Followers

rantau ku sayang

Sunday, June 5, 2011

’Brand Loyalty’ vs ’Consumer Voters’ – antara dilema dan faham, cabarannya???


Memetik dari Ucapan Perasmian oleh MB, YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Rembau 2010/2011. Pemuda dan Puteri disarankan untuk  berganding bahu  bagi menyumbangkan buah fikiran mereka kepada parti kerana corak  anak muda kini berfikir  tidak sama dengan mereka yang lahir sebelum merdeka.

Cabarannya ialah; kita berhadapan dengan pemuda pemudi yang tidak mempunyai pengalaman mengecap erti  kemerdekaan dan yang mungkin tidak tahu tentang sejarah kemerdekaan,. Persepsi mereka berbeza kerana mereka melihat apa yang mereka akan dapat berdasarkan apa yang ada dihadapan mereka. Mereka tidak ada ’brand loyalty’ atau sokongan kepada satu jenama.

Golongan ini sangat mudah untuk di bawa ke kanan atau ke kiri atau lebih tepat sebagai ’Consumer Voters’. Bagi mendapatkan undi mereka, kita perlu mendapatkan kepercayaan dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik.

UMNO/BN berada di dalam persimpangan perjuangan. Dimana ianya diperhatikan dan kini dinilaikan oleh pengundi-pengundi. Sekiranya tersilap percaturan dan silap perhitungan ianya akan menjerat parti. Beliau mengingatkan sidang perwakilan agar sama-sama berganding bahu, bangkit, menegakkan amanah Melayu dan Islam. Melipat gandakan gerak kerja bagi menambah daftar pengundi.

Merujuk kepada laporan SPR, di Malaysia sebanyak 2.3 juta pengundi atas 21 tahun tidak berdaftar. Daripada jumlah itu, 1.7 juta adalah orang Melayu. Di Negeri Sembilan sebanyak 115000 masih belum daftar pemilih. Amat merunsingkan 90% daripadanya ialah orang Melayu. Usaha daftar pemilih ini perlu dipergiatkan agar kita tidak tewas sebelum bertanding.

Berkaitan dengan isu-isu semasa, Menteri Besar menegaskan bahawa pembangkang tiada modal. Segala dakyah dan fitnah yang disampaikan oleh pembangkang cuma menutup kelemahan mereka. Mereka mengaburi mata masyarakat supaya masyarakat melihat UMNO/BN lemah dan mereka kuat.

Di dalam Muktabar PAS yang berakhir semalam juga melihatkan PAS tidak lagi mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam. PAS bersekongkol dengan PKR dan DAP bagi menguasai Putrajaya. Ini terbukti dengan pemilihan pucuk pimpinan parti apabila tiada lagi berasas barisan para ulamak.

Beliau juga menegur agar diperbaiki sikap emosi yang ada dalam diri, menggunakan teknologi yang ada serta memajukan institusi parti agar seiring dengan zaman. Tidak perlu takut dengan omokan pembangkang.

Formula mengekalkan kemenangan tiada lain iaitu Melayu perlu bersatu, Melayu perlu kuat, Melayu perlu mengutamakan perpaduan. Tidak perlu jadi hero yang hanya bersifat sementara. Lalu, jadilah pejuang parti. Ianya akan kekal dan mengambil masa yang lama. Jangan jadi melukut di tepi gantang.

Friday, June 3, 2011

Twitter Wardina mahu jadi ahli Parlimen untuk terus masuk syurga bersama Bob Lokman

Wardina mahu  juga jadi macam Bob lokman  ambil jalan mudah untuk ke syurga. Mungkin bila bertanding bawah tiket PAS dia boleh membersihkan segala dosa dosa silam dan tersu masuk syurga macam  Bob Lokman.  MASUKLAH WARDINA KAMI MEMANG TUNGGU PUN.

Mazlan Aliman Pengkhianat FELDA

Kenali Mazlan Aliman

Mazlan Aliman ini berumur 42 tahun dan dilahirkan di Batu Pahat Johor dan dibesarkan di Felda Bukit Ramun, Kulai Johor.

Mendapat pendidikan awal di Sek.Men. Alauddin Felda Bukit Besar, Kulai . Kelulusan tidak diketahui tetapi pernah mendapat pendidikan di UPM.

