Followers

rantau ku sayang

Wednesday, September 4, 2013

Jumlah Tangkapan OPS Cantas Bukti Jenayah Kongsi Gelap Serius


Sehingga hari ini, jumlah penyangak yang bermaharajalela diberkas boleh dikatakan baik dan membuka mata ramai pihak akan ketangkasan polis Malaysia. Tabik spring buat anggota keselamatan. OKC harap kalau boleh Ops Cantas ni diteruskan sampai bila-bila  kerana wajah-wajah yang berselindung disebalik kongsi gelap dan gangster ni kebanyakkannya melibatkan orang yang berstatus tinggi dalam masyarakat.

Tak hairanlah kalau nama-nama ketua samseng yang bakal diumum terpalit nama  mereka yang hidup hanya tahu membangkang dan membangkang...Kita perlu ingat, samseng komunis berasal dari kelompok mana?? Roket? Mata Lebam? Lu pikir la beb...

Empat lelaki yang terbabit mengurung seorang wanita di sebuah hotel di Brickfields, di sini, antara 262 orang yang ditahan dalam Op Cantas Khas Polis Kuala Lumpur sejak 17 Ogos lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, tangkapan itu dibuat setelah mangsa, 19, yang dikurung di bilik hotel berkenaan selama beberapa hari dapat meloloskan diri dan membuat laporan polis minggu lepas.

“Daripada laporan itu, polis menahan empat lelaki terbabit dan didapati tiga daripada mereka adalah anggota kumpulan kongsi gelap,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Jabatan Pengurusan Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment