Followers

rantau ku sayang

Wednesday, October 1, 2014

TERKINI ! SAMAN TERHADAP WAN AZIZAH DITERUSKAN !


Sungguh memalukan! Fitnah jijik lidah rasmi PKR, Suara Keadilan terhadap FELDA terjawab apabila bekas editor Suara Keadilan Dzulkarnain Taib hari ini memohon maaf kepada FELDA dan anak syarikatnya, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd, berhubung penerbitan dua artikel di akhbar mingguan Suara Keadilan kerana ia palsu dan tidak benar.

Dzulkarnain dalam permohonan maafnya yang dibacakan di mahkamah terbuka berkata artikel-artikel tersebut diterbitkan oleh Suara Keadilan dengan niat untuk memperkecilkan plaintif-plaintif dan merosakkan reputasi mereka.

Merujuk kepada satu artikel, beliau berkata tajuk utama ‘Felda Bankrap’ sengaja diterbitkan akhbar itu untuk mensensasikan isu berkaitan Felda.

“Sebagai editor Suara Keadilan pada masa itu, saya telah menyarankan bahawa tajuk utama itu harus dikemukakan sebagai persoalan dan menasihatkan bahawa pernyataan sedemikian boleh menyebabkan saman fitnah.

“Bagaimanapun pihak atasan PKR, penerbit akhbar Suara Keadilan berkeras untuk meneruskan dengan tajuk utama itu (Felda Bankrap) dengan niat untuk membuat kerosakan maksimum terhadap reputasi plaintif-plaintif,” katanya.

Dzulkarnain, yang tidak diwakili peguam, turut menyatakan bahawa beliau sebelum ini telah memohon maaf secara terbuka kepada Felda dan anak syarikatnya mengenai artikel-artikel tersebut dalam satu majlis pelancaran buku yang diadakan di Menara Felda pada 10 April tahun lepas.

Sehubungan itu beliau menarik balik kesemua pernyataan fitnah dan memohon maaf tanpa syarat kepada Felda dan anak syarikatnya. 

No comments:

Post a Comment