Followers

rantau ku sayang

Thursday, January 31, 2013

PAS Umpamakan Nasharudin Isteri Curang - Minggung betul

 Sehari selepas bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dipecat dari terus menganggotai Majlis Syura Ulama PAS, Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat terus meraikannya dengan upacara memotong kek di kediaman Pengerusi DAP Pusat, Karpal Singh. 

Walaupun secara lahiriahnya acara memotong kek itu diadakan sempena ulangtahun kelahiran Mursyidul Am PAS itu yang ke 82 tahun, namun tersiratnya ia menggambarkan kegembiraan Karpal Singh yang dikongsi bersama dengan Nik Aziz dalam meraikan dendam terindah yang sudah dilunaskan.

 Karpal pernah ditempelak oleh Nasharudin berhubung isu hudud, manakala Nik Aziz pula sehingga kini terus berpatah arang dengan peranan utama yang dimainkan Ahli Parlimen Bachok, Kelantan itu semasa ura-ura kerjasama diantara UMNO dan PAS melalui Kerajaan Perpaduan (UG) dulu.

 Nik Aziz ketika diminta mengulas status Ustaz Nasharudin yang masih kekal sebagai ahli PAS, secara sinis memberi gambaran kedudukan bekas Timbalan Presiden PAS itu dalam parti kini ibarat suami isteri yang bila-bila masa sahaja boleh bercerai berai.

 "Itu dia punya pasallah, saya sebut kelmarin kepada wartawan orang laki bini lagikan bercerai. Padahal kita nak sambut bini itu dengan sembelih lembu, palu gong gendang lah, selawat kepada Nabi, tetapi boleh bercerai. Ini kerana parti (Ini kan pula dalam parti)". Maksudnya jika isteri sendiri pun boleh diceraikan, apa sangatlah kalau memecat Nasharudin dari Majlis Syura Ulama PAS. 


Hatta kalau Nasharudin mahu keluar parti menyertai UMNO sekalipun, itu bukannya persoalan besar bagi PAS. Lebih-lebih lagi pada perkiraan Nik Aziz dan PAS, status Nasharudin itu sendiri yang dilihat rapat dengan pimpinan UMNO seumpama isteri yang telah curang pada suami sendiri. Itu anggapannya. 

Soal bukti dan peluang untuk membela diri, itu lain punya hal yang tidak perlu difikirkan. Dari sudut lain, walau dibaca berkali-kali kenyataan Mursyidul Am PAS itu, kelihatannya seperti Nik Aziz begitu memandang mudah hubungan suami isteri bila mana ia dikaitkan dengan isu pemecatan Nasharudin dan kedudukannya dalam PAS. 

 Tapi nak pelik apa? Kan sudah menjadi pengetahuan umum dalam PAS telah lama wujud polisi sumpah baiah talak tiga yang menjadikan isteri kepada calon-calon PAS dalam PRU sebagai bahan taruhan bertujuan menjamin suami masing-masing kekal dalam parti dan tidak mengubah haluan melompat ke parti lain. 

 Satu persoalan yang menarik untuk difikirkan, kenapa baru sekarang PAS bertindak dan dimasa yang sama masih mengekalkan Nasharudin sebagai ahli PAS, bukankah itu seperti tindakan gantung tidak bertali dari seorang suami? 

Amat dayus dan bacul sifatnya bilamana seorang suami hanya berani mengambil tindakan gantung tidak bertali terhadap isterinya sedangkan jika begitu yakin telah wujud kelakuan curang sewajarnya diceraikan sahaja, bukan begitu?

Kajian UPM: Najib Lebih Layak Dari Anwar

Bila-bila masa sahaja dari sekarang Dewan Rakyat akan dibubarkan untuk memberi laluan kepada PRU 13 yang dijangkakan oleh ramai pemerhati politik sebagai pilihanraya yang paling sengit dalam sejarah negara.

 Dari segi rekod PRU 12 2008, memang benarlah PRU 13 ini cukup hangat dan sengit kerana ia merupakan penentu samada BN akan meneruskan kesinambungan pemerintahan ataupun gabungan longgar parti pembangkang, PR pula yang akan mengambil alih terajunya.

 Namun jika perkembangan semasa diambil kira, besar kemungkinan PRU 13 akan menyaksikan BN mengulangi kejayaan yang hampir sama seperti yang dicapai pada PRU 11 2004 sebaliknya PR pula bakal berdepan nasib buruk seperti dialami Barisan Alternatif (BA).

Tambahan pula, sejak pentadbiran negara diambil oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak pada April 2009, sedikit demi sedikit BN telah kembali ke landasannya semula.

Manakala dalam tempoh itu pula populariti PR semakin merosot terutama sekali selepas kegagalan projek lompat 16 September 2008. Bermula awal tahun 2010 hinggalah sekarang menyaksikan hasil dari kepimpinan Dato' Seri Najib, BN terus memacu momentum kebangkitan sebagaimana terbukti dalam beberapa siri pilihanraya kecil yang lalu.

 Malah dari segi populariti diantara Dato' Seri Najib dengan pemimpin PR khususnya Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim memang jauh langit dengan bumi, ini termasuklah data-data hasil dari kajian-kajian semasa yang dilaksanakan oleh pelbagai pihak.

Demikian halnya kedapatan yang diperolehi dari kajian terbaru yang dilakukan di UPM yang mana Presiden UMNO itu terus unggul di hadapan dengan merekodkan populariti 67.4% sekaligus menjadi pilihan utama sebagai PM selepas PRU 13 kelak.

Manakala Anwar pula berada di tempat kedua dengan catatan 52.2% dan Presiden PAS, Hadi Awang hanya mencatat populariti 31.3% sahaja. Dengan kata lain, responden yang ditemubual agak meragui kedua-duanya dalam menggalas tanggungjawab sebagai PM.

 Jika dikira pula dari segi rekod jasa bakti kedua-dua pemimpin utama PR itu yang hanya tahu berceramah siang dan malam menjelajah sana sini, lagilah tak termampu menandingi rekod kerjabuat Najib yang sudah terbukti besar jasanya dalam membantu rakyat jelata.

 Apatah lagi bila diukur dari segi kesungguhan dan sikap cakna Najib dan BN yang serius membantu menyelesaikan permasalahan rakyat, jauh bezanya bila dibanding dengan Anwar dan Hadi yang hanya bijak berkata-kata ketika menabur janji tapi kerap gagal dalam menepatinya.

 Apapun, yang pentingnya dalam mana-mana sahaja kajian yang dilakukan samada oleh pihak bebas, pro BN mahupun oleh PR sendiri, satu kesimpulan yang sama diperolehi .BN akan meneruskan kesinambungan pemerintahan negara ini.

Wednesday, January 30, 2013

Ciliapi bagi Cili Pedas Anthony Loke dan DAPig inilah dulu sasar pecahkan institusi RAJA-RAJA MELAYU

Pembangkang semakin terdesak sehingga Dap terpaksa memujuk akan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Zain Al-'Abidin Ibni Tuanku Muhriz untuk menyertai parti itu. 

Anthony Loke dan Dapig tahu bahawa raja-raja Melayu merupakan payung kepada kedaulatan bangsa ini dan mempunyai pengaruh yang amat besar ke atas kehidupan orang Melayu samada dalam ruang lingkup sosial, budaya mahupun politik.

 Orang Melayu dan raja-raja Melayu sememangnya tidak boleh dipisahkan bagaikan irama dan lagu. Jika berlaku tembok pemisahan maka runtuhlah institusi itu dan malaplah masa depan bangsa Melayu. 

 Oleh itu 'menjaring' seorang anak raja yang muda dan idealis seperti Tunku Zain Al-'Abidin untuk menggangotai sebuah parti rasis dan perkauman seperti Dap boleh dianggap tangkapan besar atau 'slam dunk' dalam bahasa permainan bola jaring.


 Inilah sebenarnya strategi Dap untuk menyucikan parti itu daripada stigma anti-Melayu dan anti-Islam yang telah melekat kepada tubuh badannya sejak ditubuhkan.

 Apatah lagi jika ia berjaya memikat hati seorang anak raja untuk berdiri di atas landasan perjuangan 'Malaysian Malaysia'nya maka Dap akan mendapat pengabsahan paling besar untuk menyakinkan orang Melayu menyertai parti itu. 

Dap cuba strategi yang sama terhadap Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, seorang kerabat diraja Kedah dan bekas Pengerusi Transparency International Malaysia namun gagal. 

 Sejurus menerima keahlian Tunku Aziz, beliau terus dilantik sebagai Naib Pengerusi Dap bagi mewakili kaum Melayu dalam parti itu dan kemudiannya digula-gulakan lagi dengan lantikan sebagai Ahli Dewan Negara.

 Sebagai seorang yang bijaksana Tunku Aziz bukanlah seorang anak Melayu berdarah raja yang mudah diperbodohkan seperti mana yang diperlakukan oleh penasihat-penasihat Inggeris kepada raja-raja Melayu zaman sebelum merdeka. 

 Sebelum terjerat lebih jauh dalam perangkap Dap, Tunku Aziz telah pun dapat menghidu penipuan dan kepalsuan parti rasis itu apabila bercakap mengenai soal orang Melayu dan Islam. 

 Bagi beliau, orang Melayu dalam Dap hanyalah tunggangan Lim Kit Siang dan anaknya Guan Eng serta Karpal Singh. Dap tidak pernah memperjuangkan nasib Melayu dan tidak akan berbuat demikian untuk selama ia wujud sebagai sebuah parti politik. 

Wadah perjuangannya hanya untuk kepentingan kaum Cina semata-mata dengan tidak mempedulikan hakikat bahawa bumi yang mereka pijak adalah tanah air orang Melayu. 

Walaupun Tunku Aziz meninggalkan Dap, namun Guan Eng menggunakan kaedah rasuah politik untuk mengekalkannya dalam parti itu dengan menawarkan Pengerusi Institut Pulau Pinang dengan gaji lima angka. 

Semuanya ditolak mentah-mentah oleh beliau kerana selama ini Dap yang kononnys diyakini sebagai parti berbilang bangsa sebenarnya hanyalah topeng untuk menutup satu perjuangan yang ekstrem kepada perkauman Cina. 

 Penolakan orang Melayu terhadap perjuangannya tidak mematah semangat pemimpin Dap, dan ia sanggup berbuat apa sahaja untuk menarik minat orang Melayu.

 Dap sanggup memanipulasi keputusan pemilihan anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat untuk meletakkan seorang 'Melayu celup' menjadi wakil tunggal Melayu walaupun sebelumnya semua calon Melayu kalah teruk.

 Kini pandangan mereka beralih untuk memecah belahkan institusi yang memayungi orang Melayu apabila usaha mereka untuk meretakkan bangsa Melayu sudah gagal. 

 Dap berharap jika seorang anak raja boleh diyakinkan untuk bertanding pada PRU13 nanti atas tiket parti itu, sudah tentu ramai orang Melayu akan terpengaruh. 

 Mungkin Dap berfikir strategi mereka untuk menjadikan institusi raja-raja Melayu seperti keldai mereka seperti mana yang dilakukan kepada Pas, mereka amat silap besar. 

 Jika orang Melayu mampu menyedarkan raja-raja Melayu supaya tidak menurunkan tandatangan mereka bagi perjanjian untuk mewujud serta mengabsahkan Malayan Union pada 1948, sudah tentu untuk menentang perancangan licik Dap tidak menjadi masalah besar. 


Mungkin Tunku Zainal Al-'Abidin sebagai seorang anak raja yang muda dan bersemangat perlu menelusuri dan mempelajari dengan lebih mendalam perihal sejarah perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu dengan penuh kesedaran serta perasaan prihatin.

 Jangan terjebak dengan permainan silap mata politik Dap yang secara luaran amat menarik hati dengan segala idealisme yang mengasyikkan jiwa dan kalbu sehingga akhirnya tersedar bahawa diri telah tertipu. ends

TUN M : Kalau kita sendiri tak boleh berdamai macam mana kita nak suruh orang berdamai

DARI : FB Politik Negeri Sembilan :: Islam itu bersaudara, tidak kira bangsa dan fahaman politik. Kita jaga sama2.. INI TAK KALAU BOLEH DIA SEORANG NAK JAGA UNTUK DAPAT NAMA DAN KUASA:MEREKA SANGGUP PUNAHKAN ISLAM ITU JIKA ADA ORG LAIN LEBIH BAIK MENJAGA ISLAM DARI MEREKA. MEREKA SANGUUP BERMUSUH DENGAN SESIAPA SAJA YANG LEBIH SEMPURNA DARI MEREKA , MASALAHNYA MEREKA SEBENARNYA BUKAN JAGA ISLAM TAPI JAGA POLITIK UNTUK DAPAT KUASA.
BILA ORANG CERDIK BERKATA!!!

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Pas sepatutnya melihat penyertaan Nasharudin Mat Isa ke Gaza bersama-sama Perdana Menteri, Datuk Seri @[157851205951:274:Najib Razak]  baru-baru ini sebagai model kerjasama antara kerajaan dan pihak pembangkang. Beliau berkata, bagaimanapun parti itu lebih mementingkan agenda politik mereka apabila bertindak memecat bekas Timbalan Presiden Pas itu daripada Majlis Syura Ulama parti berkenaan.

