Followers

rantau ku sayang

Wednesday, January 30, 2013

MB Gempur Kawasan Taufek

 Lawatan Dato’ Seri Utama Hj Mohamad bin Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan  merangkap Pengerusi BN Negeri Sembilan ke kawasan DUN Paroi semalam memberi isyarat gempur kepada Mohd Taufek Abd Ghani.
YB Mohd Taufek Abd Ghani merupakan Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan yang telah memenangi kerusi DUN Paroi pada PRU-12 yang lalu merupakan ADUN tunggal Pas di Negeri Sembilan. 
Lawatan Pengerusi BN Negeri Sembilan ke kawasan Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan itu memberi isyarat yang jelas pertembungan besar dua tokoh tersebut yang bakal berlaku dalam PRU 13 nanti. 
Lawatan tersebut bertujuan untuk melihat persediaan semua peti undi di Parlimen Rembau dan beliau berpuas hati dengan kedua-dua Pusat Daerah Mengundi (PDM) Taman Kobena dan Taman Tasik Jaya.
Beliau berkata, ”Jentera pilihanraya kali ini perlu bekerja keras agar dapat merampas semula kerusi yang menjadi milik pembangkang sebelum ini. Bina program jalinan rakyat supaya dapat menyampaikan maklumat yang tepat kepada masyarakat dan menangkis segala fitnah yang dilemparkan pembangkang.”
Dalam kenyataan itu juga, beliau turut mengingatkan agar jentera pilihanraya di semua PDM membina satu organisasi yang kukuh kerana beliau yakin dengan organisasi yang kukuh akan dapat merampas semula kerusi DUN Paroi.
“Cari titik persamaan, jangan berpecah belah. Jangan menggadaikan agama, bangsa dan negara dengan mempercayai semua janji-janji manis pembangkang. Berilah kepercayaan penuh pada kepimpinan yang ada sekarang untuk terus memimpin negeri dan negara ini,” ujar beliau di akhir ucapan.
Dalam lawatan tersebut, beliau turut menyampaikan pingat jasa Malaysia kepada Tuan Hj Abdul Arshad serta menyerahkan bendera BN kepada ketua PDM di Taman Kobena dan Taman Tasik Jaya.
Turut hadir, YB Khairy Jamaludin Abu Bakar, Ahli Parlimen Rembau merangkap Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Azman bin Hj Hasan, Setiausaha UMNO Bahagian Rembau, Ketua Puteri UMNO Rembau, Ketua PDM Taman Kobena dan Taman Tasik Jaya.

No comments:

Post a Comment