Followers

rantau ku sayang

Wednesday, October 1, 2014

Aziz Bari Pilih Tutup Mulut...Padan Mukanya


Bekas Pensyarah Undang-Undang Dr Aziz Bari memilih untuk tidak mengulas sebarang pertanyaan mengenai pertuduhan Akta Hasutan keatasnya atas dakwaan menghina Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Peguamnya, Afiq M Noor berkata, Aziz telah disoal siasat selama satu jam setengah oleh pegawai polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Sabak Bernam pagi tadi.

Aktivis politik itu tiba di IPD sekitar jam 11 pagi ditemani Afiq dan seorang lagi peguam, Dr Dheeraj Bar.

"Beliau tidak menjawab sebarang persoalan polis berkaitan Seksyen 112.

"Beliau memilih untuk tidak menjawab sebarang pertanyaan untuk tidak melibatkan dirinya," kata Afiq kepada pemberita.

Katanya, Aziz disiasat dibawah Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948. 

Dewan Ulama PAS Kaji Kedudukan Tahaluf Siyasi...


Jawatankuasa Penyelidikan Dewan Ulama Pas dijangka membentangkan hasil kajian mengenai kedudukan tahaluf siyasi antara Pas dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam tempoh terdekat untuk dipertimbangkan oleh Masjlis Syura Ulama parti berkenaan.

Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad berkata, kajian mengenai tahaluf siyasi itu dibuat bagi menentukan sama ada ia mengikut hukum syarak atau sebaliknya berikutan pelbagai perkembangan semasa yang berlaku dalam kerjasama politik ketiga-tiga parti berkenaan sejak-akhir-akhir ini.

Beliau berkata, Jawatankuasa Penyelidikan yang diketuai oleh Pemangku Naib Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Nik Muhammad Zawawi Saleh itu dipercayai sedang memuktamadkan kajian tersebut untuk dibawa ke peringkat seterusnya.

"Hasil kajian terlebih dahulu dibawa ke Dewan Ulama Pas untuk dibincangkan sebelum dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama.

"Memandangkan kajian adalah berdasarkan hukum syarak, maka keputusan muktamad mengenai cadangan Dewan Ulama Pas itu hanya boleh ditentukan oleh Majlis Syura,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dikenali Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa) yang dianggotai anak muda hari ini dilaporkan mendesak Pas supaya keluar daripada pakatan pembangkang sekiranya parti itu gagal menangani krisis dalaman sehingga terus mencetuskan konflik sesama parti rakan lain.

Ditanya mengenai desakan NGO berkenaan, Mahfodz berkata, semua pihak boleh mengutarakan pandangan masing-masing kerana negara ini mengamalkan sistem demokrasi. 

Elaun Jawatan Tertinggi Selangor Dikaji Semula November Ini...Wayang Jer Ni


Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan menyaksikan pengkajian semula kenaikan elaun empat jawatan utama pada bulan November akan datang.

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, empat jawatan tersebut merupakan jawatan Menteri Besar yang disandang oleh beliau sendiri, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), Speaker, dan Timbalan Speaker DUN.

"Kenaikkan kadar yang telah diputuskan pada tahun 2013 itu kita merasakan perlu dikaji semula dan kita akan membentangkan semula pada sidang DUN.

"Kadar yang asal yang dahulu telah diluluskan dalam sidang yang lalu maka ia perlu dibawa semula ke sidang DUN untuk diputuskan pada bulan November," katanya kepada pemberita ketika membuat sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Excp di Bangunan SUK disini, hari ini.

Dalam pada masa yang sama, Azmin berkata kadar kenaikkan yang sepatutnya bermula pada Januari tahun ini merupakan kadar kenaikan yang berpatutan ekoran ia bersesuaian dengan tanggungjawab yang dibawa oleh ahli DUN Selangor.

"Kita merasakan bahawa kenaikkan kadar untuk Ahli DUN yang telah diputuskan pada 2013 itu adalah berpatutan," katanya.

Sidang DUN Selangor pada 27 November tahun lalu meluluskan kenaikan gaji menteri besar sebanyak RM29,250, exco RM20,250, speaker RM22,500, timbalan speaker RM15,750 dan Adun RM11,250.

Sidang DUN pada April kemudiannya meluluskan pemotongan elaun menteri besar menjadi RM14,175.15, exco RM15,000, speaker RM15,000 dan timbalan speaker RM12,000. 

Anwar Kekal Penasihat Ekonomi Selangor - MB...Memang Menyampah Betul


Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah dipecat daripada kedudukan jawatan Penasihat Ekonomi Selangor dan khidmatnya akan diteruskan seperti biasa.

Penjelasan itu ditegaskan Menteri Besar Selangor yang baharu, Mohamed Azmin Ali selepas beliau dan barisan Exconya meneliti minit mesyuarat terakhir yang dipengerusikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 22 September lalu.

"Kita meniliti minit mesyuarat Exco yang lalu, apa yang diputuskan oleh Tan Sri Khalid ialah untuk menutup pejabat penasihat ekonomi.

"Jadi tidak timbul soal pemecatan penasihat ekonomi," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Bangunan SUK di sini, Rabu.

Malah menurut Azmin, Anwar akan diberikan semua kemudahan yang diterimanya sebelum ini termasuk ruang pejabat bagi memudahkan beliau memainkan peranannya.

"Sekarang kita akan bincang semula fungsi dan peranan penasihat ekonomi untuk membantu pembangunan ekonomi di Selangor.

Sudah tentu kita akan memberikan kemudahan-kemudahan termasuk pejabat sesuai dengan peranan yang akan dimainkan," katanya.

Sebelum ini bekas Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Diperbadankan (MBI) Selangor, Faekah Husin mengumumkan penutupan Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor berkuat kuasa serta-merta bagi menjimatkan kos pentadbiran kerajaan negeri.

Jelas Faekah, pelbagai fitnah dan kontroversi ditimbulkan antara lain tentang gaji yang diterima oleh Anwar serta peranan dan sama ada sumbangan beliau kepada kerajaan negeri Selangor sesuai dengan jawatan yang disandang. 

MAT BARUA KECAM PRESIDEN PAS ... INI LIDAH BEWAK ARAHAN SIAPA KALAU BUKAN ?


Adun PAS Saari Sungib berkata PAS kini meniti jalan yang yang bahaya apabila merasakan pihak lain tidak mempunyai hak untuk mentakrifkan perjuangan dan pandangan Islam selain daripada perspektif parti itu sendiri.

Walaupun telah dilabel "barua" oleh presidennya sendiri Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kini berdepan dengan tindakan disiplin, aktivis veteran ini berkongsi pandangannya dengan Malaysiakini ketika ditemui di sebuah acara hujung minggu lalu.

Saari mempunyai latar belakang yang menarik. Beliau pernah ditahan sebanyak dua kali di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan kemudiannya menulis beberapa buku mengenai hak asasi manusia dan Islam. Malah beliau juga merupakan pengasas Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM).

ADUN Hulu Kelang ini turut menjadi mangsa 'kemarahan' Hadi kerana menginkari arahan parti dan menyebelahi PKR dan DAP ketika krisis menteri besar Selangor.

Insiden itu sekali lagi menunjukkan wujudnya pergeseran antara golongan ulama dan profesional yang ada di dalam PAS.

Mengimbas kembali, pada tahun 1982, Saari berkata, PAS pada ketika itu menganggap diri mereka sebagai satu-satunya badan atau jemaah politik Islam, manakala gerakan yang sama seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan JIM dilihat sebagai entiti yang memecahbelahkan orang Islam.

"Sejak bertahun-tahun lamanya, PAS membina satu kefahaman, hanya dialah yang mempunyai dasar perjuangan Islam, berdasarkan Islam yang layak untuk menginterpretasikan serta mentafsirkan apa sahaja berdasarkan perspektif Islam dan yang lain tidak ada hak.

"Ini amat berbahaya," katanya.

Saari berkata, walaupun PAS telah wujud selama enam dekad, namun parti itu belum bersedia jika ia melibatkan kepelbagaian sudut pandangan. 

TERKINI ! SAMAN TERHADAP WAN AZIZAH DITERUSKAN !


Sungguh memalukan! Fitnah jijik lidah rasmi PKR, Suara Keadilan terhadap FELDA terjawab apabila bekas editor Suara Keadilan Dzulkarnain Taib hari ini memohon maaf kepada FELDA dan anak syarikatnya, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd, berhubung penerbitan dua artikel di akhbar mingguan Suara Keadilan kerana ia palsu dan tidak benar.

Dzulkarnain dalam permohonan maafnya yang dibacakan di mahkamah terbuka berkata artikel-artikel tersebut diterbitkan oleh Suara Keadilan dengan niat untuk memperkecilkan plaintif-plaintif dan merosakkan reputasi mereka.

Merujuk kepada satu artikel, beliau berkata tajuk utama ‘Felda Bankrap’ sengaja diterbitkan akhbar itu untuk mensensasikan isu berkaitan Felda.

“Sebagai editor Suara Keadilan pada masa itu, saya telah menyarankan bahawa tajuk utama itu harus dikemukakan sebagai persoalan dan menasihatkan bahawa pernyataan sedemikian boleh menyebabkan saman fitnah.

“Bagaimanapun pihak atasan PKR, penerbit akhbar Suara Keadilan berkeras untuk meneruskan dengan tajuk utama itu (Felda Bankrap) dengan niat untuk membuat kerosakan maksimum terhadap reputasi plaintif-plaintif,” katanya.

Dzulkarnain, yang tidak diwakili peguam, turut menyatakan bahawa beliau sebelum ini telah memohon maaf secara terbuka kepada Felda dan anak syarikatnya mengenai artikel-artikel tersebut dalam satu majlis pelancaran buku yang diadakan di Menara Felda pada 10 April tahun lepas.

Sehubungan itu beliau menarik balik kesemua pernyataan fitnah dan memohon maaf tanpa syarat kepada Felda dan anak syarikatnya. 

Sunday, September 28, 2014

Dua ADUN PAS “broker dan barua”dapat sambutan wira dari DAP


Digelar pengkhianat serta broker dan barua oleh PAS, dua anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin mendapat sambutan sebagai seorang wira daripada penyokong Cina dalam majlis makan malam DAP malam tadi.

Duduk bersebelahan pemimpin popular DAP Lit Siang, hadirin bangun memberi tepukan gemuruh dan beberapa pemimpin DAP menggelar mereka sebagai “penyelamat Pakatan Rakyat”.

unnamed“Kamu bukan pengkhianat, kamu wira rakyat,” kata bekas exco Selangor Ronnie Liu di majlis makan malam yang dihadiri kira-kira 700 orang di Petaling Jaya malam tadi.

Sementara itu, ADUN Bukit Gasing R Rajiv berkata, mereka berdua harus menandatangani akuan berkanun (SD) bersama wakil PKR dan DAP bagi menghancurkan harapan kerjasama PAS-Umno.

“Jika tidak kerana mereka, kita sudah tentu akan lihat kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno,” katanya.