Penglibatan beliau dalam masyarakat dan politik ialah sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat , Ketua Pemuda PAS Negeri Johor dan Presiden ANAK .

Nampaknya cukup besar jawatan beliau ini dan tidak hairanlah beliau pernah bertanding di semasa PRU 12 di kawasan Felda juga iaitu Parlimen Bera di negeri Pahang . Tetapi beliau silap percaturan dan beliau ingat rakyat terutama peneroka Felda di Pahang senang diperbodohkan oleh kaki pengacau ini .

Latar belakang beliau ini serta keluarga bermula di Felda selepas mereka masuk ke tanah rancangan ini pada 1969 .

Felda seperti kita sedia maklum telah berjaya membantu peneroka -peneroka dari generasi pertama hingga lah sekarang malah ada peneroka telah menjadi jutawan . Begitu juga dengan nasib keluarga Mazlan Aliman ini yang hidup senang dengan bantuan FELDA dan Kerajaan BN !

Ibunya yang juga seorang peneroka dan dapat 10 ekar tanah begitu juga dengan 4 orang adik beradiknya yang juga memperolehi 10 ekar tanah setiap seorang. Mazlan Aliman pulak pernah menjadi peserta dalam Felda tetapi keluar program Tanam Semula Felda ini kerana hendak tanam sendiri.

Baginya bila beliau pilih untuk tanam sendiri , hasil yang diperoleh lebih banyak . Tetapi usahanya gagal gara-gara nak untung banyak dan akhirnya beliau masuk semula ke Skim Penanaman Semula Felda .

Kesimpulannya , manusia seperti Mazlan Aliman adalah orang yang tak reti bersyukur dan tidak mengenang budi . Felda yang banyak membantu keluarganya daripada susah hingga senang seperti sekarang itu pun mahu difitnah oleh beliau dan konco2nya demi untuk kepentingan politik PAS .

Selain itu, menurut sumber dari Majalah FELDA "ICT JELAS" bilangan 04/2010, Abang Kandung Mazlan sendiri telah membuat pengakuan bahawa keluarga Mazlan tidak bersetuju dengan tindakan Mazlan yang menentang FELDA .

Jadi , jika keluarga Mazlan sendiri pun tidak bersetuju & restu dengan tindakan beliau, adakah kita perlu percaya dengan orang seperti Mazlan ini?

Kenapa Mazlan begitu kuat menentang FELDA?

Mudah saja , dalam fikirannya selagi ada Felda yang banyak berjasa ini membantu peneroka - peneroka ini di seluruh negara maka sukar bagi parti PAS untuk menembusi kubu kuat BN ini dalam pilihanraya kerana Felda merupakan kawasan majoriti Melayu .

Jelas di sini , Mazlan Aliman adalah bukan pejuang sebenar untuk peneroka tetapi sebenarnya talibarut besar dari PAS untuk memecahbelahkan masyarakat Felda .

Wednesday, May 25, 2011

Badrul gunakan wang dana NGO untuk kaut keuntungan.


BADRUL MENGGUNAKAN KUTIPAN DAN DANA BUDGET SOLIDARITI ANAK MUDA UNTUK UNTUK KAUT KEUNTUNGAN PERIBADI. NGO INI SEBENARNYA TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN TETAPI IANYA DIGUNAKAN SEBAGAI TIKET UNTUK MEMUNGUT DANA. 

INILAH PENYELEWENGAN YANG KOTOR DAN JIJIK KETUA CABANG PKR REMBAU.

Ini lah cara Badrul berlakon yang kononnya tidak ada wang untuk menipu anak anak muda di Rembau yang bukan banyak bilangannya yang telah terperangkap dengan penipuan Badrul . Badrul menjadikan NGO ini sebagai tiket untuk meraih kemewahan tetapi berlakon kononnya insuran kereta tidak bayar berbulan bulan.


Dari sumber yang dipercayai bahawa Badrul di katakan telah mengutip berpuluh ribu dana bagi mebangunkan NGO ini dan kesemua wang tersebut telah pergi ke kantung peribadinya dan di katakan sebahagian wang ini telah digunakan untuk membaik pulih rumahnya.


Badrul juga menggunakan wang ini untuk menjelajah menabur fitnah meburukkan kerajaan hasil wang Dana NGO ini .



Monday, May 23, 2011

Badrul Hisham mahu bakar api keganasan di Negara ini khususnya Negeri Sembilan. Mereka cabar untuk kita begaduh...


Badrul Hisham PKR Rembau yang ditolak oleh Anwar dahulu kerana mahu  memberikan laluan kepada Shamsul ketika bertanding pemilihan  AMK telah dipujuk oleh Anwar kembali untuk menjadi babi ganas menyondol untuk menawan Negeri Sembilan. Untuk memenangi pilihanraya umum 13 di Negeri Sembilan Pakatan Rakyat tidak yakin kerana kerajaan Negeri Sembilan telah berjaya melaksanakan  tugas dengan cemerlang.

Badrul kini cuba menghasut rakyat agar merampas kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Pusat dengan cara keganasan dan cara berdemonstrasi dijalankan. 

MEREKA CUBA MENGHASUT ANAK ANAK KITA UNTUK MENJADI GANAS DAN MERAMPAS KERAJAAN MELALUI POLITIK DI JALANAN.  
ANWAR IBRAHIM TELAH MENEMUKAN MEREKA DENGAN REFORMIS DARI MESIR APABILA MEREKA BERADA DI INDONESIA BARU BARU INI. JELAS TUJUAN MEREKA AMATLAH JAHAT UNTUK MENGHIDUPKAN REFORMIS JALANAN SEPERTI YANG BERLAKU DI MESIR.

Badrul si anak haram ini mungkin lupa bahawa anak anak Negeri Sembilan ditanah beradat ini bencikan keganasan. 

Bangun lah anak anak Negeri Sembilan kita tentang politik jalanan yang mahu di bawa secara terus terang oleh dua ekor haramjadah ini. Kita akan bangun menentang gerakan mereka ini.

Saksi video di bawah... Ini buktinya...


Sunday, May 15, 2011

Kenali Menteri Besar Negeri Sembilan

YAB. Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hassan

Beliau dilahirkan di Kampung Kundur Hilir, Rembau, Negeri Sembilan pada 2 Mei 1956. Bersekolah di Rantau dan Sekolah Menengah Tengku Durah, Seremban, melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya pada tahun 1977. Memulakan kerjayanya sebagai Pelatih Bank Negara Malaysia, beliau kemudiannya berpindah tugas ke beberapa buah bank tempatan termasuk Pengurus Bank Bumiputera London. Jawatan terakhirnya di sektor swasta ialah sebagai Pengarah Urusan Cycle and Carriage (1994-2004)

Memenangi pilihanraya kerusi Dewan Undangan Negeri Rantau, Dato’ Mohamad mengangkat sumpah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan pada 25 Mac 2004. Ketua UMNO Bahagian Rembau, beliau juga adalah Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia.

Tarikh Lahir : • 2 Mei 1956
Tempat Lahir : • Kampung Kundur Hilir, Rembau, Negeri Sembilan
Pendidikan : • Sekolah Kebangsaan Datuk Akhir Zaman, Rantau (1963-1969)
• Sekolah Menengah Rantau (1970-1974)
• Sekolah Menengah Tunku Ampuan Durah, Seremban (1975-1976)
• Universiti Malaya (1977-1979)
Isteri : • Yang Mulia Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin
Anak : • Amri, Amira, Azrin, Alia, Aiza
Pengalaman : • 1979-1992
• Pelatih Bank Negara
• Malayan Banking Berhad
• Public Bank Berhad
• Arab Malaysian Merchant Bank
•Pengurus Besar Bank Bumiputera (London)
• 1992-1994
• Ketua Pegawai Eksekutif Cold Storage (M) Berhad
• 1994-Mac 2004
• Pengarah Urusan Cycle & Carriage Bintang Berhad
Jawatan : • Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus (bermula 25 March 2004)
• Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Agama Islam
• Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perancangan, Kewangan, Tanah dan Sumber Asli
• Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan dan Perindustrian
• Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keselamatan dan Penerangan
D.U.N : • Rantau
Politik : • Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO
• Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan
• Ketua UMNO Bahagian Rembau
• Ketua UMNO Cawangan Rantau 

http://heroesmalaya.blogspot.com/