Friday, August 10, 2012
MBN9 diam-diam jer.. sampai masa bagi..
SEREMBAN, – Penjawat awam di
Negeri Sembilan menerima imbuhan setengah bulan gaji serentak di 12
lokasi berbeza hari ini (8 Ogos) berjumlah RM6.9 juta.
Seramai 1000 orang penjawat awam yang
bertugas di 14 buah agensi di Wisma Negeri menerima imbuhan RM500 yang
diserahkan dalam bentuk cek tersebut di Dewan Majlis Perbandaran
Seremban (MPS), dalam Majlis Penyampaian Imbuhan kepada Penjawat Awam di
Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan yang disampaikan oleh Menteri
Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, petang
tadi.
Kata Menteri Besar di dalam ucapannya,
“Kerajaan Negeri ini diurus dengan sebaik mungkin dan penyampaian
imbuhan yang diserahkan pada hari ini bertitik tolak dari usaha gigih
penjawat awam menunjukkan KPI yang baik di dalam kerja dan tanggung
jawab masing-masing.”
Katanya, imbuhan yang diberikan hari ini
merupakan penghargaan kerajaan negeri buat penjawat awam yang sentiasa
bertungkus lumus menaikkan mutu perkhidmatan di negeri ini dan Kerajaan
Negeri juga sedia maklum persiapan yang mahu dilakukan menjelang hari
raya ini.
Menurut beliau, “Daripada 12 jabatan
yang yang diaudit oleh Audit Negara, enam daripadanya menerima
pengiktirafan empat bintang dan ini amat baik. Malah dari 12 yang
diaudit, antaranya merupakan jabatan yang di audit kali pertama.
Kejayaan ini secara tidak langsung menyakinkan orang luar bahawa
pentadbiran negeri ini cukup bagus.”
Menteri Besar turut menyeru agar
penjawat awam negeri ini agar bersyukur dengan limpahan nikmat yang
dikecapi negara ini kerana ada negara luar yang sama merdeka dengan
Malaysia, tetapi mereka gagal membangunkan negara kerana mereka tidak
mempunyai sistem pentabiran sama seperti kita.
Seterusnya di sini
TERIMA KASIH TOK MAT
Thursday, August 9, 2012
Tema Hari Kebangsaan PR Berbeza: Bukti PR Tidak Sepakat
Ketika Pakatan Rakyat (PR) menjerit-jerit fobia dengan tema ‘55 Tahun Janji DiTepati’ yang diumumkan kerajaan pusat kerana tepat terkena ke batang hidung mereka, kerajaan PR Kedah telah pun melancarkan temanya sendiri iaitu ‘55 Tahun Terus Berbakti’ seawal 17 Julai lagi.
Namun, tindakan kerajaan Kedah itu seolah-olah tidak ‘diiktiraf’ oleh kepimpinan PR Pusat kerana mereka langsung tidak memperdulikannya. Malah, kepimpinan PR Pusat telah melancarkan tema ‘Sebangsa, Senegara, Sejiwa’ sebagai tema rasmi Hari Kebangsaan di negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.
Ini bermakna, Kedah telah ‘tercicir’ dan akan bersendirian menggunakan tema berbeza dari PR dan juga pusat. Nampaknya, untuk bersatu hati dalam mencari tema Hari Kebangsaan juga amat payah sekali bagi Pakatan Rakyat. Jika begitu sukar sekali untuk mereka menyeragamkan hanya 4 buah negeri, bagaimana PR boleh bermimpi mampu menyamaratakan segala-galanya bagi seluruh Malaysia jika mereka berjaya memerintah?
Inilah akibatnya jika ketiga-tiga parti merasakan parti masing-masing sebagai kepala dan tulang belakang PR dan tiada siapa hormatkan sesiapa di antara sesama mereka sebagai pemimpin tertinggi. Namun, kita faham jika kepimpinan PR memekakkan telinga sahaja dengan tema yang dilancarkan oleh negeri Kedah iaitu kerana pemilihan perkataan ‘berbakti’.
