Followers

rantau ku sayang

Wednesday, May 7, 2014

PEMBONGKARAN PENIPUAN SAHAK LAGI MELIBAT KEWANGAN ???

Khabarnya akan ada satu pendedahan dan ada satu sidang akhbar yang dilakukan oleh individu tertentu kepada sebuah  media arus perdana mendedahkan hutang terbaru Dato' Ko' Kahak  , sorry Sahak sebanyak RM800 ribu.

Sidang media itu akan diadakan hari ini. Ini ekoran tidak puas hati rakyat terhadap Dato' Kahak, sorry Dto Sahak, Selagi Dato' Sahak tidak memohin maaf atas perbuatan beliau memaki penjawat awam baru baru ini di Khalyak ramai sewaktu program peyerahan watikah  JKKK di dewan MPS Seremban. Kita tunggu sidang kesahihan berita ini.

Tuesday, May 6, 2014

Gambar Occupy Merdeka: DAP cuba tutup perangai buruk cina



DAP bersama Anti Lynas telah mengadakan "Occupy Bantah GST" bertempat di siar kaki  persimpangan Jalan Raja/ Jalan Parlimen/jalan Tuanku Abdul Rahman, KL.

Seramai 20 orang yang terdiri daripada ahli2 DAP dan Anti Lynas telah hadir. Antaranya WONG TACK - Anti Lynas; dan Dr. HEW Kuan Yau - Senior Lecturer Social DAP.Sebanyak 3 banner berukuran 3' x 6' tertulis "Rakyat Bersatu Bantah GST"  dan 8 plakad tertulis "Bantah GST" dalam bahasa Cina, Inggeris dan Bahasa Malaysia telah dipamirkan di atas siar kaki.

Occupy Bantah GST ini akan diadakan sehingga 4 MEI 14 jam 2359 ditempat yang sama.Ketika perhimpunan 501, hanya segelintir Cina saja yang hadhir tak sampai 5% dan 95% adalah orang Melayu.

Occupy hanya usaha DAP untuk dapat perhatian untuk menutup sikap Cina yang telah tikam belakang pendemo-pendemo yang hadhir.Bodohnya Melayu yang tak faham tentang GST adalah Cina suka GST tak dijalankan supaya mereka boleh lari dari bayar cukai.

Difahamkan pada sebelah pagi, pihak DBKL telah mengambil tindakan merampas banner dan plakad yang dipamirkan, namun kumpulan ini telah membawa banner dan plakad yang baru untuk dipamerkan di lokasi.

Video Tok Sahak , Lu jangan Langsi kok kain terlondeh nanti

Monday, May 5, 2014

Dato' Sahak Lu Jangan Langsi !!

Tiba-tiba sahaja suasana di Dewan Majlis Perbandaran Seremban kecoh ketika pegawai dan juga EXCO Kerajaan Negeri serta tetamu lain yang  sedang menunggu ketibaan tetamu kehormat Menteri Besar Negeri Sembilan.

Tetamu dikejutkan dengan keriuhan seorang YB yang dikenali dengan sikap pembengis dan suka memaki hamun sesiapa sahaja jika kehendaknya tidak dituruti. Beliau didapati telah memaki hamun seorang penjawat kerajaan yang kononnya tidak memilih senarai nama yang dikemukakan untuk jawatan JKKK.

Dato' Sahak yang hilang kewarasan ketika itu seolah-olah tidak mempedulikan keadaan sekeliling dan terus memaki hamun penjawat berkenaan namun mujurlah yang dimaki itu masih mempunyai kewarasan dan memohon agar Dato' Sahak bersabar lalu berunding di tempat yang sesuai dalam suasana yang tenang.

Inikah contoh dan tauladan seorang ADUN UMNO ? ide

Kita akan dedahkan  mengenai YB ini memburukkan kepimpinan tertinggi UMNO dalam setiap program DUN.

Sunday, May 4, 2014

Seekor Lagi Syaitan Yang Dikenali Dakwa Hudud Hanya 'Umpan UMNO'

Sesetengah pihak menganggap isu perlaksanaan hukum hudud Pas hanyalah umpan UMNO dan PAS tidak harus termakan umpan itu.

Tanggapan seperti itu boleh diklasifikasikan sebagai tanggapan untuk memperbodohkan intelek rakyat, sedangkan umum amat mengetahui hudud Pas itu sendiri adalah teras kepada perjuangan Pas, bagaimana pula ia boleh dikatakan hudud itu umpan UMNO.

Antara contoh yang boleh dilihat ialah amanat songsang yang dibuat oleh Presiden Pas Hadi Awang di Kampung Banggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.

Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO.
Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama merintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka.
Oleh kerana itulah kita hadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Kesimpulan: Amanat Hadi Awang sendiri sudah jelas untuk difahami apa matlamat sebenar perjuangan Pas, jadi untuk mengatakan Hudud Pas itu sebagai 'umpan UMNO' sama sekali tidak relevan. Fikir fikirkan ? 

