Followers

rantau ku sayang

Tuesday, September 6, 2011

Jahanamlah Pakatan Pembangkang dengan mulut longkang Mat Sabu.



Semakin ramai nampaknya ahlul-ahlul Pakatan yang menyokong pendirian Mat Sabu 121 yang menyokong komunis. Dan ramai jugak nampaknya yang tuduh kerajaan ubah sejarah kononnya melupakan pejuang-pejuang kemerdekaan yang sebenar.


Inilah yang Mat Sabu mau sebenarnya. Dia sengaja bangkitkan isu komunis ni sebab nak balas dendam terhadap pihak Polis yang langgar dia semasa perhimpunan Bersih 2.0. Jadi, dia nak semua rakyat benci dan marah terhadap pasukan keselamatan dalam negara.


Tak pasal-pasal kesemua pejuang kemerdekaan dulu dikaitkan sekali semata-mata nak puaskan hati Mat Sabu ni. Nak cover malu punya pasal.., komunis pun sanggup Mat Sabu angkat sebagai pejuang memerdekakan tanahair kononnya.


Dua tiga hari lepas, Spy terbaca kenyataan Samsul AMK pasal sokongan dia terhadap Mat Sabu. Siap dengan suruh generasi muda tak kibarkan bendera negara pasal kerajaan UMNO/BN dah ubah sejarah kemerdekaan katanya.


Hari ni Spy baca pulak kenyataan Chegu Bard yang ucapkan tahniah pada Mat Sabu pasal berani melawan kerajaan. Kata Chegu Bard, Mat Sabu telah berjaya ubah persepsi anak-anak muda terhadap fakta sejarah kemerdekaan yang sebenarnya.


Betul ke anak-anak muda dan rakyat bersetuju dengan Mat Sabu yang memperjuangkan komunis? Apa yang Spy nampak, Mat Sabu hanya membuatkan rakyat Malaysia makin meluat dengan Pas serta Pakatan dalam isu ni.


Spy yakin, PRU akan datang, jangan mimpilah Pas dan Pakatan nak dapat undi dari anggota keselamatan macam Polis dan Tentera. Ni termasuklah anak cucu serta waris pejuang-pejuang kemerdekaan negara. Tobat Lahum mereka-mereka ni nak bagi undi pada Pas.


Dan Spy rasa, lagi banyak pemimpin Pakatan yang buat kenyataan sokong Mat Sabu, lagi banyak lah rakyat yang akan tolak Pakatan di PRU depan. Isu komunis ni memang benar-benar menguntungkan UMNO/BN. Nampak sangat bodohnya Mat Sabu dan pemimpin-pemimpin Pakatan ni kann..


Sebab tu lah wakil-wakil DAP semua menikus dengan isu yang Mat Sabu bawak ni. Mereka tau yang rakyat mesti marah pasal rakyat bukannya buta sejarah macam Mat Sabu. Dan DAP tau.., lagi banyak isu ni dimainkan, lagi hilang sokongan rakyat pada mereka.


Sebab tu lah Karpal Singh marah sangat kat Mat Sabu sampaikan dia suruh Mat Sabu tarik balik kenyataan berkenaan isu komunis di Bukit Kepong tu..


Tapi yang jadi masalahnya, penyokong dan pengikut Pas serta PKR bukannya ada otak. Mereka tak tau sebenarnya isu sokongan pada komunis ni bukan saja buat orang melayu marah..


Tapi cina dengan india pun marah jugak sebab mereka-mereka tu pun tak terkecuali dari rasa macam mana peritnya kekejaman komunis.


Jadi, sekarang ni Pakatan berada dalam keadaan yang amat nazak dan tenat disebabkan mulut longkang Mat Sabu. Tak payah lah ahlul-ahlul PAS dan PKR nak pusing macam mana pun untuk salahkan UMNO.. Sebab sekarang ni zaman dah maju.. Bukti video ucapan Mat Sabu terang-terang sokong komunis..


Tunggu lah saja masa PRU13 nanti.. Pakatan akan kalah teruk disetiap kerusi yang mereka tandingi terutamanya Pas dan PKR. Hanya rakyat Malaysia yang bodoh saja akan bagi undi pada geng-geng penyokong fahaman komunis tu nanti..

Sumber: mykmu.net

Monday, September 5, 2011

NORAMFAIZUL MATI SYAHID... Saksi video pengkebumiannya..

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut menyifatkan kematian Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor sebagai mati syahid akhirat kerana terkorban ketika bertugas dalam misi menghapuskan kejahilan, kemiskinan dan penyakit yang melanda Somalia.


Beliau berkata, mati syahid terdiri daripada tiga bahagian iaitu mati syahid dunia, mati syahid akhirat dan mati syahid dunia akhirat.

“Syahid dunia menjurus kepada peperangan kerana dunia, syahid akhirat pula merujuk kepada kematian yang disebabkan penyakit berbahaya seperti wabak taun atau ditembak, manakala pejuang yang mati disebabkan perang bagi mempertahankan agama Islam pula dianggap mati syahid dunia akhirat.

“Dalam kejadian menimpa arwah, pahala kematiannya insya-Allah syahid akhirat, namun urusan pengebumiannya masih perlu melalui proses sama seperti jenazah lain iaitu dimandikan, dikafankan, disembahyangkan dan akhir sekali dikebumikan di tanah perkuburan,” katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam.

Beliau berkata, pemergian Allahyarham boleh diibaratkan sebagai sesuatu yang patut dikenang oleh semua lapisan masyarakat di negara ini.

Noh juga menyeru orang ramai melakukan solat jenazah ghaib terhadap Allahyarham sebagai menghargai pengorbanan beliau sepanjang menjalankan tugasannya.

Al-Fatihah buat Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor... Amin.

Sumber: N9kini.com


Latheefa Koya cuba politikkan kematian Arwah Noramfaizul..


Disaat semua pihak bersimpati pada kematian jurugambar BernamaTV, Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, muncul kenyataan tanpa diundang dari pemimpin PKR yang cuba mempolitikkan kematian arwah.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Latheefa Koya didalam Twitternya telah menyifatkan kematian Arwah Noramfaizul sebagai satu hipokrasi UMNO. Pemimpin PKR ini tanpa segan silu menyalahkan UMNO diatas kematian jurugambar tersebut.

Inilah yang kita katakan sebagai tak berperikemanusiaan dan juga berhati binatang. Kenapa harus dipolitikkan kematian arwah sedangkan banyak lagi isu yang boleh Latheefa Koya ini mainkan untuk mencari mileage politik didalam negara?

Kalau sampai kematian pun jadi modal untuk berpolitik, cuba bayangkan apa lagi perkara diluar imaginasi yang sanggup puak-puak ini mainkan demi survival parti mereka demi untuk menjatuhkan kepimpinan kerajaan?

Baru-baru ini kita semua dikejutkan dengan tindakan Timbalan Presiden PAS Mat Sabu yang cuba mengubah sejarah kemerdekaan negara. Mat Sabu cuba mengangkat komunis yang zalim dan kejam terhadap rakyat sekitar tahun 1940-1980 sebagai pejuang sebenar kemerdekaan.

Kini muncul pula Latheefa Koya yang menuduh misi bantuan kemanusiaan dari Kerajaan Malaysia ke Somalia sebagai satu kaedah hipokrasi sehingga mengorbankan nyawa. Apakah kini puak-puak Pakatan sudah hilang akal didalam mencari modal berpolitik?

Apakah ini saja yang mampu pemimpin-pemimpin utama Pakatan lakukan didalam mencari sokongan rakyat terhadap perjuangan mereka? Inikah kualiti pemimpin yang dikatakan mampu membawa Malaysia menjadi lebih baik seandainya mereka menang di PRU akan datang?

Cuba kita bayangkan, bagaimana perasaan ibu, ayah dan juga keluarga Arwah Noramfaizul apabila mengetahui ada pemimpin Pakatan yang cuba meraih populariti murahan dengan mempolitikkan kematian arwah. Sudah tentu kena cili mulut Latheefa Koya.

Dan jika benar Latheefa Koya benar-benar berani, sanggup tak dia bercakap sendiri di depan keluarga Arwah Noramfaizul sepertimana apa yang dia tulis dalam Twitternya? Kalau setakat berani dalam Twitter dan dikalangan penyokong sendiri, jangan bermimpilah nak jadi pemimpin.

Jika sikap seperti Latheefa Koya dan juga Mat Sabu ini dianggap sebagai terpuji dan bagus untuk melayakkan mereka menjadi pemimpin yang hebat, memang bodohlah puak-puak PAS dan PKR yang siang malam memuja mereka. Memang terbukti bahawa ahli-ahli serta penyokong Pakatan tak tahu untuk memilih pemimpin!!

Thursday, August 18, 2011

KES LIWAT ANWAR IBRAHIM: Dari mulut Datuk S. Nalakaruppan...

Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MUIP),Datuk S. Nallakaruppan yakin Anwar Ibrahim sedang mencari helah untuk menangguhkan kes liwat yang dihadapinya meskipun hakim telah mengarahkan beliau memberi keterangan bela diri, Isnin depan.Katanya,tidak mustahil apabila menjelang sahaja tarikh tersebut,ketua pembangkang itu secara tiba-tiba akan jatuh 'sakit' sehingga memerlukan rawatan segera di hospital bagi membolehkan cuti sakit dikeluarkan sekali gus perbicaraan terpaksa ditangguhkan.

Katanya,beliau berani membuat jangkaan tersebut kerana selama tiga tahun kes liwat itu dibawa ke mahkamah,Anwar berulang-kali membuat pelbagai helah sehingga memaksa kes berkenaan ditangguh lebih 50 kali oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah.


"Saya seperti juga seluruh rakyat Malaysia mahu melihat kes ini diselesaikan dengan segera bagi memberi keadilan bukan sahaja kepada Anwar tetapi juga kepada Mohd. Saiful Bukhari Azlan. Namun, mengenali Anwar saya percaya beliau akan cuba bermain helah.Sebab itu sehingga sekarang dia gagal mengemukakan saksi dan alibi bagi kes ini, sebaliknya cuba mengheret Perdana Menteri dan isteri bagi memperdaya rakyat kononnya wujud konspirasi. Tapi bila saya dan beberapa rakan menawarkan diri menjadi saksi tidak pula dipanggil.Kami adalah saksi yang relevan kerana saya sendiri boleh mendedahkan banyak perkara mengenai Anwar di mahkamah. Siapa lagi mangsa Anwar saya boleh nyatakan satu persatu," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di pejabatnya.

Dalam pada itu,Datuk S. Nallakaruppan yang juga bekas sahabat baik Anwar selama 30 tahun berkata,ketua pembangkang itu perlu mengambil peluang daripada keberkatan bulan Ramadan ini untuk menyucikan diri bagi menghadapi kes liwat tersebut dengan penuh rasa tanggungjawab.Tambahnya, dalam usia yang sudah melewati 60-an,ketua pembangkang itu tidak boleh lagi hanya memikirkan tentang kepentingan peribadi, sebaliknya beliau perlu memikirkan tentang masa depan agama,bangsa dan negara yang telah banyak dirosakkannya selama ini.


"Anwar sepatutnya menjadikan peluang membela diri ini bukan sahaja medan membersihkan diri, tetapi untuk menginsafi kembali segala tindak-tanduk yang telah banyak membawa kerosakan kepada negara semata-mata demi bergelar Perdana Menteri," katanya.

Sumber: Badut Rakyat. 
 

Monday, August 15, 2011

Nurul Izzah sudah perasan Pakatan rakyat jadi kerajaan , belajar dari ayah nya

Nurul Izzah ini mungkin sudah terlebih perasan bahawa dia  kini Pakatan Rakyat adalah kerajaan hanya dengan menguasai 5 Negeri. Samalah Ayah dan Anak satu perangai , mujur dia ini perempuan saja kalau lelaki mungkin selera pun sama,

Bafru baru ini mereka telah mengadakan pertemuan antara  Pakatan Rakyat yang diwakili oleh Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; Ahli Parlimen Kepong, Dr. Tan Seng Giaw serta Nurul Izzah sendiri dengan Hoyer pada Selasa lalu dengan pertemuan  Timbalan Menteri Luar Jerman, Werner Hoyer baru-baru ini. Dalam kenyataan n Nurul Izzah pertemuan itu  bakal mengeratkan hubungan diplomatik antara kedua-dua pihak. Pakatan rakyat dengan Jerman,

Apakah pakatan Rakyat ini sebuah negara dan apakah Nurul izzah tidak tahu bahawa  Pakatan rakyat hanyalah sebuah pakatan haram yang tidak berdaftar (pakatan haram).

Antara yang dibincangkan dalam pertemuan yang turut disertai oleh Duta Jerman ke Malaysia, Dr. Guenter Gruber itu adalah membabitkan perhimpunan haram yang didalangi oleh pihak pembangkang pada 9 Julai lalu.
Nurul Izzah dalam blognya, http://www.nurulizzah.com kemudian menyifatkan pertemuan itu satu sesi yang cukup menarik dan pasti bakal membuahkan hasil yang akan mengeratkan hubungan diplomatik antara Pakatan Rakyat dengan kerajaan Jerman.

Menurut Dato Seri Zahrain Mohamed Hashim yang diminta membuat ulasan  berkata, pembangkang seolah-olah cuba memberi gambaran kepada negara luar bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang tidak demokratik dan bahawa ramai rakyat negara ini menyokong perjuangan mereka itu.

"Itu adalah apa yang pembangkang cuba lakukan. Ini semua penipuan mereka. Ini semua juga bermula daripada bapa Nurul Izzah sendiri yang telah memberi gambaran buruk tentang banyak perkara mengenai Malaysia di mata luar," katanya.

Saturday, August 13, 2011

UMNO tidak peduli apa mereka kata yang penting kita bersatu demi akidah Islam

Sudah mula nampak  ada  perselisihan pendapat antara juak juak PAS ini apabila Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang tampil dan bangun menyokong JAIS. Mereka mungkin tidak mahu menjadi hipokrit  seperti pemimpin pemimpin otai mereka yang  ingin mengejar kuasa dan jawatan sehingga sanggup meminggirkan agama.

Semalam mereka telah membuat bantahan secara aman di Pulau Pinang rentetan dari kenyataan Ketua mereka yang  juga menyokong JAIS dan Hasan Ali di mana pendirian ini bertentangan dengan  keputusan pemimpin mereka yang cuba memburukkan serta menyalahkan JAIS. Namun ada juga penyokong JUMUD PAS yang masih tidak sedarkah diri yang kini melihat JAIS dan usaha UMNO mengambil berat isu  Murtad ini sebagai sesuatu yang tidak baik.  Apa juga anggapan mereka UMNO tidak peduli , yang penting umat Islam perlu bangun dan bersatu dalam isu menyelamatkan akidah agama kita. sila baca ini juga

Friday, August 12, 2011

Hidup Badrul penuh Fitnah

Inilah bos baru Badrol - Anthony Loke  DAPig
Si Badrul Gilo tuh sekarang sudah menyepi dan berdoa agar Rosmah tak saman dio. Bergogak  dio lemparkan fitnah pado Rosmah kononnya  Rosmah boli Cicin berjuta ringgit. Akhirnya penipuan  Badrul dipatahkan dan dibuktikan bahawa itu semuo penipuan dan Badrul gilo ini sebenarnya petik cerito ni dari blog Raja Petra.

Bangang punyo Badrul. tak ado kojo lain ko mamat ini asyik nak tabur fitnah sajo. sekarang ni  Badrul kecut dan tidak bersuaro. Kenapo tak berani pulak nak heboh hebohkan lagi pasal cicin tuh. Tapi dio akan tanggung dosa kerano ramai orang Pakatan Rakyat yang banggang  percayo apo yang dio fitnahkan.

Manusio macam Badrul  ni pun bulleh hidup kek ateh muko bumi ini. Manusio macam in i pun ado jugak orang nak pocayo. hidup dio menipu dan terus menipu sobab nak  kuasa , nak jadi wakil rakyat. nak jadi menteri bosa lak sekarang ni.

Badrol ni dah dikotopikan oleh pemimpin  PKR pusat dan di Negori  Sembilan dia dah dipulaukan oleh pemimpin PKR  Negori  Sembilan. itulah sobab dio bergorak ateh persatuan solidatari anak mudo SAM yang tak berdaftar dan tak berahli.

Ramai yang  raso Badrul ini akan bertanding atas tikit  DAP.