Followers

rantau ku sayang

Monday, September 3, 2012

Malam Himpunan Janji Palsu


Janji Bersih - Bendera PAS
Pada 27 Ogos, penganjur Himpunan Janji Demokrasi yang bertemakan Janji Bersih melalui wakilnya Maria Chin Abdullah telah membuat kenyataan rasmi, “Kita telah bersetuju dengan pihak polis, tiada banner, sebarang sticker (pelekat), atau ucapan pada perhimpunan malam itu, cuma Pak Samad (A. Samad Said) akan menyampaikan puisi sahaja”

 Selanjutnya kata Maria Chin lagi, “pihaknya telah bersetuju akan mengadakan perhimpunan di Jalan Sultan dan di Dataran Merdeka seawal pukul 10 malam dan akan bersurai selepas pukul 12 tengah malam.”

Itu janji mereka, janji yang ditaburi untuk mengaburi mata pihak berkuasa dan rakyat.
Hakikatnya, apa yang berlaku pada sejak awal malam 30 Ogos hingga pagi dinihari 31 Ogos 2012
langsung tidak menepati apa yangtelah mereka janjikan.

  


Peserta perhimpunan Janji Bersih bukan sahaja tidak bersurai selepas detik 12 tengah malam malah sehingga jam hampir 2.00 pagi 31 Ogos sebahagian besar mereka masih bersorak-sorak di tepi-tepi jalan bertentangan Dataran Merdeka dan bangunan DBKL sehingga mengakibatkan kesesakan lalulintas.

Beberapa ketika sebelum itu, Mat Sabu yang juga Timbalan Presiden PAS dibiarkan sahaja menyampaikan ucapan di perkarangan bangunan DBKL sedangkan janji awalnya hanya A.Samad Said sahaja yang akan membacakan puisi.


Kelihatan juga penyokong tegar Anwar Ibrahim yang juga penulis politik, Hishamudin Rais memberi ucapan di selang seli dengan laungan reformasi dari penyokong pembangkang yang
mendominasi himpunan tersebut.


Entah apa kaitan laungan tersebut dengan sambutan ambang merdeka kita pun tak tahu tapi ia semakin galak kedengaran sejak Mat Sabu diiringi ke perkarangan bangunan DBKL bersahut-sahutan dengan pekik lolong “hancur,hancur” dan “hidup, hidup, hidup rakyat”.


Nampak sangat sambutan ambang merdeka di malam itu bukan lagi bertujuan untuk meraikan kemerdekaan negara tapi lebih kepada untuk menjayakan kempen politik pembangkang. Orang ramai yang datang khusus untuk menyambut malam merdeka jadi kebingungan.


Paling jelik bila melihat bendera PAS dan PKR dikibarkan pada malam tersebut oleh geng-geng pemuda kuning, mengesahkan lagi himpunan tersebut sejak awal lagi bermotifkan politik kepartian semata-mata.


Walhal sejak berminggu lalu, puak pembangkang agak bising mempertikaikan tema “janji Ditepati” yang menjadi pilihan sempena sambutan kemerdekaan tahun ini. Kata mereka tema tersebut bermotifkan politik dan mencemar kemeriahan hari kemerdekaan negara
yang ke-55 tahun.

 


Tapi apa yang berlaku pada malam Himpunan Janji Demokrasi yang bertemakan Janji Bersih bukan sahaja sudah terbukti mencemari malam sambutan kemerdekaan tanahair tapi turut cuba mengubah sejarah kebanggaan panji negara apabila segelintir peserta mereka sengaja mengibarkan bendera lain ciptaan anak buah Anwar Ibrahim.


Tidak syak lagi, program malam tersebut yang dianjurkan oleh NGO proksi pro pembangkang sekali lagi membuktikan mereka hanya pandai berjanji tapi senantiasa liat untuk menepati janji, selayaknya malam tersebut digelar Himpunan Janji Palsu kerana itu lagi bersesuaian dengan tabie mereka sejak dulu-dulu lagi.


Baru jadi pembangkang yang memiliki sedikit kuasa di beberapa negeri sudah besar kepala dan pandai memungkiri janji. Patutlah rata-rata kalangan mereka cukup anti dengan tema “Janji Ditepati”.

1 comment:

  1. namun sayang... ramai org melayu masih lena dan tidak sedar...yg tinggal hanya dendam dan sifat iri hati serta dengki...sesama org islam..

    ReplyDelete