Followers

rantau ku sayang

Sunday, September 1, 2013

Kalau Pun UMNO Ada Silap, Tak Bermakna PR Tu Benar!

Masih berbaki 14 hari untuk setiap Umno Cawangan di seluruh Malaysia menyelesaikan Sidang Mesyuarat Agung Cawangan sebelum di ikuti dengan Bahagian seterusnya diperkasakan melalui Perhimpunan Agung UMNO di PWTC Disember ini.

Namun, disebalik kisah lainnya, masih lagi menusuk dihalwa telinga dengan kekecohan dan ketegangan dalam setiap persidangan akar umbi itu. Kisah baling kerusi mungkin tidak kedengaran lagi tapi kekecohan tetap berlaku. Di manakah silapnya?

Atas sebab itu, banyak juga cawangan-cawangan yang terpaksa mengadakan sidang semula demi menuntut sebuah keadilan dalam pemilihan Ketua-Ketua Cawangan seterusnya membuktikan bahawa UMNO masih relevan sebagai sebuah parti yang mengamalkan demokrasi terbuka.

Apapun, CAB ingin berpesan kepada akar umbi agar sentiasa berpegang pada ketaatan parti. Buatlah pemilihan tepat dengan  corak demokrasi terpimpin dan beradab. Apapun keputusannya, terima dengan hati  terbuka tanpa dendam dan musuh. Biarpun dalam UMNO masih terpalit  pelbagai kelemahan, UMNO masih boleh dipercayai daripada Pakatan Rakyat.
Sekiranya UMNO ada silap, itu tidak bermakna PR itu benar!!

Salam Kemerdekaan ke-56 "Malaysiaku Berdaulat-Tanah Tumpah Darahku"

No comments:

Post a Comment