Followers

rantau ku sayang

Monday, September 3, 2012

PAKATAN HARAM NAK TULIS SEMULA SEJARAH NEGARA

                  
newfflag
KITA tahu, banyak benda pelik dibuat penyokong Pakatan Rakyat kebelakangan ini adalah kerana Pakatan haram sedang bercadang untuk menulis semula sejarah negara ini kerana mereka mahu padam nama UMNO dan Barisan Nasional dari rekod-rekod rasmi.
 
Jangan terperanjat kalau selepas Pakatan haram mengambil alih negara, nama bekas-bekas perdana menteri akan dipadamkan dari buku sejarah, nama-nama pemimpin veteran PAS dan DAP pulak yang akan menggantikan nama mereka.
 
Menukar bendera yang baru berlaku ini adalah satu daripada begitu banyak rancangan rahsia terpendam yang perlahan-lahan dikeluarkan untuk melihat reaksi rakyat, membantah atau menyokong.
 
Strategi yang dibuat ialah dengan meminta beruk dan monyet buta sejarah yang ramai dalam Pakatan ini untuk melakukan perkara tersebut agar pemimpin besar Pakatan macam Anwar, Nik Aziz, Kit Siang dan sebagainya tidak dilibatkan, biar pemimpin kecil-kecil ini saja yang kena.
Walhal dalam diam, kita percaya itu kerja mereka juga.
 
Bukti kepada kenyataan penulis ialah, bendera Pakatan ini dikeluarkan tidak beberapa lama setelah ADUN DAP Kota Alam Shah, M. Manoharan mengeluarkan kenyataan bahawa Pakatan haram akan menukar bendera baru setelah berkuasa di peringkat pusat.
 
Memang ketika itu lebih ramai yang marah daripada yang menyokong, malah DAP pun pura-pura gantung Manoharan 6 bulan sebelum ditarik semula selepas rayuan. Tapi Pakatan nampak, respon dikalangan budak-budak muda terbahagi 2, ada yang sokong dan ada yang tidak.
Kebetulan, kelompok ini buta sejarah dan mudah dimanipulasikan. Maaf cakaplah, bukan tidak iktiraf peranan budak-budak jenis ini tapi memang itu kesnya. Penulis percaya, golongan yang dok kibar bendera Pakatan itu hari adalah terdiri daripada golongan ini juga.
 
Penulis juga ada maklumat bahawa bukan bendera sahaja yang akan ditukar, akan ada lebih banyak perkara lagi yang ditukar, silap-silap sejarah negara pun akan ditulis semula. Tarikh merdeka umpamanya, propaganda yang sedang dimain di kalangan media sosial dan cetak pro Pakatan haram sekarang ialah tarikh kemerdekaan bukan 31 Ogos tapi 16 September.
Sila rujuk artikel penulis mengenai perkara tersebut disini.
 
Ini juga kesnya bila Mat Sabu kata komunis adalah wira negara, pasukan keselamatan yang berkorban nyawa ini sebagai musuh yang sebenarnya. Mat Sabu nak rakyat lupa jasa anggota keselamatan kerana itu akan dikaitkan dengan kerajaan BN, mana boleh, semua itu mesti dipadamkan!!!'
 
Semua ini adalah agenda rahsia Pakatan Rakyat yang mahu menulis semula sejarah negara ini seterusnya memadamkan jasa pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) tapi tidak mahu didedahkan sekarang kerana takut rakyat memberontak. Manoharan, Mat Sabu dan beruk 5-6 ekor yang dok kibar bendera komunis mana tu digunakan untuk ‘test market’ sahaja.
 
Kita rakyat Malaysia yang sayangkan negara ini patut tolak politik Pakatan haram ini. DAP tidak nampak peluang lain untuk meletakkan orang mereka di atas dengan menggunakan Anwar. Melayu yang mudah dibuli macam Anwar bukan selalu datang.

SUMBER mykmu.net

No comments:

Post a Comment