Followers

rantau ku sayang

Thursday, December 20, 2012

ADUN PAS Paroi Mohd Taufek Abdul Ghani: ditangan beliau ada kematian.

Taufek masih hidup! tetapi ada orang lain yang meninggal dunia 
waktu mengikuti demonstrasi tajaan Taufek.
Siapa Taufek?


Mungkin Taufek sudah melupakan peristiwa ini , tetapi keluarga si mati tidak akan melupakannya  walaupun ianya hampir setahun berlalu. Taufek patut mengambil tanggungjawab ini jika  bukan Taufek yang menganjurkan perhimpunan haram ini pasti tidak akan berlaku kematian ini.Benar  hidup mati adalah di tangan tuhan, Tapi ianya tentu ada penyebabnya dan kematian ini siapakah penyebabnya???

1. Ada kematian baru-baru ini dalam kesibukan demonstrasi di hadapan Jabatan Perdana Menteri Putrajaya. Allahyarham  Mohd Nordin Ahmad Bakri difahamkan seorang peneroka Felda yang turut sama berdemonstrasi. 

2. ADUN PAS Paroi Mohd Taufek Abdul Ghani adalah salah seorang broker demonstrasi berkenaan, segera menyalahkan orang lain atas kematian mengejut tersebut, termasuk ambulan lambat datang. Kepada Taufek wajar diingatkan supaya bawa para medic sendiri dalam pakej demonstrasi.

 3. Sudah ada yang mahu bertanya, apa yang Mohd Taufek Abdul Ghani bantu peneroka selama ini? Usaha pembangkang setakat ini adalah memperkecil-kecilkan usaha kerajaan, termasuk usaha untuk memberi peneroka felda satu nafas baru. Dulu mereka mempersendakan projek KLIA dan Putrajaya katanya mega dan membazir duit rakyat. Mereka tahu projek itu memang perlu dan berguna, tetapi pembangkang gemar mempertikaikan usaha murni kerajaan supaya rakyat menyokong pembangkang. 

4. Sekarang Anwar, Hadi, Mat Sabu sikit pun tak ada rasa bersalah dan malu menggunakan kemudahan lapangan terbang KLIA. Malah kini bercita-cita untuk duduk diPutrajaya pula. Begitulah juga dengan rancangan kerajaan untuk memberi nafas baru kepada peneroka FELDA. 

5. Tetapi ramai masih merelakan diri mereka untuk terus ditipu..... Yang sedihnya, ramai yang menipu adalah mereka yang berserban berjurai panjangnya............. semua tahu tidak ada pahala disebalik penipuan terang-terangan, dosa disebalik penipuan ummah bukan sedikit, mungkin tidak terlaras neraca keadilan di akhirat dengan selori  serban Hadi Awang....

 6. Harap Taufek sediakan jawapan apa yang telah beliau lakukan untuk peneroka FELDA selama ini. Dan jangan lupa bawa para medic siap dengan ambulan sekali untuk demonstrasi selanjutnya. Bukan mahal manapun Taufek....

 7. Namun masih ada peneroka FELDA yang bersyukur dengan rezeki yang Allah Taala turunkan selama ini. 

No comments:

Post a Comment