Sedangkan, perkataan-perkataan yang membawa makna ‘berkhidmat kepada rakyat’ amatlah menakutkan PR. Dari satu segi, perkataan ‘berbakti’ tidak banyak beza dengan ‘janji ditepati’ mengikut makna umum dan di dalam konteks Malaysia.
Apatah lagi jika perkataan tersebut digandingkan dengan angka ‘55 tahun’. Ini kerana bukan PR tidak tahu bahawa yang berbakti kepada rakyat Kedah dan keseluruhannya selama 55 tahun adalah BN atau Parti Perikatan dan bukan PAS, DAP, PKR jauh sekali Pakatan Rakyat. PAS atau PR baru sahaja memerintah Kedah selama tidak sampai sepenggal dan selama itu juga langsung tiada bakti yang dicurahkan.
Sebaliknya, hanya menambahkan masalah kepada rakyat selain dari menambah pusat-pusat hiburan dan karaoke. Oleh itu, tema ’55 tahun terus berbakti’ seolah-olah mengingatkan rakyat kepada jasa-jasa Barisan Nasional dan UMNO kepada mereka, lebih-lebih lagi dalam memperjuangkan kemerdekaan. Pelik juga kita kenapa PAS Kedah telah memilih tema yang juga terkena batang hidung mereka sendiri?
Apapun, dengan kegagalan PR untuk bersatu hati dalam memilih tema untuk digunakan di negeri-negeri jajahan mereka membuktikan betapa rapuhnya pakatan mereka. Masalah ini juga berlaku kerana PR tidak pernah mempromosi patriotisme, maka memilih tema untuk Hari Kebangsaan serta menjiwainya tentulah sesuatu yang sukar bagi mereka.
Apatah lagi dengan terdapatnya segolongan di dalam PR yang enggan menerima sejarah serta ingin mengubah sejarah mengenai kemerdekaan semata-mata kerana ingin ‘membersihkan’ nama nenek moyang mereka. Selama ini juga kita melihat pemimpin-pemimpin PR ke hulu ke hilir ke serata dunia tidak puas-puas memburuk-burukkan Malaysia.
Mereka menggambarkan Malaysia sebagai neraka dunia seolah-olah segala-gala tentang Malaysia adalah buruk lagi busuk. Sesungguhnya, PR tidak pernah cintakan negara ini dan tidak pernah mensyukuri nikmat keamanan, kemakmuran, kesejahteraan mahupun keindahan negara ini. Justeru,
PR mungkin boleh mencipta slogan dan tema tetapi ia tidak membawa apa-apa makna kepada mereka. PR juga saban hari mempromosi perpecahan dan bukannya perpaduan. PR menentang perpaduan sesama ummah dan di antara kaum kerana perpaduan di kalangan rakyat bermakna kekuatan bagi kerajaan yang memerintah. Sedangkan matlamat mereka adalah untuk melemahkan kerajaan.
Oleh itu, untuk PR memilih tema ‘sebangsa, senegara, sejiwa’ adalah satu hipokrasi yang paling besar apatah lagi di kala DAP sendiri tegar menentang ‘satu sekolah’ untuk anak-anak Malaysia. Hakikatnya, bukan sahaja PR itu adalah agen perpecahan tetapi PR sendiri tidak mampu menjadi satu parti.
Sehingga ke hari ini iaitu setelah hampir sepenggal memerintah di 4 negeri, PR kekal menjadi tiga parti dengan tiga ideologi, tiga matlamat dan tiga prinsip yang berbeza, hatta bertentangan juga. Kerana itu, PR tidak mampu bersatu walaupun dalam mencipta tema Hari Kebangsaan.
Bagaimana agaknya nasib rakyat sekiranya parti yang tidak patriotik, tidak bersatu serta menentang perpaduan di kalangan rakyat diberi mandat memerintah Malaysia?

Wednesday, August 8, 2012
PAS SOKONG MANOHARAN SEKUTU MEREKA ADUN DAP HINA ATELIT NEGARA
Pakatan Rakyat Hina Lee Chong Wei
Setelah terbaca twitter ADUN DAP dan artikel di laman Suara PR mengenai kekalahan Datuk Lee Chong Wei maka sahlah bahawa Pakatan Rakyat sememangnya agen pemecah belah masyarakat.