Friday, May 2, 2014

VIDEO #BantahGST UNTUK TONTONAN MENTERI UMNO


Ini adalah realiti yang berlaku semalam semasa perhimpunan #BantahGST. Rakyat tak faham apa itu GST dan penjelasan perlu dilakukan secara bersekala pada semua rakyat malaysia sehingga mereka faham apa itu GST. Jangan pulak menteri yang bertanggungjawab hanya pandai bercakap tapi hakikatnya rakyat tak faham. 

Pendapat MKP senang saja, Kalau rakyat faham mereka tidak akan termakan tipu daya pembangkang. Ini bagi penjelasan seperti melepas batuk ditangga. Korang nak faham fahamlah tak nak pergi mampus padahal perbelanjaan untuk memberikan penerangan pada rakyat melebihi 17juta. Ini yang membuatkan rakyat lagi marah. Pada penasihat menteri tue sesudahlah buat keja membodek boss korang yang memang tak boleh terima pendapat orang lain.


4,967 program penerangan GST sejak 2010

Thursday, May 1, 2014

Hudud: Teresa Kok bongkar muslihat PAS.

Dulu bila pemimpin UMNO menyatakan isu perlaksanaan hukum hudud yang digembar-gembur oleh pemimpin PAS sebenarnya hanyalah alat dan umpan politik untuk meraih undi orang Melayu Islam demi kepentingan PAS dalam pilihan raya, bukan main marah lagi penyokong-penyokongnya.

Pantang betul mereka bila kita kata pemimpin PAS peralatkan hudud untuk kepentingan politik kepartian. Dihamburnya segala kata nista dan tuduhan melulu konon UMNO anti Islam, tolak hukum Allah, kafir dan macam-macam lagi yang sepatutnya tak diucap oleh penyokong parti berlabel Islam.

Reaksi keras tak berpedoman itu satu kebiasaan dari kalangan penyokong PAS dek kerana terlalu taksub dan yakin isu perlaksanaan hudud adalah satu perjuangan ikhlas datang dari ketulusan hati pemimpin PAS demi kerana nak menegakkan hukum Allah SWT di muka bumi Malaysia. Kononnya begitulah.

Kini bila mana UMNO mengambil pendirian untuk memberi ruang kepada pemimpin PAS membuktikan kesungguhan dan keikhlasan mereka dalam isu perlaksanaan hudud dengan membawa usul mengenainya ke Parlimen, terus tunggang terbalik sebahagian pimpinan dan penyokong PAS bersilat lidah untuk mengelak.

Di masa yang sama mana-mana pemimpin PAS yang berasa hebat dan pandai bermain silap mata cuba-cuba nasib mahu menyahut cabaran dek kerana takut tembelang pecah, alang-alang mandi biar basah kata mereka. Untung batu tenggelam untung sabut timbul, itulah harapan yang terbuku di hati mereka agaknya.

Tapi belum pun sempat usul hudud dibentangkan di Parlimen, tak semena-mena Allah SWT campak satu petunjuk buat renungan umat Islam apabila Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok membongkar muslihat PAS membangkitkan isu perlaksanaan hudud sebenarnya memang bermotifkan politik kepartian.

Kata Teresa, PAS terpaksa ambil inisiatif melaksanakan hudud bagi nak mengelakkan parti itu dari kehilangan sokongan orang Melayu Islam. Tambahnya lagi, PAS perlu sahut cabaran UMNO demi kepentingan politik PAS.

“Pemimpin PAS memberitahu kami kesukaran mereka dalam berdepan masyarakat kampung Melayu kerana Umno menguar-uarkan dakwaan mereka dikawal DAP.

“Mereka kata tidak boleh berdiam diri setelah menerima cabaran yang diberikan oleh Umno dalam isu hudud. Jika tidak respon dalam keadaan ini, lebih banyak sokongan Melayu akan hilang,” demikian penjelasan pemimpn DAP itu sebagaimana disiarkan oleh portal online Malaysiakini.

Pendedahan oleh Teresa Kok itu memang cukup menarik dan ia adalah bukti nyata yang mengesahkan kewujudan muslihat jahat PAS dalam memperalatkan isu hudud untuk tujuan politik. Persoalannya siapakah pemimpin PAS yang membuat pengakuan tersebut? Tentu ramai yang ingin tahu.

Apapun dengan terbongkarnya niat sebenar PAS itu secara tidak langsung membenarkan dakwaan UMNO selama ini bahawa PAS sengaja memperalatkan isu hudud untuk menarik perhatian pengundi Melayu Islam dan bukannya kerana takut kepada Allah SWT apatah lagi demi nak menjaga martabat Islam.