksi video pengkebumiannya..

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut menyifatkan kematian Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor sebagai mati syahid akhirat kerana terkorban ketika bertugas dalam misi menghapuskan kejahilan, kemiskinan dan penyakit yang melanda Somalia.


Beliau berkata, mati syahid terdiri daripada tiga bahagian iaitu mati syahid dunia, mati syahid akhirat dan mati syahid dunia akhirat.

“Syahid dunia menjurus kepada peperangan kerana dunia, syahid akhirat pula merujuk kepada kematian yang disebabkan penyakit berbahaya seperti wabak taun atau ditembak, manakala pejuang yang mati disebabkan perang bagi mempertahankan agama Islam pula dianggap mati syahid dunia akhirat.

“Dalam kejadian menimpa arwah, pahala kematiannya insya-Allah syahid akhirat, namun urusan pengebumiannya masih perlu melalui proses sama seperti jenazah lain iaitu dimandikan, dikafankan, disembahyangkan dan akhir sekali dikebumikan di tanah perkuburan,” katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam.

Beliau berkata, pemergian Allahyarham boleh diibaratkan sebagai sesuatu yang patut dikenang oleh semua lapisan masyarakat di negara ini.

Noh juga menyeru orang ramai melakukan solat jenazah ghaib terhadap Allahyarham sebagai menghargai pengorbanan beliau sepanjang menjalankan tugasannya.

Al-Fatihah buat Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor... Amin.

Sumber: N9kini.com


Latheefa Koya cuba politikkan kematian Arwah Noramfaizul..


Disaat semua pihak bersimpati pada kematian jurugambar BernamaTV, Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, muncul kenyataan tanpa diundang dari pemimpin PKR yang cuba mempolitikkan kematian arwah.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Latheefa Koya didalam Twitternya telah menyifatkan kematian Arwah Noramfaizul sebagai satu hipokrasi UMNO. Pemimpin PKR ini tanpa segan silu menyalahkan UMNO diatas kematian jurugambar tersebut.

Inilah yang kita katakan sebagai tak berperikemanusiaan dan juga berhati binatang. Kenapa harus dipolitikkan kematian arwah sedangkan banyak lagi isu yang boleh Latheefa Koya ini mainkan untuk mencari mileage politik didalam negara?

Kalau sampai kematian pun jadi modal untuk berpolitik, cuba bayangkan apa lagi perkara diluar imaginasi yang sanggup puak-puak ini mainkan demi survival parti mereka demi untuk menjatuhkan kepimpinan kerajaan?

Baru-baru ini kita semua dikejutkan dengan tindakan Timbalan Presiden PAS Mat Sabu yang cuba mengubah sejarah kemerdekaan negara. Mat Sabu cuba mengangkat komunis yang zalim dan kejam terhadap rakyat sekitar tahun 1940-1980 sebagai pejuang sebenar kemerdekaan.

Kini muncul pula Latheefa Koya yang menuduh misi bantuan kemanusiaan dari Kerajaan Malaysia ke Somalia sebagai satu kaedah hipokrasi sehingga mengorbankan nyawa. Apakah kini puak-puak Pakatan sudah hilang akal didalam mencari modal berpolitik?

Apakah ini saja yang mampu pemimpin-pemimpin utama Pakatan lakukan didalam mencari sokongan rakyat terhadap perjuangan mereka? Inikah kualiti pemimpin yang dikatakan mampu membawa Malaysia menjadi lebih baik seandainya mereka menang di PRU akan datang?

Cuba kita bayangkan, bagaimana perasaan ibu, ayah dan juga keluarga Arwah Noramfaizul apabila mengetahui ada pemimpin Pakatan yang cuba meraih populariti murahan dengan mempolitikkan kematian arwah. Sudah tentu kena cili mulut Latheefa Koya.

Dan jika benar Latheefa Koya benar-benar berani, sanggup tak dia bercakap sendiri di depan keluarga Arwah Noramfaizul sepertimana apa yang dia tulis dalam Twitternya? Kalau setakat berani dalam Twitter dan dikalangan penyokong sendiri, jangan bermimpilah nak jadi pemimpin.

Jika sikap seperti Latheefa Koya dan juga Mat Sabu ini dianggap sebagai terpuji dan bagus untuk melayakkan mereka menjadi pemimpin yang hebat, memang bodohlah puak-puak PAS dan PKR yang siang malam memuja mereka. Memang terbukti bahawa ahli-ahli serta penyokong Pakatan tak tahu untuk memilih pemimpin!!