Ini adalah strategi DAP untuk memperkasakan parti mereka di Negeri Sembilan dan mahu terus memperkasakan kuasa Cina di Negeri Sembilan. DAP seharusnya di berikan pengajaran pada PRU13 ini dan orang Melayu seharusnya jangan menyokong mereka yang kini sudah naik tocang dan mual berlagak seolah olah DAP kini kebal kerana sokongan padu kaum Cina.
Orang Melayu di Negeri Sembilan perlu lumpuhkan DAP untuk menjamin kuasa kaum Melayu dari dirampas oleh oleh DAP.
Semalam Anthony Loke berkata di sidang dewan Undangan Negeri Sembilan : Selepas dua penggal menjadi wakil rakyat untuk Dewan Undangan Negeri (Dun) Lobak, akhirnya Anthony Loke mengumumkan tidak akan bertandung di kawasan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.
Beliau mengesahkan perkara itu pada Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Kelima Dun Ke-12, semalam ketika membahaskan rang-rang undang Perbekalan Tambahan 2012 di hadapan Speaker Dun, Datuk Razak Mansor dan ahli-ahli dewan.
“Saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pengundi Dun Lobak kerana memberi mandat dan kepercayaan kepada saya untuk menjadi wakil mereka dalam dewan yang mulia ini hampir sembilan tahun.
“Saya ingin umumkan bahawa saya tidak akan bertanding di Dun Lobak pada PRU13 tetapi di kerusi lain,” katanya.
Loke yang Pengerusi DAP negeri berkata, beliau yakin pengundi Dun Lobak akan terus memberi mandat kepada calon DAP dalam mewakili suara mereka pada PRU13 kelak.
“Saya juga ingin memohon maaf kepada Speaker, semua barisan Exco, ahli dewan dan pegawai kerajaan jika terdapat kata-kata saya yang menyinggung perasaan anda semua.
“Semua yang saya jalankan adalah tanggungjawab dan beberapa bulan sebelum PRU ini rakyat akan beri mandat siapa wakil mereka dalam dewan ini,” katanya.
Beliau turut berharap rakyat dapat menjalankan kewajipan mengundi yang akan menjadi penentu masa depan negara dalam keadaan suasana aman dan tenang.
Pada Pilihan Raya Umum 1999, Dun Lobak dimenangi Khoo Seng Hock dari Barisan Nasional (BN). Bagaimanapun, Loke mengambil alih pada 2004 apabila berjaya mengalahkan Seng Hock, seterusnya mengekalkan kerusi berkenaan sekali lagi pada 2008.
No comments:
Post a Comment