Followers

rantau ku sayang

Monday, September 9, 2013

Siapa Pilihan Wanita??

Siapa Ketua Wanita pilihan anda , sebelum ini saya mahu memastikan apakah Raihan layak untuk bertanding Ketua Wanita kerana jika tidak silap saya untuk menjadi calon ketua Wanita mestilah ada kriteria tertentu seperti pernah menjadi exco wanita beberapa tahun dahulu.

Apakah ini tidak lagi diguna pakai dan apakah sememangnye Raihan telah menyemak dan beliau layak untuk bertanding. Untuk Kriteria sebagai wanita Raihan sudah layak. Bertudung, berperangai kewanitaan yang sejati dan tulen. Maka wanita akan menghadapi pertandingan 3 penjuru. 

Namun, bagaimana pulak denganShahrizat? Apakah isu lembu menjadi jalan sukar? Mungkinkah isu itu membuatkan Azalina merasakan ada ruang untuk mencantas Shahrizat agar terus duduk diam dengan lembu-lembu peliharaan?? Tiga penjuru inilah suatu saingan sengit yang bakal kita saksikan...

OKC: Tak kirala sape pun jadi Ketua sayap Wanita Umno nanti..apa yang penting kemenangan pada PRU14.. Takat jawatan hebat dalam parti tapi nak capai 100% wanita sokong parti, 100% wanita jadi ahli, 100% wanita setia pada pucuk pimpinan parti memang payah der...

No comments:

Post a Comment