Followers

rantau ku sayang

Monday, March 31, 2014

BINI UNDUR DIRI : BangNON MENANG TANPA BERTANDING PRESIDEN PKR


Datuk Seri Anwar Ibrahim hampir pasti menang tanpa bertanding jawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan parti itu Mei ini.

Pencalonan Anwar dicadang oleh bekas Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali dan disokong Timbalan Bendahari Agung, Low Chee Chong.

Anwar bagaimanapun tidak hadir menyerahkan borang pencalonan di Ibu Pejabat PKR yang mula dibuka seawal pukul 10 pagi Sabtu.

Dijangkakan pencalonan Anwar bagi jawatan Presiden tidak akan ditentang.

Ketika ini jawatan Presiden PKR disandang isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Difahamkan Wan Azizah tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti itu kali ini.

Wan Azizah menang tanpa bertanding jawatan itu sejak penubuhan PKR pada 1999.

Friday, March 28, 2014

Khalid Samad Berlagak Hero Isu MH370


Ahli Parlimen Shah Alam , Khalid Samad semalam mendakwa Tentera Udara Di Raja Malaysia sebagai lemah kerana tidak mengesan kedudukan pesawat MH370 yang di laporkan berpatah balik serta melintasi ruang udara Malaysia ?


Sepanjang insiden kehilangan pesawat MH370 rasanya tidak ada satu pun barisan pemimpin pembangkang di Malaysia yang memperlihatkan sikap bertanggungjawab mereka selaku pemimpin.
Kalau di ikutkan kepada gerak tindak dan cara pertuturan mereka sudah pasti tidak ada mana-mana pemimpin di dunia ini yang mampu mengatasi kepandaian serta keupayaan yang mereka miliki.

Itu sekiranya di lihat dari sudut pertuturan dan kerja buat dalam dunia politik tetapi jika di lihat kepada tahap pemikiran profesionalisme sebagai pemimpin rasanya ibarat langit dengan bumi apatah lagi nak di bandingkan dengan pemimpin dunia !

Tidak cukup dengan itu beliau turut mendesak agar kerajaan Malaysia dan Kementerian Pengangkutan tampil memohon maaf kepada seluruh keluarga penumpang dan juga kerajaan China di atas kesilapan tidak bertindak lebih awal sejurus pesawat MH370 di laporkan hilang dari radar.

Memang terbaiklah , malahan sejak bermulanya insiden kehilangan pesawat MH370 sehingga kini rasanya Khalid Samadlah HERO sebenar yang harus rakyat Malaysia dambakan !
Lihatlah nanti, ramai macai-macai pakatan akan mengeluarkan pelbagai teori dalam usaha untuk mencari alasan dalam memperlihatkan apa jua insiden yang berlaku, mesti diorang akan kata "ITU SEMUA SALAH UMNO/BN"

PENDEDAHAN DISEBALIK SERANGAN DAP TERHADAP MH370 #TakziahMH370


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kita terGELAK apabila DATUK Bung MOKHTAR menCABAR kePIMPINan PR untuk turut SAMA ke LAUTAN Hindi bagi MISI SAR MH370.. Kita terGELAK bukan kerana keLUCUan yang ada dalam CABARan tersebut.. Sebaliknya kerana RAMAI di kalangan kePIMPINan UMNO/BN sendiri masih berfikir kenapa puak-puak penDERHAKA kepada NEGARA ini masih MENYALAK walaupun hampir setiap HARI ada penJELASan pasal TRAGEDI MH370 ini.. Mereka bukannya SPESIS yang DHAIF dan BUTA HURUF walaupun ada yang CUMA keLULUSan SRP aje.. Mereka MENYALAK untuk men'DIVERT'kan keJAHATan mereka aje..



Tatkala mereka dan penCACAI mereka MENYALAK mengGUNAkan segala MEDIUM yang ada bagi menyalahkan kerajaan dalam TRAGEDI MH370, sekali lagi terBUKTI keZALIMan DAP La'anatullah meROBOHkan GERAI peNIAGA Melayu/BUMIPUTRA di Teluk Bahang.. NAMPAK tak bagaimana puak ZIONIS ini men'DIVERT'kan ISU bagi menutup keZALIMan mereka terhadap orang lain?

KLIK IMEJ UNTUK VIDEO

KLIK IMEJ UNTUK VIDEO

Ada tak sesiapa PEDULI terhadap NASIB peNIAGA Melayu itu yang diTINDAS SAMA seperti KAUM Rohingya atau UMAT ISLAM Palestin? Takde bukan? SEMUAnya terTUMPU kepada SALAKan puak-puak ini memBURUKkan kerajaan dalam TRAGEDI MH370.. SAMAlah apa yang diLAKUkan oleh 'RED Bean ARMY'..


