Kita tahu yang perhimpunan bersih3.0 akan di adakan pada 28.04.2012. Tapi hari ini start pukul 12mlm tadi mereka dah berkampung di dataran merdeka bagaikan 1 pesta.
Apa mereka semua ni tak ada otak ke nak berfikir secara matang, bukannya mereka dapat apa pun,
tak sedar ke yang mereka ni hanya diguna dan diperkudakan oleh pembangkang yang akan menipu mereka.
Ketua pengarah DBKL telah pun keluarkan AMARAN.. baca dan lihat foto di bawah.Satu arahan telah dikeluarkan oleh Ketua Pengarah DBKL lewat petang ini memaklumkan dataran itu ditutup mulai esok (27 April) dan akan dibuka semula kepada umum pada 29 April.
Penutupan itu mengesahkan bahawa DBKL berkeras untuk tidak membenarkan lokasi awam yang dibawah bidang kuasanya itu digunakan untuk himpunan Bersih - Duduk dan Bantah.
Sehubungan itu belum ada penjelasan dari pihak Bersih ekoran susulan DBKL itu. Apakah pihak penganjur akan menerima tempat berhimpun lain seperti mana yang ditawarkan DBKL dan dijanjikan oleh polis atau tetap akan berkumpul di situ dan sedia menghadapi apa-apa juga risiko.
Besar kemungkinan juga mula malam esok juga jalan-jalan untuk menuju ke pusat bandar ditutup dan pengakutan awam seperti LRT dan komuter ditutup buah sementara waktu. Begitu juga jalan-jalan utama menuju ke Kuala Lumpur ditutup dan kenderaan diragui membawa peserta Bersih akan diperiksa dan dihalau pulang.
Sekiranya ini berlaku maka jelaslah kata-kata mans Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin tidak boleh dipercayai langsung. Kata-kata dan janji itu untuk memberi kebenaran dan berhelah di sebalik keselamatan hanya helah dan lelocon sahaja. Tindakan sedemikian tidak menguntungkan kerajaan sebaliknya menjadikan orang ramai marah dan makin tidak mempercayai kerajaan.
Masih belum dapat digambarkan apakah yang akan berlaku pada tengah hari lusa (28 April) apabila para peserta akan mula menyusuk masuk ke pusat bandar. Apakah mereka akan dikepong, dan ditangkap kemudian ditempatkan di satu kawasan seperti mana Bersih 2.0. Sehingga ini tidak ada maklumat yang pihak polis dan DBKL menyediakan mana-mana kawasan untuk dijadikan kem tahanan Bersih.
Sementara dalam siasatan dengan bantuan pihak tertentu tidak dapat diketahui apakah plan atau strategi polis untuk menghalang Bersih kali ini. Sehingga ke saat ini belum ada apa-apa persiapan dari pihak polis seperti sebelum ini. Tetapi saya yakin mulai esok, sebaik langit cerah segala tektik dan juga strategi akan dibongkar dan semua orang akan tahu mengenai nasib Bersih kali ini.
Demi menjaga kewibawanya pihak UBN akan menggunakan apa saja kekuatan untuk mengagalkan himpunan Bersih yang bakal menjadi penyuntik semangat kepada Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya.
Dalam hal ini juga tidak diketahui apakah tektik dan muslihat pengajur kali ini. Strategi pihak pengajur juga tidak boleh dipandang ringan kerana mereka juga bergerak dengan penuh tektikal dan sistemetik.
Malam esok pasti media masa akan riuh rendah menyiarkan berbagai pengumuman kemungkinan juga pengumuman oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong agar himpunan Bersih dibatalkan.
sumber atikel: http://msomelayu.blogspot.com
sumber foto:http://aku-tak-peduli.blogspot.com
No comments:
Post a Comment