Mereka yang dikatakan terbabit mengejek dan memperlekehkan Raja-Raja melayu itu antaranya ialah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Naib Presidennya, Tian Chua. Bagaimanapun mengikut laporan terbaru, kedua-duanya telah menafikan dakwaan tersebut.
Dalam kenyataan penafian mereka, dakwaan tersebut dianggap sebagai serangan peribadi dan propaganda yang sengaja dimainkan oleh UMNO. Pendek kata, tiada apa yang berlaku dan semuanya hanya rekaan semata-mata. Itu kata mereka.
Azmin mempersoalkan bagaimana Dr Rahman Kadir yang dikatakan bertugas sebagai pegawai perubatan pada majlis berkenaan boleh duduk di Balairong Seri dan mendakwa melihat sendiri kejadian itu. “Saya tidak tahu apa tohmahan yang dibuat dan ini jelas propaganda UMNO serta Barisan Nasional yang gagal menjawab isu rakyat,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.
Sebelum ini, sebuah akhbar melaporkan Dr Rahman mendakwa melihat Ahli Parlimen pembangkang mempersenda dan mengejek Raja Melayu pada majlis pertabalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara. Sementara itu, Tian Chua, mendakwa penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat perkara itu seperti yang dicadangkan beberapa pihak tidak berasas kerana ia tuduhan tanpa saksi.
Berita Harian 17 April 2012
Samada Azmin mahupun Tian Chua mereka berhak menafikan dan menganggapnya sebagai cerita rekaan & propaganda kerajaan ataupun UMNO.
Tapi kenyataan penafian tersebut sebetulnya belum kukuh untuk menafikan segala dakwaan oleh Dr Rahman malah pada 13 April lepas Dr Rahman tetap tegas menyatakan kelakuan biadap membabitkan Azmin Ali, Tian Chua dan beberapa pemimpin pembangkang yang lain itu sememangnya wujud.
Malah menurutnya, ramai saksi yang turut melihat perbuatan biadap dan kurang ajar beberapa pemimpin pembangkang. Dikalangan khalayak ramai juga sukar untuk menolak kesahihan peristiwa berkenaan apatah lagi dakwaan tersebut bukannya dari ahli politik yang berkepentingan sebaliknya datang dari rakyat biasa yang cintakan tanahair dan rajanya.
Sejarah penderhakaan beberapa pemimpin pembangkang dan penyokong mereka misalnya kelakuan biadap mereka dalam isu peralihan kerajaan PR Perak tahun 2009 yang lepas juga masih segar dalam ingatan rakyat.
Demikian juga dengan langkah tidak beradat Karpal Singh yang cuba menyaman Sultan Perak tentu sahaja menjadi perbandingan logik yang sukar sekali untuk khalayak menolak kebenaran dakwaan Dr Rahman.
Cara paling mudah untuk menentukan siapa yang betul dan salah ialah mahkamah. Azmin dan Tian Chua wajib mengambil tindakan segera menyaman Dr Rahman Kadir bagi memperbetulkan keadaan jika yakin kebenaran berada dipihak mereka.
Penafian sahaja seumpama melepaskan batuk di tangga dan tidak akan mematikan perhatian umum terhadap isu tersebut.
Di pihak Dr Rahman Kadir pasti sahaja beliau tidak bermasalah menghadapi tindakan undang-undang sementelah lagi dakwaannya juga disokong oleh beberapa orang saksi yang pastinya tidak teragak-agak untuk naik turun mahkamah demi membuktikan kebenaran.
Soalnya sekarang, adakah Azmin Ali dan Tian Chua berani mengambil langkah sedemikian sedangkan mentor mereka sendiri, Anwar Ibrahim hanya berani memfailkan sahaja saman terhadap Nallakaruppan namun writ saman hingga kini masih gagal diserahkan untuk menyegerakan proses perundangan.
tu lah kalo dah suka main bontot tak basuh ....dah buat tak ngaku pulak .... ko ni orang ke bukan ? Suka suka tak hormat YANG DIPERTUAN AGONG kita sendiri.
ReplyDelete