Tatkala DATUK Hisham dan KAKITANGAN MAS menitiskan AIR MATA apabila memBERIkan penJELASan terhadap TRAGEDI MH370 ini, puak-puak PR ini berSORAK sakan untuk mengambil KESEMPATAN atas TRAGEDI ini dalam USAHA untuk menabalkan 'PenJUBOR' sebagai 'PRESIDEN' untuk NEGARA ini.. Demi menJAYAkan USAHA ini,mereka bukan sahaja sanggup mengKHIANATi NAMA BAIK NEGARA kita, malah ada yang sanggup berSEKONGKOL berSAMA pihak ASING untuk memBURUKkan NEGARA.. LIHATlah bagaiamana 'REMUK'nya NAMA BAIK NEGARA kita diKERJAkan oleh pihak luar menerusi MEDIA mereka?

Tatkala kita berUSAHA untuk menangkis dan menJAWAB segala PERSEPSI BURUK yang diSALURkan oleh 'RED Bean ARMY' kepada pihak ASING, peNIAGA Melayu/BUMIPUTRA pulak diZALIMi oleh DAP La'anatullah kerana mereka itu Melayu berAGAMA ISLAM.. Pernahkah mereka ini diZALIMi dengan CARA yang SAMA oleh kePIMPINan UMAT Melayu/ISLAM BAIK dari ZAMAN penJAJAHan hingga selepas 57 TAHUN keMERDEKAan? Kalau pernah, mustahil ada 7 orang BILIONAIR daripada KAUM mereka di NEGARA ini? IRONInya, SALAKan mereka ini berHUBUNG TRAGEDI MH370 bukan kerana SIMPATI sebaliknya ada AGENDA!

Wallahualam.. 

Thursday, March 27, 2014

Jawapan Bagi Cacai Yang Mempersoalkan Dimana BUKTI MH370 TERHEMPAS di Lautan Hindi #TakziahMH370



Bangkai pesawat MH370 yang hilang lebih 3000 kilometer ke selatan Perth, masih belum ditemui. Pengesahan yang dibuat oleh Perdana Menteri malam tadi bahawa pesawat tersebut berakhir di kawasan berkenaan, hanyalah berdasarkan kepada rumusan pakar dan imej satelit. Tiada sebarang bukti fizikal yang ditemui untuk memberikan kepastian bahawa pesawat tersebut benar-benar terhempas jauh dari luar laluan asalnya.

Pecacai Pakatan melihat tragedi ini sebagai satu konspirasi terutama sekali pengisytiharan tersebut dibuat selepas PRK DUN Kajang. Mereka percaya, tragedi tersebut adalah konspirasi. Mereka yang sudah lama diasak dengan teori pembunuhan Altantuya Shiiribu dan dikaitkan dengan kapal selam Scorpene, kini mengaitkan pula dengan penghumbanan Anwar Ibrahim ke dalam penjara dan kematian 239 anak kapal dan penumpang sebuah pesawat.

Dari satu pihak yang lain pula, kaitan antara juruterbang itu dengan Anwar Ibrahim dan PKR dijadikan sandaran, apatah lagi dengan penambahan faktor bahawa pesawat itu dilencongkan secara manual, transponder dimatikan secara sengaja dan masalah rumahtangga juruterbang tersebut selain pesawat tersebut diterbangkan rendah untuk mengelak radar penerbangan awam.

Masing-masing sibuk menuding jari antara satu sama lain.

Di luar negara, media-media antarabangsa turut memainkan peranan dengan menjadikan Kerajaan Malaysia dan MAS sebagai sasaran untuk diburuk-burukkan. Fakta bahawa hampir 30 buah negara bekerjasama mencari pesawat tersebut dengan menggunakan pelbagai teknologi tetapi masih gagal menemui pesawat itu, cuba dilupakan dan langsung tidak diambil kira. Bahkan sebahagian media asing memberikan gambaran, Malaysia cuba menyembunyikan maklumat sebenar berhubung nasib pesawat tersebut.

Dan di sebalik pelbagai tuduhan yang dilemparkan kepada Malaysia dan kerajaan negara ini, muncul pula satu kumpulan lain yang sebelum ini cukup terkenal dengan pendedahan mereka berhubung politik Amerika Syarikat yang sanggup mengorbankan ribuan rakyatnya sendiri semata-mata untuk menyerang beberapa negara yang menjadi laluan dan telaga minyak di Timur Tengah menerusi Projeksi 9-11 yang sangat terkenal itu.

Segala-galanya bercampur baur!

Dalam keadaan ini ada hikmah yang sepatutnya diteladani oleh rakyat Malaysia. Ada banyak ilmu yang sedang Allah Taala taburkan kepada kita. Ada banyak pelajaran yang seharusnya dipelajari dan diamalkan. Namun berapa ramai daripada kita yang melihat dari sudut positif berbanding menuding jari dan melihat politik adalah segala-galanya?

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Baqarah Ayat 120 bermaksud:

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka.”

Walaupun dari satu segi, mungkin ramai yang tidak melihat perancangan atau konspirasi pihak berkenaan tetapi kalau kita perhatikan dari susur galur punca kepada Perang Salib, perkara sebegini berlaku terus-menerus walaupun dalam bentuk yang lebih moden dan lebih berkredibiliti.

Dituduh menyembunyikan maklumat, tidak bercakap benar, berkonspirasi atau lebih jahat lagi, sudah ada yang berteori, apabila Anwar Ibrahim dimasukkan ke penjara, sebuah lagi jet penumpang akan dikorbankan… semua itu memerlukan perhatian dan pemikiran yang jauh lebih besar berbanding dengan apa yang dihidangkan atau disuapkan kepada kita.

Janji Allah Taala itu benar. Janji Rasulullah s.a.w juga benar. Penghujung dunia akan menyaksikan umat Islam ditindas dan difitnah. Penghujung zaman dikenali sebagai Zaman Fitnah akan menimbulkan pelbagai haru-biru sehinggakan yang benar dikatakan palsu, penyamar dikatakan ulama, si bodoh dikatakan cendekiawan dan si penjahat dikatakan pembela.

Sebagai umat Islam dan mengaku berkalimah Thoiyibbah, seharusnya kita sudah menerima petunjuk dan hidayah ini dengan ilmu pengetahuan. Kita kena kembali kepada-Nya. Kena berfikir secara Islam. Kena berfikir sebagai orang Islam. Bukan berfikir secara orang politik atau akidah politik. Bukan bertindak secara sembrono tanpa berfikir sepertimana yang dimahukan oleh musuh-musuh Islam dan umat Islam.

Sebabnya, melihat kepada sepanjang tragedi MH370 ini, terlalu ramai daripada kita yang tiba-tiba menjadi PAKAR sekalipun sekadar berimaginasi dan langsung tidak berpandukan kepada ilmu, sehinggakan yang tidak pernah naik kapal terbang pun, boleh pula menerangkan rupa bentuk kapal terbang dan jajaran penerbangannya.


babi



Ng Kok Teong (DAP) : Dia mewakili 130juta Rakyat China untuk mengali kubur PM Najib dan Penyokong Parti BN, dan lapan belas keturunan semua penyokong BN.

Dia juga menyatakan hasratnya untuk mendoakan supaya PM Najib dan semua penyokong BN dan keluarganya mati dilanggar kereta.

Wednesday, March 26, 2014

#MH370 #PrayforMH370: Kenyataan Tian Chua Dikecam Masyarakat



Naib Presiden PKR, Tian Chua diselar oleh pengguna laman sosial Tweeter selepas Ahli Parlimen Batu itu mengeluarkan kenyataan kontroversi mengenai pesawat MH370 yang meruntun jiwa masyarakat ketika ini.

Tian Chua dalam tweeternya telah mengeluarkan kenyataan, "PM made a statement on MH370 at 10pm while parliament was still in sission. Wonder why can't he follow Aust PM reporting dvpt in parliament". (PM buat kenyataan tentang MH370 pada pukul 10pm sedangkan parlimen sedang bersidang. Mengapa dia tidak ikut PM Australia yang membuat laporan di parlimen".

Pertikaian yang dikeluarkan oleh Tian Chua itu kemudian mendapat reaksi kurang menyenangkan ramai pihak yang turut menyelarnya.

@KhabirM dalam tweet terhadap pemimpin itu berkata, kamu mempolitikkan segala-galanya, walaupun dalam waktu sedih, juga masa hiba, itulah sebab kenapa kamu dibenci."

Selain itu terdapat ramai lagi pengguna tweeter mengutuk tindakan Tian Chua yang cuba mempoltikkan isu MH370.

"Maklumat ini (pengumuman PM) adalah untuk rakyat Malaysia. Kami tidak kisah sama ada parlimen sedang bersidang kerana kami amat prihatin terhadap MH370," kata @Kevinfernandez membalas kenyataan Tian Chua.

Seorang lagi pengguna tweeter iaitu @Haziq_F memberitahu, "Ini bukan sahaja kepentingan wakil rakyat. Ini kepetingan RAKYAT. Saya ulang RAKYAT. Jangan jadi ahli politik yang penting diri sendiri."

@commentmaniac pula memberi peringatan ini kepada Tian Chua, "Shut up And Resign (SAR) tian chua" (Diam dan letak jawatan (SAR) tian chua).

Sementara itu, pemimpin Gerakan, Tan Keng Liang turut mengutuk tindakan tersebut dengan mempersoal bolehkah pemimpin PKR itu merasa sedih sektika.

