Followers

rantau ku sayang

Friday, September 16, 2011

DS Najib, PM yang sukar dibaca!!


Mansuh ISA! Itu perkataan yang mengejutkan seluruh rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi pada yang pro pembangkang. Keputusan berani DS Najib ni, boleh membuatkan pihak pembangkang terutamanya Anwar Ibrahim, tertelan air liur dengan keberanian keputusan DS Najib ini.

Namun sudah resmi pembangkang Malaysia, takkan tunduk walaupun salah, takkan kalah walaupun tewas. Mereka tetap akan mencari jalan untuk menghentam kerajaan Malaysia walaupun cara yang mereka gunakan itu kita lihat sebagai perbuatan yang sempit dan meloyakan.


Selang beberapa jam DS Najib menyampai perutusan yang mengejutkan.


Muncul lah beberapa hero Pakatan, yang bersuara sinis hanya untuk mempertikaikan apa yang DS Najib katakan di dalam perutusannya semalam.


Salahuddin Ayup diantara hero 'sakit' yang cuba bersuara malah dengan sombongnya Salahuddin meminta kerajaan Malaysia meminta maaf terhadap individu yang pernah ditahan dibawah akta ISA.


Apa masalah mereka pun, kita taktau. Kerajaan menahan individu dengan ISA kerana individu terbabit telah mengeluarkan kenyataan atau perbuatan yang boleh membahayakan keselamatan negara. Contohnya menghasut dalam isu perkauman, atau menghina agama secara terang-terangan. Itu dua perkara sensitif yang boleh menganggu gugat negara kita yang berbilang kaum ini.


Takkan tanpa sebarang kesalahan, kerajaan akan bertindak sesuka-hati dan menahan orang secara membabi buta. Itu namanya gila.. saranan Salahudin Ayub itu langsung tidak masuk akal, dan hanya akan memalukan kerajaan Malaysia sahaja.


DS Najib adalah seorang PM yang sukar dibaca gerak gerinya. Kadang2 tindakan yang beliau buat langsung tidak pernah kita fikir yang beliau akan lakukan.


Termasuklah semalam..


Apapun demi keselamatan dalam negara, kita harap, DS Najib akan satu 'back up plan' untuk mengawal, anasir buas dan jahat yang hanya tunggu ISA di mansuhkan oleh kerajaan.
 

1 comment:

  1. Ala......budak pudin 2 gitu la selalu.Hapus ISA dulu dia yg.mintak.Bila di beri dia pulak olek2 yg lain lak.Dasar bydak otak serong.Oi jaga saja kawasan KKerian.Tak pernah nampak mata.Orang KK pun undi wat ape la si budak pudin ni.

    ReplyDelete