Followers

rantau ku sayang

Saturday, June 29, 2013

ANWAR 'WAJIB' SAMAN YUSUF KALLA DAN MEROSAKKINI!!!

Kalau tak saman, mana dia nak letak muka!!!
Itu satu tuntutan yang sewajarnya dilakukan oleh Si Ketua Penipu tu jika dia seorang yang memang mahu menegakkan Kebenaran. SH percaya, rakyat pun mahukan penjelasan.

Cabaran sedemikian bukan kali pertama kita dengar dari mulur rakyat yang sering bercerita tentang Politik di kedai kopi. Tapi satu pun suara tu tak didengar oleh Si Ketua Penipu tu.

Persoalannya, kenapa dia takut sangat nak ambik tindakan bila berhadapan dengan isu - isu macam ni? Adakah dia takut sangat dengan mereka yang buat pendedahan tersebut?

Sebelum ini, Datuk Eskay mendedahkan salah laku moral Si Ketua Penipu tu dengan seorang Chinadoll. Sekarang, Mantan Naib Presiden Indonesia pulak.

Yusuf Kalla mendedahkan bahawa Si Ketua Penipu tu mendapat penajaan dari negara - negara luar untuk menjayakan agenda jahat dia dalam Malaysia.

Pendedahan itu pulak dipetik oleh laman portal Pro Yahudi iaitu Merosakkini. Jadi, memang patut sangat la Si Ketua Penipu tu saman mereka. Kalau setakat nak nafi pakai air liur je, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!

Friday, June 28, 2013

TERKINI ! ANWAR TERDIAM BILA DITANYA SOALAN PENTING INI !

Mantan Presiden Indonesia Jusuf Kalla mendakwa perhimpunan membantah dakwaan penipuan dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu - BLACK 505 - dibiayai oleh pihak asing.


Beliau juga mendakwa mengetahui Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dibantu oleh beberapa pihak khususnya dari Turki, Washington dan Filipina, lapor media.

"Dan mungkin juga di Thailand dan China, itu kamu kena selidiki. Pemberi dana yang besar itu dari sebuah syarikat besar di Filipina dan sedikit dari Turki untuk membantu aktiviti himpunan bantahan itu.

"Mereka tidak boleh menyembunyikan diri kerana mereka adalah rakan bisnes yang kita ketahui siapa mereka," kata tokoh Indonesia itu seperti dilapor dalam akhbar tersebut.

Beliau berkata demikian dalam satu wawancara khas dengan Ketua Editor portal berita Merdeka On-Line Al-Azharri Siddiq Kamunri di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.

Dalam temubual itu juga, Jusuf juga mempersoalkan tujuan mengadakan perhimpunan - yang berakhir Sabtu lalu - jika ia didakwanya hanya memberi keuntungan kepada musuh Islam dan orang Melayu.

"Saya sendiri bertanya kepada Anwar, apakah kamu boleh mengontrol (mengawal) parti DAP? Anwar terdiam dan tidak dapat memberi jawapan dengan jelas.

"Ternyata Anwar punya masalah dan kepayahan untuk mengawal ahli parlimen dari parti lain.

"Maka, saya sendiri berfikiran tindakan Anwar mengadakan himpunan Blackout 505 itu hanya sia-sia, melainkan menguntungkan sebelah pihak iaitu musuh Islam," katanya 

Tuesday, June 18, 2013

DALANG DALAM PKR YANG MENYEBARKAN VIDEO SEKS NURUL IZZAH SUDAH DIKENAL PASTI??...


TIDAK semena-mena, tiada beruk tiada kera, tiba-tiba pokok bergoyang. UMNO tidak tahu apa-apa, tiba-tiba PKR pula yang heboh menyatakan kewujudan Video Seks Nurul Izzah pula.

Kita amat memahami strategi ‘overdose’ atau ‘overkill’ iaitu menambahkan cili kepada isu yang sedia pedas seperti video seks Anwar sehingga orang tidak mampu lagi menelannya.

Dalam kes ini, strategi pembangkang mungkin untuk membangkitkan rasa mual terhadap UMNO sekali gus meraih simpati terhadap Nurul Izzah dan Anwar.

Namun, cara pendedahan video Nurul Izzah ini agak keterlaluan iaitu menambah cili sehingga tidak nampak lagi masakan asalnya. Ini kerana ia pertama sekali disuarakan oleh Saifuddin Nasution secara terbuka di hadapan wartawan, seolah-olah sengaja sedangkan desas-desus mengenainya belum lagi kedengaran.

Mungkinkah ini merupakan strategi ‘pre-emptive’ iaitu bersedia dengan jawapan sebelum soalan dikemukakan? Atau apakah ini hanyalah langkah pertama ke arah satu lagi lakonan tersohor yang bakal diedarkan ala-ala lakonan sepupu Taib Mahmud?

Walau apapun, mengenali keluarga Anwar, kita tidak boleh menolak akan kemungkinan bahawa video tersebut tulen dan wujud walaupun motif dan dalangnya tidak dapat dipastikan.Apa yang kita pasti, video tersebut ada di tangan PKR, bukan UMNO. 

Kerana itulah sehingga ke hari ini, apa yang kita dengar hanyalah dari pihak PKR dan hanya pihak PKR yang ‘seronok’ sekali bercakap mengenainya.

Jangan kita lupa bahawa parti PKR adalah parti yang sentiasa bergolak kerana ia menghimpunkan semua orang-orang yang gila kuasa lagi korup di dalamnya.Segala sampah dan najis UMNO dikutip dijadikan perhiasan dan dipakaikan mahkota. 

Pemilihan parti PKR adalah yang paling kotor dalam sejarah, di mana undi dimanipulasi dan baling kerusi bergaduh adalah budayanya.Faktor cinta tiga segi, empat segi dan bersegi-segi juga merupakan masalah paling besar dalam PKR. 

Mana tidaknya, apabila anak, isteri, gundik, anak ikan, semuanya terpaksa berhadapan sesama sendiri setiap hari.Kita tahu Wan Azizah bencikan Fareez. Kita tahu Azmin menentang Khalid. Kita juga tahu Wan Azizah benci Azmin. 

Kita tahu Nurul Izzah membela mamanya dan Azmin serta Fareez menentangnya dan mamanya. Kita tahu Anwar sayang semuanya. Tetapi kita juga tahu Anwar paling sayang dirinya sendiri.

Nurul Izzah bukan masalah besar bagi UMNO atau BN. Malah, beliau merupakan bahan ketawa, tambahan pula dengan kenyataan bodohnya mengenai pasukan keselamatan negara baru-baru ini, ramai yang menganggap wanita itu elok diabaikan saja. 

Tidak berbaloi bagi BN memburukkan Nurul Izzah dengan cara menyebar video seksnya dan BN juga lebih tahu bahawa tindakan itu mungkin akan memakan diri dan parti.Justeru, adalah lebih masuk akal bahawa video tersebut bakal diedar oleh pihak PKR sendiri. 

Lagipun, dari kata-kata Saifuddin, tampak seolah-olah PKR sudah pun memilikinya, kerana BN langsung tidak tahu menahu mengenainya.Cuma kita kini tertanya-tanya juga apa reaksi Wan Azizah dan Anwar mengenai aksi anak mereka? 

Banggakah Anwar yang anaknya mengikut jejak langkahnya?Apapun, kita pasti, bangga atau tidak, Anwar dan Azizah tetap akan menafikannya.

Bagi Nurul Izzah pula, kita menyarankan agar beliau memikirkan dalam-dalam tentang bapa dan ibu jenis apa yang sanggup membiarkan orang lain menyebar video seks yang dikaitkan dengan anak mereka, semata-mata untuk meraih simpati politik? 

Menara Runtuh: DAP Salahkan Anwar



Ahli Parlimen Tanjung, Ng Wei Aik mempersoalkan tindakan kerajaan negeri yang diterajui Gerakan sebelum ini berhubung kebenaran pembinaan Menara Umno dibina sebelum pelan pembangunannya dikemukakan dan diluluskan.

Menurutnya, kerajaan tempatan ketika itu membenarkan bangunan itu dibangunkan seperti yang dimohon kontraktor di atas klasifikasi sebagai kerja khas iaitu pada 23 Disember 1995, sedangkan pelan bangunan yang pertama diserahkan selepas dua tahun iaitu pada 31 Julai 1997 manakala pelan yang diubahsuai pula dihantar pada 24 Julai 1998.

“Bagaimana kerajaan negeri ketika itu tunduk kepada Umno negeri dengan membenarkan kerja bermula walaupun pelan bangunan itu belum dikemuka?

Jika kita lihat dari sejarah terdahulu, pada 1 Oktober 1996, Timbalan Ketua Menteri ketika itu, Datuk Seri Mohd Shariff Omar telah melawat bangunan berkenaan seolah-olah 'merestui' ia dibangunkan walaupun pembinaan pelan bangunan masih belum diserahkan.

“Selepas itu, bekas Ketua Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon pula mengeluarkan satu surat kepada Exco kerajaan negeri, Datuk Dr Teng Hock Nan untuk bertanya kepadanya alasan mengapa berlaku kelewatan di dalam projek berkenaan.

"Dalam surat itu, Tsu Koon memaklumkan bahawa beliau perlu melaporkan perkara itu kepada Timbalan Perdana Menteri dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya kepada media di tapak kejadian semalam.

Ketika dihubungi, Hock Nan berkata, kejadian itu berpunca daripada 'masalah teknikal yang berlaku semasa bencana alam' yang mana arkitek dan jurutera terlibat tidak dapat meramalkan bahawa penebat kilat itu akan jatuh dari bangunan berkenaan.

“Terdapat banyak bangunan lain dengan struktur yang sama seperti di Menara Umno namun, selagi arkitek bertanggungjawab bersedia untuk membayar denda jika mereka tidak mematuhi garis panduan, prosedur dan pelan bangunan, saya rasa itu tidak menimbulkan masalah. Kita mengadakan garis panduan dan prosedur yang ketat serta telus pada masa bangunan itu dibangunkan.

“Arkitek yang dilantik juga adalah dari sebuah syarikat antarabangsa terkenal dan pernah memenangi anugerah di peringkat antarabangsa berikutan hasil kerja mereka setaraf dengan anugerah yang diberikan.

Apa yang Wei Aik cuba sampaikan dengan mengajukan soalan sebegini?” katanya.

Menurutnya, Wei Aik tidak sepatutnya menyalahkan mana-mana pihak berikutan apa yang lebih penting ialah memastikan kejadian itu tidak berlaku lagi pada masa akan datang.

“Persoalan beliau dilihat seperti cuba untuk memberi gambaran bahawa kerajaan negeri sebelum ini membenarkan bangunan itu dibina dengan cepat seperti yang dimahukan Umno tanpa mengambil kira keselamatan orang awam.

“Kenyataan itu sangat tidak bertanggungjawab dan tidak wajar dikeluarkan. Tidak wajar untuk mewujudkan kebencian rakyat terhadap pentadbiran kerajaan sebelum ini terutama kepada keluarga dan rakan-rakan mangsa,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno, