Satu perhimpunan melihatkan kita berselawat dengan penuh tawadhuk keatas Nabi Muhammad SAW.
Dianggarkan 500 ribu manusia memenuhi Putrajaya untuk bersama sama berselawat keayas Nabi junjungan Islam, Nabi Muhammad SAW yang turut dihadiri oleh para pemimpin negara.
Tapi di stadium Kajang juga berlangsung satu himpunan yang mana ianya lebih bersifat pribadi dan agenda tersendiri.
Kumpulan Pakatan Pembangkang t3lah mengadakan pelancaran Reformasi kononnya untuk menyelamatkan pemimpin mereka daripada dikenakan tindakan undang undang.
Tapi kuasa Allah mengatasi segala galanya dimana kita sendiri dapat melihat, yang menghadirkan diri di stadim Kajang tidak lebih dari 7 ribu orang kesemuanya.
Kita perlu yakin dan percaya bahawa mereka yang menghadirkan diri ke stadium Kajang malam ini adalah mereka yang terlalu taksub dengan Anwar sehingga lupa akan tuntutan agama.
Apa yang lebih menyedihkan lagi apabila ada pemimpin pakatan yang beragama Islam dalam ucapannya dalam himpunan reformasi telah menghina program Selawat dengan mengatakan bahawa bukan itu cara untuk mengingati Nabi.
Banyak cara lain lagi untuk mengingati Nabi, apa jadahnya pemimpin yang mengakui dirinya Islam dengan kenyataan sebegini?
Apa apa pun, mari kita tinggalkan pakatan dengan mereka.
Saturday, March 22, 2014
Friday, March 21, 2014
Cubaan Anwar Ibrahim Untuk Menipu Dunia
Video Penuh Kenyataan Anwar dalam CNN di :
Apa yang mencuit hati, Anwar tergagap-gagap apabila disoal berhubung hubungannya dengan Zaharie. Jenuh nak spin hubungan keluarga dia. Kenapa susah nak mengaku ada hubungan keluarga? Ironinya masyarakat Malaysia mengetahui fakta, juruterbang pesawat MAS MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah, ahli seumur hidup Parti Keadilan Rakyat, PKR.
Itu hak individu di negara mempraktikkan sistem demokrasi.
Sewaktu ditemu bual oleh CNN, Anwar Ibrahim mengatakan Zaharie ahli kepada parti pemerintah, 'the ruling party'.
PKR bukan parti pemerintah Malaysia tetapi Barisan Nasional.
Barangkali dia tersasul kerana pemikiran Ketua Pembangkang itu semakin berserabut dan kusut. Kalaupun taksub ingin menjadi Perdana Menteri, usah sampai begitu sekali.
Tuesday, March 18, 2014
Superman Malaysia Sanggup Berkorban Demi #mh370 #prayformh370
Prof Dr Datuk Mahfuz pakar segala hal hari mengemparlan dunia dengan menawarkan diri untuk dijadikan tembusan.


Yang menghairankan dari mana Prof Mahfuz ni tahu pesawat #MH370 kena rampas? Adakah beliau mahu bersaing dengan maharaja bomoh VIP yang sekarang ini mendahului carta nombor 1 paling bangang didunia..
Ramai berharap agar pihak berkuasa terima tawaran Mahfuz kerana kuasa super power yang beliau miliki mungkin mampu menandingi kekuatan tamparan buaya oleh bomoh Mat Zain..
Anggota Parlimen Pakatan Rakyat sedia menawarkan diri sebagai “tebusan” jika pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dirampas. Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) berkata, beliau mengesyaki rundingan berkaitan telah bermula.
Justeru, jika pesawat itu berada di suatu tempat, beliau meminta diberitahu lokasinya supaya mereka dapat menjadi pengganti kepada 239 ‘tebusan’ di dalamnya.
Pesawat MH370 hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lalu.
Monday, March 17, 2014
10 TAHUN ANWAR DIBEBASKAN (2004-2014) & MH370 HILANG
Nampaknya ramai yang membaca analisa ini . Kajian saya mendapati, sebenarnya beberapa NGO dari Amerika Syarikat dan negara-negara barat sudah mula bertapak secara perlahan-lahan di Malaysia sejak awal 1970 lagi, tetapi di negara-negara jiran ianya lebih awal sedikit.
Parti Keadilan Rakyat (PKR) agaknya sudah terlupa untuk menyambut ulang tahun yang ke-10 (2004-2014) pembebasan DS Anwar Ibrahim (Anwar) dari penjara Sg. Buloh.
Oleh kerana saya amat meminati mengkaji pemikiran tokoh-tokoh politik era awal 1900an seperti Dato' Onn Jaafar, Tunku Abd. Rahman, Lee Kuan Yew, Sukarno, Mahatma Ghandi, Jawaharlal Nehru, Mao Ze Dong termasuklah Anwar Ibrahim.
Saya yakin ramai ahli-ahli PKR sendiri hatta Rafizi belum membaca buku kompilasi ucapan Anwar bertajuk "Menangani Perubahan" (1985) dan "Asia Renaissance" (1995). Saya juga yakin tidak semua orang PKR tahu bahawa Anwar semasa awal 1970 pernah dilatih di negara jiran.
November, 1998 - Al-Gore, Naib Presiden Amerika Syarikat datang ke Malaysia memberi sokongan terbuka kepada DS Anwar Ibrahim (Anwar), sebenarnya selepas diminta oleh pihak Wall Street dan IMF. Ketika itu, Paul Schiff adalah Presiden Wall Street dan suami kepada anak Al-Gore. Beliau adalah keturunan Jacob Schiff orang penting dalam Revolusi Bolshevik. Manakala Michael Camdessus adalah Pengerusi IMF.
8.8.2000 - Anwar dihukum penjara oleh Mahkamah Persekutuan.
11.8.2001 - Anwar menulis dalam penjara Sg. Buloh dan mengeluarkan kecaman ke atas Mohd. Atta dan Osama ben Laden serta Saddam Hussien dalam majalah Time dan International Herald Tribune, New York. Kecaman Anwar sangat mengejutkan dunia Islam ketika itu.
2.9.2004 - Anwar dibebaskan daripada penjara Sg. Buloh.
Oktober, 2004 - Pertemuan penting dengan Paul Wolfowitz di Jerman, Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat. Gus Dur turut hadir.
2005 - Apabila Anwar berhijrah ke United Kingdom, Anwar dilantik sebagai Ahli Lembaga Penasihat Investment Management Group (IMG) yang dipengerusikan oleh Al-Gore.
George Soros pula melobi Anwar sebagai pensyarah pelawat di St Anthony's College di United Kingdom. Christopher Patten adalah Pengerusi St. Anthony's College dan beliau adalah kroni George Soros.
Soros juga turut melobi perlantikan Anwar sebagai Ahli Jawatakuasa ICG (International Crisis Group) sebuah NGO yang mendapat suntikan kewangan dari Soros.
2006 - NGO Foundation For The Future (FFF) yang diketuai oleh Dick Cheney dan anak peremuannya Liz adalah bertujuan mempromosi Regime Change di negara-negara Asia Tenggara. Wikileaks mendedahkan Anwar memohon bantuan dana dari NGO Amerika kononnya untuk perubahan di Malaysia.
Julai, 2006 - Anwar dilantik Pengerusi FFF, apabila kontraknya sebagai konsultan di bahagian governance and accountability, Bank Dunia tamat.
| GAMBAR ANWAR DIGANTUNG DI DALAM PEJABAT ANWAR DI AMERIKA |
1.10.2006 - Sebagai Pengerusi FFF, Anwar menulis surat kepada Robin Cleveland supaya Shaha Ali Riza dipindahkan dari Bank Dunia ke FFF. Riza dikenali dengan cerita skandal dengan Paul Wolfowitz.
15.12.2006 - Melalui NGO AccountAbility, Anwar yang dilantik sebagai Penasihat Kehormat memohon bantuan dana daripada Soros Fund Management.
2007 - Anwar Ibrahim & Associate (AIA) memohon bantuan National Endovment For Democry (NED) melalui Presiden NED Carl Geshman. Manakala Pengerusi NED, Madeline Albgriht melantik Anwar sebagai Panel Pemikir NED dan CFR (Council on Foriegn Relations). James Wolfonson pula melantik Anwar sebagai Penasihat Antarabangsa, Institut Brookings.
7.8.2008 - Anwar didakwa di Mahkamah kerana meliwat bekas pembantunya Mohd. Saiful Bukhari yang difailkan sendiri oleh bekas pembantunya itu.
1.9.2009 - Pak Lah meletak jawatan dan Anwar menjangka Pilihanraya Umum Ke-13 akan diadakan bila-bila masa.
25.9.2009 - Anwar bertemu Richrad Haass di New York. Richard Haas adalah Pengarah Perancangan Dasar Luar Negara yang turut bertanggungjawab menasihati Presiden Amerika menyerang Iraq.
| 2010 : ANWAR IBRAHIM MAY WELL BECOME PRIME MINISTER |
2010 - Di New York, Anwar diuar-uarkan sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia. Kempen "mengkehadapankan" Anwar sebagai Perdana Menteri diperbesarkan di New York dan Washigton DC.
2011 - Anwar dalam satu majlis di University College of London mewakili Al-Gore (Al-Gore Foundation) sebuah foundation yang sangat-sangat pro-Israel.
9.1.2012 - Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar daripada tuduhan liwat. Namun Mohd. Saiful Bukhari mengemukakan rayuan.
24.1.2012 - "I support all efforts to protect the security of Israeli " (TWSJ)
5.5.2013 - Anwar dan PR tewas dalam PRU13. Anwar menyalahkan kerajaan Malaysia dengan tuduhan pengundi Bangladesh dan isu Dakwat Kekal.
28 Januari, 2014 - ADUN Kajang meletak jawatan tanpa sebab dan Anwar Ibrahim bercadang memenangi PRK Kajang untuk menjadi Menteri Besar Selangor, sebuah jawatan Ekskutif tertinggi peringkat negeri.
28 Februari, 2014 - Anwar berusaha membatalkan pemilihan Peguam Kanan TS Shafee Abdulah kali ke-3 tetapi gagal.
7 Mac 2014 - Tiga panel hakim Mahkamah Rayuan memutuskan Anwar bersalah dalam kes sodomi-II. Anwar Ibrahim memohon rayuan.
8 Mac 2014 - Tidak sampai 24 jam, tiba-tiba berita yang amat mengejutkan MH 370 dilaporkan hilang.
PERSOALAN BESAR :
1. NGO-NGO di Amerika Syarikat dan sekutunya telah melabur begitu banyak dana, selepas Anwar dibebaskan dari penjara pada 2004-2014.
2. Persoalannya, dengan begitu banyak pelaburan NGO-NGO di Amerika dan sekutunya membina semula imej Anwar, apakah tuntutan penaja-penaja itu selepas Anwar gagal menjadi Perdana Menteri pada 16 September 2008 dan selepas PRU13 pada tahun lepas?
3. Kini dengan keputusan 3 panel Hakim yang memutuskan sebulat suara Anwar bersalah dan dijatuhkan hukuman 5 tahun penjara, apakah Anwar hanya akan berdiam diri dan merelakan dirinya memasuki penjara lagi?
4. Secara peribadi saya ingin ulangi seruan saya sebelum ini, bahawa, "marilah kita rakyat Malaysia bersatu hati melawan kejahatan, kerana dengan izin Allah SWT, kejahatan itu akan tewas". Insyaalah penumpang MH370 mudah-mudahan semuanya akan selamat. Yakinlah dengan Malaysia!
Tuesday, March 11, 2014
Wan Azizah Terus Dijadikan “Bahan Pengawet” Kerjaya Politik Anwar
Dr. Wan Azizah telah pun diumumkan sebagai calon bertanding untuk PRK Kajang dalam satu sidang akhbar khas baru-baru ini. Pencalonan ini dikhabarkan telah dipersetujui oleh Lim Kit Siang yang mewakili DAP dan Dr. Hatta Ramli mewakili PAS.
Apa yang pasti PKR akan menggunakan strategi undi simpati, dan deraian serta air mata yang berbondong-bondong milik Wan Azizah bakal menghiasi siri ceramah dalam kempennya bermula malam ini.
Bijaknya Anwar, dia terus meletakkan dirinya di gelanggang publisiti agar menjadi perhatian dunia, dan pencalonan Wan Azizah tidak ubah seperti alat dan perkakas publisiti untuk Anwar Ibrahim.
Persoalannya, sejauh mana PKR, sebuah parti politik yang berbangga dengan slogan "demi rakyat", boleh difikirkan rasional meletakkan Wan Azizah sebagai calon dan bakal mewakili 39,279 pengundi DUN Kajang sekiranya menang kelak?
Apakah Wan Azizah mampu memberikan khidmat kepada rakyat atas kapasitinya rela berkhidmat, atau sekadar sekali lagi menjadi proksi, atau "mayat hidup" kepada survival politik Anwar Ibrahim?
Apakah Wan Azizah mampu memberikan khidmat kepada rakyat atas kapasitinya rela berkhidmat, atau sekadar sekali lagi menjadi proksi, atau "mayat hidup" kepada survival politik Anwar Ibrahim?
Lebih molek sekiranya kita mengimbas kembali apa yang pernah dilakukan oleh Wan Azizah sewaktu bergelar Yang Berhormat Permatang Pauh. Permatang Pauh adalah kerusi tradisi milik Anwar dan keluarganya yang diwakili selama lebih 25 tahun mulai 1982 sehingga 2008.
Namun pada 1999, Anwar Ibrahim telah dijatuhkan hukuman penjara berikutan salahguna kuasa ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri yang kemudiannya disusuli pula dengan kes seks di luar tabii. Kerusi tersebut terus diwarisi kepada Wan Azizah sejak 1999 hingga 31 Julai 2008.
Pada ketika inilah, Wan Azizah telah melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada sang suami.
Kini, perkara yang sama berulang. Wan Azizah sekali lagi terus dijadikan "bahan pengawet" kerjaya politik Anwar Ibrahim.
Sekali lagi, rakyat dapat menelaah bahawa tindakan mencalonkan Wan Azizah untuk PRK Kajang bukanlah untuk membantu atau berkhidmat untuk rakyat. Sejuta alasan dari Wan Azizah sekalipun, tidak akan memadamkan realiti bahawa politik PKR adalah demi Anwar semata-mata.
Benarlah kata-kata Tun Mahathir, bahawa PKR adalah parti yang ditubuhkan esklusif untuk memperjuangkan Anwar Ibrahim, sekaligus menyongsangkan idea penubuhan parti politik; iaitu untuk memberi manfaat untuk rakyat, bukan individu.
Kini, terpulang kepada pengundi N.25 Kajang, samada mahu seorang wakil rakyat yang berkhidmat untuk mereka, atau wakil rakyat yang sekadar bertaraf "alat dan perkakas" politik.
Monday, March 10, 2014
WAN AZIZAH Dijadikan 'Umpan' Oleh Anwar Di DUN Kajang
Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hanya dijadikan 'umpan' oleh suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menagih simpati pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang, 23 Mac ini, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabhee.
"Wan Azizah adalah umpan Anwar, ini bermakna jika pembangkang menang, Wan Aziah hanya akan berkhidmat kepada suaminya, bukan kepada pengundi di DUN Kajang, inilah politik kepentingan anak beranak," tegasnya.
Katanya, tindakan menamakan Wan Azizah sebagai calon DUN Kajang dibuat setelah Anwar hilang kelayakan untuk bertanding apabila didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan, Jumaat lepas dalam kes meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
"Untuk menagih simpati pengundi kononnya Anwar menjadi mangsa politik, maka beliau memilih Wan Azizah sebagai calon PKR di DUN Kajang," katanya.
Katanya, tindakan tersebut telah mencetuskan rasa kurang senang di kalangan pemimpin PKR Selangor kerana ada di kalangan mereka lebih berkelayakan daripada Wan Azizah.
Malah jelas beliau, sebelum ini Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution disebut-sebut sebagai calon PKR di DUN Kajang menggantikan Anwar.
Pemilihan Wan Azizah sebagai calon pembangkang pada PRK DUN Kajang diumumkan oleh Anwar di Bilik Gerakan PRK Kajang Batu 12, Kajang semalam.
Presiden PKR itu bakal ditentang oleh calon Barisan Nasional (BN) daripada MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun.
Bekas Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim yang sebelum ini menawarka diri sebagai calon Bebas pada PRK DUN Kajang difahamkan telah menarik diri.
Menurut Syed Ali lagi, pemilihan presiden boneka PKR itu juga bertujuan mengukuhkan penguasaan keluarga Anwar dalam politik yang sebelum ini anaknya, Nurul Izzaah merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai.
Menyifatkan PKR sebagai parti anak-beranak, Syed Ali menyelar Anwar kerana menjadikan PRK DUN Kajuang perjuangan agenda peribadi.
Kata beliau, PRK DUN Kajang merupakan proses pemilihan semula wakil rakyat yang benar-benar mampu memberi khidmat kepada penduduk setempat setelah wakil rakyat sebelum ini mengkhianati mandat pengundi.
"Meletakkan Wan Azizah di DUN Kajang tidak memberi sebarang makna kepada pengundi kerana Wan Aziah sekadar pak turut dan jurucakap kepada Anwar," tegasnya.
Pemimpin jenis itu tambah beliau, tidak layak untuk diberikan mandat sebagai wakil rakyat.
Beliau kesal kerana Wan Azziah berterusan kekal sebagai tunggul kepada Anwar dan tidak berani untuk membuat sebarang keputusan sejajar dengan kedudukannya sebagai presiden PKR.
"Jika Anwar dan Wan Azizah jujur dan tidak mempunyai kepentingan peribadi, sepatutnya pemimpin PKR Selangor yang ditonjolkan sebagai calon di DUN Kajang," ujarnya.
Menurut beliau, tindakan Anwar menamakan isterinya bertanding juga memberikan gambaran bahawa tidak ada pemimpin PKR Selangor yang berkelayakan untuk diberi peluang bertanding di DUN Kajang.
Oleh sebab katanya, Anwar sanggup mengumpan Wan Azizah sebagai calon PKR menggantikan beliau bertanding di DUN Kajang bukan bertujuan untuk kepentingan rakyat.
Tambah beliau, proses pilihan raya termasuk pilihan raya kecil bukan satu acara sekadar untuk berseronok-seronok atau bersukaria.
"Pilihan raya merupakan proses pemilihan wakil rakyat yang benar-benar berwibawa dan dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada pengundi yang diwakili menerusi pengundian," katanya.
Beliau kesal kerana Anwar dan sekutunya dalam Pakatan Rakyat (PR) sanggup mengetepikan kepentingan rakyat terutama di DUN Kajang.
Sehubungan itu, beliau mengajak pengundi di DUN Kajang supaya membuat pilihan yang tepat dengan memilih wakil rakyat yang mampu membawa kesejahteraan kepada mereka.
"Jangan terpedaya dengan pembangkang kerana mereka bertanding kerana agenda politik peribadi," tegasnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Syed Ali membidas Anwar kerana menyalahkan sistem penghakiman di negara ini berikutan keputusan mahkamah menjatuhkan hukuan 5 tahun penjara terhadap beliau.
"Bukan perkara pelik, kerana sewktu dia dibebaskan, dia kata undang-undang adil, tetapi sekarang salahkan pula mahkamah, inilah Anwar pemimpin politik yang suka cakap putar belit," tegasnya.
Menurut beliau, keputusan tersebut tidak ada kaitan dengan agenda politik mana-mana pihak sepertimana dakwaan pembangkang keputusan tersebut sebagai cubaan menghalang pengaruh Anwar.
"Kes itu membabitkan dia dengan Saiful, soal nak halang pengaruh Anwar tidak timbul kerana Anwar sebenarnya sudah hilang pengaruh.
Katanya, pihak pembangkang akan memutarbelitkan fakta sebenar bagi mengelirukan rakyat kononnya Anwar tidak bersalah.
Datuk Lee Chong Wei Juarai Kejohanan Badminton All England 2014
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memuji Datuk Lee Chong Wei kerana menjuarai kejohanan badminton All England 2014 di Birmingham, England awal hari ini (waktu tempatan).
Chong Wei, pemain perseorangan nombor satu dunia itu membenam musuh tradisinya Chen Long dari China pada final dengan mata 21-13 dan 21-18.
"Chong Wei telah membuat Malaysia bangga sekali lagi. Beliau begitu tabah dan kuat azamnya. Satu tindakan yang mempunyai kelas untuk diingati buat jangka masa yang panjang," kata Najib dalam akaun Twitternya hari ini.
Dalam tweet berasingan, Najib berkata: "Chong Wei baru sahaja menelefon saya dan isteri saya. Kami memberitahunya betapa bangganya kami atas kemenangannya."
Chong Wei pernah meraih kejuaraan itu pada 2010 dan 2011.
Subscribe to:
Posts (Atom)




