Followers

rantau ku sayang

Wednesday, December 19, 2012

Ingat tak Anthony Loke kata akan jadikan orang Melayu sasaran untuk rampas Negeri Sembilan

Anthony Loke
SHAH ALAM – Pakatan Rakyat (PR) Negeri Sembilan akan memberi tumpuan untuk memenangi hati pengundi Melayu bagi memastikan usaha mereka mengambil alih pemerintahan negeri menjadi kenyataan.

 Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun) Negeri Sembilan, Anthony Loke berkata, bagi mencapai matlamat itu, pihaknya menjadikan tiga kawasan Parlimen majoriti Melayu iaitu Jelebu, Kuala Pilah dan Tampin sebagai sasaran.

 “Kita jadikan tiga kawasan ini sebagai sasaran kerana di kawasan bandar seperti Seremban, Rasah dan Port Dickson, tiada masalah besar bagi PR untuk mendapat sokongan,” katanya ketika mengunjungi pejabat Sinar Harian di sini, semalam. ;

Turut serta dalam kunjungan itu, Pengerusi PKR Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Bahrin Abbas; Pesuruhjaya Pas Negeri, Mohd Taufek Abdul Ghani; Timbalan Pesuruhjaya I Pas negeri, Dr Rosli Yaakop dan Adun Ampangan, Rashid Latiff. Anthony yang juga Ketua Pemuda DAP dan Adun Lobak berkata, sokongan pengundi di tiga kawasan majoriti Melayu itu akan menjadi penentu sama ada PR mampu menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

“Memang kita perlukan sokongan semua kaum tetapi sokongan pengundi Melayu sangat penting bagi kita kerana 60 peratus rakyat Negeri Sembilan adalah orang Melayu,” katanya yang juga Ahli Parlimen Rasah. Anthony berkata, di kawasan bandar, meskipun bermajoriti Melayu iaitu 60 peratus, namun hanya 52 peratus yang berdaftar sebagai pengundi.

 “Daripada kajian, UMNO memang mempunyai kelebihan untuk mendapat undi Melayu namun parti komponen BN yang lain menjadi liabiliti untuk mereka, terutama pengundi Cina.

“Ini juga diakui oleh BN sendiri yang sedar mereka bermasalah besar untuk mendapat undi Cina, bukan saja di kawasan DAP malahan juga di kawasan PKR dan Pas,” katanya.

Sehubungan itu, kata Anthony, sebagaimana PR bergantung kepada undi Melayu untuk menumbangkan BN, BN pula terpaksa bergantung kepada undi bukan Melayu untuk mengekalkan kuasa.

Pada pilihan raya umum lalu, PR menguasai 15 daripada 36 kerusi yang ditandingi, satu pencapaian paling besar oleh pembangkang dalam sejarah Dun negeri itu. sumber sini 

Cili api Bloggers : Entahlah kalau masih lagi orang Melayu kek Nogori Semilan ni tak soda sida diir lagi nak sorahkan Nogori  Semilan ni kek DAPig. Sokong lah PAS PKR Ngan DAP ini. Jangan cuba cuba  buek silap kerana bilo dah silap susah dan kito yang  merano nanti, Dah elok idup aman dan mewah , nak apo laie. Pombiongak Cino ni.

No comments:

Post a Comment