Followers

rantau ku sayang

Wednesday, September 12, 2012

Bekas ADUN dan Exco ini bertanggungjawab menjawab dan memohon maaf isu sabotaj UMNO dan pemimpin tertinggi Bahagian Rembau

Telah berniat jahat sabotaj UMNO dan pemimpin di blog pembangkang http://www.freemalaysiatoday.com
Pada 14 hb Sept ini, UMNO Bahagian Rembau yang akan mengadakan persidangan UMNO Bahagian  yang mana akan bersidang seperti biasa-biasa kerana pada tahun ini tidak akan diadakan sebarang pemilihan jawatan baik pun di peringkat Pusat mahupun Bahagian. Selamat Bersidang kepada semua perwakilan.

Namun  perwakilan yang bersidang akan memilih ahli UMNO di kalangan mereka untuk mewakilkan UMNO bahagian Rembau ke persidangan Agung UMNO Malaysia nanti. Pemilihan dijangka akan diadakan seperti biasa cuma sudah ada desas-desus yang agak panas melanda perwakilan kerana tercetus isu agak panas sedang diperkatakan mereka kerana ada  di kalangan  mereka yang  bertanding merebut kerusi G7 ini telah SABOTAJ PEMIMPIN DAN UMNO BAHAGIAN REMBAU DI LAMAN WEB PEMBANGKANG..

Ada suara yang mempertikaikan dan berharap perwakilan tidak akan memberikan undi kepada seorang calon Veteran yang juga merupakan seorang ahli exco yang mana saya tidak perlu menyebut namanya di sini akan turut bertanding.

Apa yang dipertikaikan oleh perwakilan adalah sikap calon ini yang cuba sabotaj Parti dan juga pemimpin  UMNO  pada 12 hb Jun dan juga 13 Jun di dalam dua artikel yang cuba menghasut rakyat dan ahli UMNO. 

Pemimpin ini dengan berniat jahat dan mungkin membayar blog pembangkang dengan tujuan.

1.  Melagakan Menteri Besar dan orang orangnya dengan penyokong Isa Samad dan Isa Samad sendiri.

2. Cuba mengaitkan ramai pemimpin tertinggi Negeri Sembilan untuk bersangka buruk dengan Menteri Besar.

3.  Menjatuhkan kredibiliti Menteri Besar sebagai seorang pemimpin nombor satu di Negeri Sembilan.

4. Merendahkan kepimpinan dan pentadbiran kerajaan Negeri dan mewakili  kumpulan UMNO veteran tanpa keizinan untuk memfitnah dan mengaibkan Menteri Besar di laman pembangkang.

Sila baca dua tajuk tulisan ini di laman http://www.freemalaysiatoday.com bertarikh 12 Jun 2012 bertajuk Bekas ADUN UMNO: Rakyat NS tidak mahu Mohamad. dan Hasan Malik jadi sebutan MB Baru

Seperti apa yang disarankan oleh Timbalan Perdana Menteri agar memecat dan menyingkir mana mana ahli politik yang sabotaj parti eloklah perwakilan dari Rembau ini tidak dicalonkan apa-apa juga jawatan yang dipertandingkan mahu pun untuk mewakili Rembau selaku G7.

Bekas ADUN dan Bekas Exco ini juga bertanggungjawab untuk menjawab isu ini di mesyuarat UMNO Bahagian Rembau dan perlu mempertahankan diri dan memohon maaf kepada perwakilan UMNO dan juga kepimpinan UMNO Bahagian Rembau,



1 comment: