Followers

rantau ku sayang

Thursday, April 19, 2012

BERSIH 3.0: Chegubard di perlekehkan oleh puaknya sendiri?



Chegubard sekali lagi seperti di perlekehkan oleh blog pro-PR sendiri iaitu suarapakatanrakyat.com. Apabila dikatakan dia gagal menggerakkan anak muda dan mahasiswa sepertimana yang ditugaskan kepadanya pada program Rapat Rakyat Ceramah Umum “10 hari menjelang Bersih 3.0” di Kelab Sultan Sulaiman, Kg. Baru, Kuala Lumpur, baru-baru ini. 


Apa yang dimaklumkan oleh laman Suara PR tersebut, sepatutnya kehadiran yang disasarkan pada malam program itu dalam 10,000 orang tetapi yang hadir jangankan 50%, malangnya lebih kurang 5% sahaja.


Keesokannya, laman-laman web pro-PR pulak seperti biasa la. Kebanyakannya menyebarkan cerita dengan gambaran bahawa program pada malam itu mendapat sambutan ramai. Padahal, menipu saja ceritanya. Laman Suara PR sendiri pun mengaku bahawa yang datang hanyalah lebih kurang 500 orang.


Untuk pengetahuan Chegubard, ada benarnya laman Suara PR menyatakan bahawa itulah petanda bahawa ramai anak muda sudah memalingkan muka daripada memandang kamu dan juga PR. Sedar-sedar la.


Tak perlulah nak beralasankan diri tu sudah letih ke apa... Apa yang sebenarnya, pengaruh kamu tu dah abis dah Chegubard oiii!!!


Jadi, bagaimana BERSIH 3.0 boleh yakin kononnya dapat mensasarkan sehingga 500,000 atau lebih dalam perhimpunan yang sebenar nanti sedangkan untuk mengumpul 5,000 pun kita tidak mampu ni?


CAB nasihatkan penganjur BERSIH 3.0 , sekiranya program Rapat Rakyat Ceramah Umum “10 hari menjelang Bersih 3.0” di Kelab Sultan Sulaiman, Kg. Baru, Kuala Lumpur, baru-baru ini tu lah nak dijadikan kayu-ukur bagi perhimpunan Bersih 3.0 yang bakal diadakan. Hentikan saja lah hajat di hati. Bikin malu saja tu nanti, Chegubard oiii!!!

1 comment:

  1. http://edyesdotcom.blogspot.com/2012/04/pelancaran-bersih3-peringkat-nasional.html klik sini

    ReplyDelete