"Pas perlu melihat penyertaan Nasharudin ke Gaza sebagai model kerjasama antara kerajaan dan pembangkang sebagaimana harapan melihat kerjasama antara Hamas dan Fatah," katanya. Bekas Perdana Menteri berkata, penyertaan Nasharudin dalam lawatan Perdana Menteri itu sebenarnya mampu menyatukan umat Islam di Malaysia demi membawa mesej keamanan sejagat.

"Sebaliknya Pas tak suka lihat ada orang Pas bekerjasama dengan BN (Barisan Nasional) untuk jadi contoh dua pihak (Fatah dan Hamas). Kalau kita sendiri tak boleh berdamai macam mana kita nak suruh orang berdamai,"
BILA ORANG CERDIK BERKATA!!!

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Pas sepatutnya melihat penyertaan Nasharudin Mat Isa ke Gaza bersama-sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini sebagai model kerjasama antara kerajaan dan pihak pembangkang. Beliau berkata, bagaimanapun parti itu lebih mementingkan agenda politik mereka apabila bertindak memecat bekas Timbalan Presiden Pas itu daripada Majlis Syura Ulama parti berkenaan.

"Pas perlu melihat penyertaan Nasharudin ke Gaza sebagai model kerjasama antara kerajaan dan pembangkang sebagaimana harapan melihat kerjasama antara Hamas dan Fatah," katanya. Bekas Perdana Menteri berkata, penyertaan Nasharudin dalam lawatan Perdana Menteri itu sebenarnya mampu menyatukan umat Islam di Malaysia demi membawa mesej keamanan sejagat.

"Sebaliknya Pas tak suka lihat ada orang Pas bekerjasama dengan BN (Barisan Nasional) untuk jadi contoh dua pihak (Fatah dan Hamas). Kalau kita sendiri tak boleh berdamai macam mana kita nak suruh orang berdamai,"

DAP BERTAMBAH RAKUS DI NS PINTA KERUSI PAS ??

DAP semakin tamak dan ada sumber yang boleh dipercayai mengatakan bahawa  DAP kini cuba meminta tambahan kerusi di kawasan Melayu di Negeri Sembilan. Apakah kemungkinan  DAP akan cuba mencalonkan  ahli Melayu untuk membuktikan kononnya mereka ini tidak rasis.

Aspan Alias yang sudha berkira kira untuk bertanding dibawah tiket DAP sudah memasang angan untuk dicalonkan buat kali pertama. Namun apa yang  kami perolihi dari maklumat yang boleh di percayai bahawa Aspan tidak akan dicalonkan cukup setaklat makan gaji sebagai blogger sumbang DAPig.

Siapakah yang akan menjadi calon DAP  dan berapa kah kerusi yang dipinta dari DAP dan dikatakan ianya adalah sebahagian dari kerusi PAS kerana PAS sukar untuk menang di Negeri Sembilan.

Tunku Zain: Saya pernah diajak bincang DAP, parti-parti lain

KENYATAAN akhbar oleh Tunku Zain Al-‘Abidin Ibni Tuanku Muhriz berhubung kenyataan oleh (bekas Naib Pengerusi DAP) Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim dan (Pengerusi DAP Negeri Sembilan), Anthony Loke.

Saya akan menulis sepenuhnya mengenai kenyataan Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim dan Anthony Loke dalam kolum biasa saya pada Jumaat ini.

Namun terdapat beberapa perkara yang akan saya ulas dahulu sebagaimana berikut:

Adalah malang sekali apabila perbincangan peribadi kini menjadi topik perbualan umum. Ahli politik seharusnya mampu berhubung dan berkomunikasi dengan semua lapisan warga Malaysia dalam apa jua situasi termasuk perbincangan sulit asalkan masih di dalam batasan perundangan negara. Saya amat berterima kasih kepada Datuk Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi untuk tweetnya : “klu tidak terima, kita senyap jer. Hormatilah privasinya. Macam meminang tak jadi, tak perlu heboh.”

Namun begitu, nasi telah menjadi bubur. Oleh kerana perkara tersebut telah dibawa kepada pengetahuan umum, saya boleh mengesahkan bahawa butiran perbincangan dengan DAP beberapa bulan sebelum ini adalah hampir tepat. Memandangkan ia adalah perbincangan tidak rasmi, maka tiada minit perbincangan dicatatkan. Ingin saya nyatakan di sini, bahawa saya juga pernah dijemput untuk bertemu dan berbincang secara tidak rasmi dengan wakil-wakil parti politik yang lain.

Sebagaimana penulisan saya sejak lima tahun kebelakangan ini, saya amat menghormati dan mengkagumi ahli politik tanpa mengira kepartian yang berprinsip dan berkerja keras. Namun, pada pandangan saya tiada satupun parti politik pada hari ini yang mampu menyamai kejituan dan kesaksamaan visi Ayahanda Kemerdekaan yang boleh mempengaruhi saya untuk menyertai mana-mana parti.

Ada yang memperkatakan bahawa tidak wajar untuk putera Raja melibatkan diri di dalam parti politik. Namun, terdapat lima orang putera Raja yang telahpun berbuat demikian iaitu:

a)      YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Sultan Abdul Hamid Halim Shah dari Kedah (Ahli Parlimen Kuala Muda 1955-1970 dan Perdana Menteri 1957-1970; Umno dan Semangat 46)

b)     YAM Tunku Panglima Besar Tunku Abdullah ibni Tuanku Abdul Rahman dari Negeri Sembilan (Ahli Parlimen Rawang 1964-1974; Umno)

c)      YAM Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim ibni Sultan Ismail Nasiruddin Shah dari Terengganu (Adun Ajil 1990-1995; Semangat 46 dan Pas)

d)     YAM Tengku Datuk Seri Azlan ibni Sultan Abu Bakar of Pahang (Ahli Parlimen Jerantut 1999-kini dan Timbalan Menteri Pengangkutan 1999-2008; Semangat 46 dan Umno)

e)     YAM Datuk Seri Diraja Syed Razlan Jamalullail ibni Syed Putra Jamalullail dari Perlis (Ahli Parlimen Arau 2004-2008 dan Adun Pauh 2008-kini; Umno)

Masyarakat sivil di Malaysia telah berkembang secara signifikannya beberapa tahun kebelakangan ini dan saya sendiri memang telah bergiat aktif di dalam persekitaran sebegini lama sebelum Ayahanda saya dipilih sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Ke-11.  Di dalam ruang sebeginilah saya berhasrat untuk terus menyumbang bakti terutamanya menerusi Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas) dan juga beberapa yayasan lain yang saya berkhidmat.

sumber:  sinar harian

MB Gempur Kawasan Taufek

 Lawatan Dato’ Seri Utama Hj Mohamad bin Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan  merangkap Pengerusi BN Negeri Sembilan ke kawasan DUN Paroi semalam memberi isyarat gempur kepada Mohd Taufek Abd Ghani.
YB Mohd Taufek Abd Ghani merupakan Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan yang telah memenangi kerusi DUN Paroi pada PRU-12 yang lalu merupakan ADUN tunggal Pas di Negeri Sembilan. 
Lawatan Pengerusi BN Negeri Sembilan ke kawasan Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan itu memberi isyarat yang jelas pertembungan besar dua tokoh tersebut yang bakal berlaku dalam PRU 13 nanti. 
Lawatan tersebut bertujuan untuk melihat persediaan semua peti undi di Parlimen Rembau dan beliau berpuas hati dengan kedua-dua Pusat Daerah Mengundi (PDM) Taman Kobena dan Taman Tasik Jaya.
Beliau berkata, ”Jentera pilihanraya kali ini perlu bekerja keras agar dapat merampas semula kerusi yang menjadi milik pembangkang sebelum ini. Bina program jalinan rakyat supaya dapat menyampaikan maklumat yang tepat kepada masyarakat dan menangkis segala fitnah yang dilemparkan pembangkang.”
Dalam kenyataan itu juga, beliau turut mengingatkan agar jentera pilihanraya di semua PDM membina satu organisasi yang kukuh kerana beliau yakin dengan organisasi yang kukuh akan dapat merampas semula kerusi DUN Paroi.
“Cari titik persamaan, jangan berpecah belah. Jangan menggadaikan agama, bangsa dan negara dengan mempercayai semua janji-janji manis pembangkang. Berilah kepercayaan penuh pada kepimpinan yang ada sekarang untuk terus memimpin negeri dan negara ini,” ujar beliau di akhir ucapan.
Dalam lawatan tersebut, beliau turut menyampaikan pingat jasa Malaysia kepada Tuan Hj Abdul Arshad serta menyerahkan bendera BN kepada ketua PDM di Taman Kobena dan Taman Tasik Jaya.
Turut hadir, YB Khairy Jamaludin Abu Bakar, Ahli Parlimen Rembau merangkap Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Azman bin Hj Hasan, Setiausaha UMNO Bahagian Rembau, Ketua Puteri UMNO Rembau, Ketua PDM Taman Kobena dan Taman Tasik Jaya.