Guan Eng didakwa ugut guna Akta Pengambilan Tanah 1960
Kira-kira 200 penduduk Kampung Pokok Asam, Jelutong di sini, meminta Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen Jelutong, Ooi Chuan Aun melepaskan jawatan masing-masing dan keluar dari Pulau Pinang.
Penduduk terbabit tidak berpuas hati dan kecewa selepas mengesyaki Kerajaan DAP Pulau Pinang berkomplot dengan pemaju swasta ‘merampas’ tanah mereka menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960.
Pengerusi Badan Bertindak Penduduk Jelutong Timur, Zarus Yusof, berkata kerajaan negeri menerusi Pejabat Daerah dan Tanah Timur Laut menggunakan pelbagai kaedah bagi memaksa penduduk keluar dari kampung berkenaan.
“Kami disuruh keluar dari rumah sendiri sebab ingin memberi laluan kepada pemaju membina jalan raya yang menghubungkan projek pembinaan dan kami mendapati Chuan Aun atau Jeff Ooi terbabit membantu pemaju.
“Orang kampung sudah lama bersabar dengan sikap Guan Eng yang langsung tidak prihatin dengan nasib penduduk kampung dan Jeff Ooi yang berpakat dengan pemaju halau kami dari tanah sendiri,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Selanjutnya klik tajuk ini: Kerajaan DAP rampas tanah
Assalamualaikum ,
ReplyDeleteDalam keghairahan untuk memaparkan berita yang "ada habuan dan kepentingan",jangan lupa merenung nasib yang dikau bakal lalui di akhirat kelak.Tunjangilah berita mu itu dengan akhlak dan peradaban yang telah digariskan didalam Al-Quran dan Sunnah.Berita yang belum pasti kebenarannya ,usah disebarkan kerana dibimbangi kelak akan melontarkan diri-mu ke neraka yang paling hebat seksaannya.