Followers

rantau ku sayang

Friday, September 7, 2012

Kaum India protes sikap biadap terhadap PM dan isteri



Seremban, 07 Sept :Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Kebudayaan Masyarakat India Daerah Seremban merangkap Ketua MIC Seremban Garden Nuri Indah Bahagian Rasah, JP Negeri Sembilan dan juga ahli jawatankuasa Exco NS, En GM Kanan hari ini telah membuat laporan polis di IPD Polis Di Raja Malaysia (PDRM), di Seremban Dua pada pukul 9 pagi tadi, selaku rakyat Malaysia yang cintakan keamanan.

Beliau telah membuat laporan megenai seorang Model wanita sambilan yang menyerah diri di balai  polis Johor Baharu kerana menghina dan memijak gambar Perdana Menteri Malaysia dan isteri pada malam ambang kemerdekaan.

Beliau tidak berpuas hati kerana model berkenaan telah membawa pemimpin DAP bersama bagi melindunginya ketika menyerah diri. GM Kanan menyifatkan DAPig adalah dalang dan menjadi perancang kepada gadis berbangsa Tiong Hua ini biadab terhadap Perdana Menteri dan Isteri . Beliau berharap agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan yang sewajar agar peristiwa ini tidak akan berulang kembali.

Sumber : Portal Berita Negeri Sembilan

No comments:

Post a Comment