Dan seperti yang telah diketahui, sama ada PAS, DAP mahupun PKR, semuanya berpegang kepada strategi ‘pecah dan perintah’ demi mencapai matlamat mereka.
PAS terkenal dengan memecah belah sesama umat Islam melalui Amanat Hadi sehingga menyebabkan tragedi solat dua imam sehinggalah tragegi berdarah Memali dan Sauk. DAP pula terkenal dengan sifat perkauman yang membenci kaum Melayu serta selamanya berjuang untuk memisahkan kaum sejak di bangku sekolah serta membina ‘tembok’ ekonomi antara kaum Cina dengan bangsa lain.
Manakala PKR pula terkenal dengan strategi mengadakan huru-hara, melaga-lagakan rakyat dengan pihak berkuasa, undang-undang serta sistem kehakiman melalui sifat talam dua-ratus muka dengan semua pihak, semua agama, semua kaum dan semua golongan manusia di dunia.
PAS, PKR dan DAP semuanya telah membuktikan kepada kita bahawa parti mereka tidak punya -semangat patriotik, malah bersifat pengkhianat.
Di mana-mana saja mereka memburuk-burukkan Malaysia, mengsabotaj ekonomi negara sendiri serta sengaja ingin menggoyah kestabilan negara. Malah, tanpa segan silu mereka memperlekehkan 1Malaysia yang membawa semangat kebangsaan dan kenegaraan.
Kerana itu, kita tidak hairan apabila ADUN DAP, Manoharan Malayalam menghina Lee Chong Wei kerana kalah dalam pertandingan badminton di sukan Olympic baru-baru ini.
Lebih memualkan, Manoharan bukan sahaja menghina kekalahan Chong Wei tetapi juga seolah-olah memperlekeh penampilan beliau dengan memuji lawannya, Lin Dan dari China sebagai lebih bergaya dan moden.
Laman Suara Pakatan Rakyat pula dengan tidak semena-mena mengaitkan UMNO dalam mengulas kekalahan Chong Wei.
Menurut laman tersebut, UMNO harus malu kerana tidak mampu mengangkat kaum Melayu di dalam sukan sehingga semua nama-nama besar di dalam sukan di Malaysia adalah dari kaum lain.
Malah, dalam artikel kemudiannya pula, laman tersebut memanggil Chong Wei dengan gelaran kuda tua??!!
Pakatan Rakyat nampaknya menyedari bahawa sukan mampu menyatupadukan rakyat iaitu sesuatu yang amat bertentangan dengan strategi mereka.
Maka, agenda PR mengutuk Chong Wei adalah untuk memastikan kaum Cina, Melayu dan India kekal bertelagah dan prejudis sesama sendiri sehingga membelakangkan semangat kenegaraan.
Pemimpin-pemimpin PR telah melihat bagaimana sukan berjaya menyatukan dan menyerlahkan kekuatan semangat cintakan negara ketika sukan komanwel 1998 berlangsung di Kuala Lumpur di mana, pada ketika yang sama, gerakan reformasi Anwar Ibrahim sedang mengganas di bandaraya.
Namun, seluruh tumpuan rakyat adalah tetap kepada sukan tersebut dan bukan Anwar Ibrahim. Malah, laungan yang bergema di stadium iaitu ‘hidup Mahathir!’ yang pada ketika itu Perdana Menteri, melambangkan penyatuan rakyat Malaysia di bawah kepimpinan Barisan Nasional, berjaya menenggelamkan terus mimpi Anwar sehingga ke hari ini.
Sukan juga digunakan oleh Nelson Mandela ketika beliau ingin menyatukan rakyatnya sehingga mereka melupakan isu warna kulit untuk seketika, dan kemudiannya untuk selama-lamanya.
Berdasarkan hakikat inilah, maka PR sedaya upaya ingin memastikan yang rakyat Malaysia tidak akan bersatu walaupun dalam sukan. Begitu khianat sekali para pemimpin PR terhadap negara dan rakyat sehingga sanggup menggadaikan semangat kesukanan dan patriotisme semata-mata kerana ingin berkuasa.
Subscribe to:
Posts (Atom)