Beliau juga turut mengingatkan kesemua pengguna tweeter supaya tidak mengaitkan sebarang tweet Tian Chua dengannya.

"Jangan kaitkan tweeter saya dengan ahli parlimen PKR yang memalukan ini," katanya.

Tuesday, March 25, 2014

#MalamCintaRasul Berjaya Jadikan Pemimpin PAS BAGAIKAN CACING KEPANASAN



Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad mungkin kurang senang dengan kehadiran ratusan ribu umat Islam dalam majlis Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul di Putrajaya kelmarin sehingga terpaksa memperlekehkan penganjuran majlis itu.

Pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Zamil Ibrahim berkata, beliau difahamkan, ramai ahli dan penyokong Pas turut serta dalam majlis selawat itu tetapi hanya sebilangan kecil datang ke perhimpunan Reformasi 2.0 anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Stadium Kajang yang berlangsung pada waktu yang sama.

Katanya, kumpulan penyokong Pas itu memilih majlis selawat kerana berasakan program berkenaan amat baik berbanding program tidak bermanfaat untuk kepentingan seorang individu yang diadakan di Kajang.

"Saya ingin bertanya kepada Khalid, adakah beliau cemburu kerana ramai penyokong Pas hadir di majlis selawat yang diadakan di Putrajaya tetapi tidak ramai hadir dalam program di Kajang pada tarikh sama?

"Saya ada berbual dengan beberapa pemimpin PKR dan Pas di sebuah kedai sate terkemuka di Kajang pada masa itu. Mereka berikan alasan penyokong tidak ramai datang kerana ada urusan kerja sedangkan cuaca amat baik pada hari itu," katanya di sini hari ini.

Semasa berceramah dalam perhimpunan Reformasi 2.0 di Kajang kelmarin, Khalid berkata: "Mahu berselawat kepada nabi memang digalakkan dan baik tetapi tidak memadai dengan hanya sekadar menyatakan kasih kepada rasul tetapi pada masa sama mempertahankan pemerintahan yang zalim, rasuah dan korup."

Sementara itu, Zamil turut membidas Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor itu kerana mempertikaikan penganjuran majlis bercorak keagamaan tersebut yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

"Kita hendak tanya Khalid adakah beliau dan sebahagian pemimpin pembangkang sahaja orang Islam tulen. Kenapa apabila Perdana Menteri dan isteri buat kebaikan, semuanya tidak betul.

"Kenapa hendak pertikai orang buat kebaikan. Saya anggap ini satu perbuatan biadab dan sangat tidak beretika apabila mempersoalkan orang buat kebaikan," katanya.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi Badan Amal Tarbiah Sejagat (Batas), Hafizam Harun menyelar Khalid dan mempersoalkan apakah hak Ahli Parlimen Shah Alam itu untuk mempertikaikan penganjuran majlis Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul.

Katanya, Khalid mungkin iri hati apabila melihat UMNO menganjurkan program keagamaan kerana bimbang akan menarik sokongan penyokong Pas kepada parti terbesar orang Melayu dan Islam itu.

"Kita tengok pada malam majlis selawat perdana itu, pembangkang buat perhimpunan untuk memburuk-burukkan kerajaan di Kajang dan sibuk berkempen untuk pilihan raya kecil kawasan itu.

"Apa salahnya, jika mereka bawa umat Islam yang datang dalam perhimpunan di Kajang untuk bersama-sama meramaikan majlis selawat perdana di Putrajaya," katanya.

Monday, March 24, 2014

Bini #AnwarIbrahim Menang #PRKKajang | Masa Untuk #Kajangmove Khalid Ibrahim dari Jawatan MB #Selangor


Hari ini confirm Bini Anwar Ibrahim menang dengan majoriti lebih rendah berbanding yang dimenangi PKR pada PRU 13 yang lalu. Apa yang menarik, Wan Azizah bukan sahaja Isteri kepada Anwar Ibrahim, beliau juga merupakan Presiden Parti yang kononnya memperjuangkan keadilan kepada rakyat. Mana mungkin Presiden sebuah Parti politik hanya berjawatan ADUN biasa tanpa jawatan dalam kerajaan?

Jesteru, Teori menyatakan bahawa dengan pertuduhan bersalahnya Anwar Ibrahim dan dipenjaranya Ketua Umum itu maka jawatan MB Selangor selamat perlu dikaji semula.  Kedudukan Khalid Ibrahim masih samar-samar. Kemungkinan tetap ada, Wan Azizah dinaikkan Jawatan MB Selangor.

Ironinya, Kemenangan isteri Anwar Ibrahim tiada siapa boleh gerenti bahawa Wan Azizah akan berundur sekali lagi bagi memberikan peluang kepada suaminya. Liciknya politikmu, wahai anwar ibrahim.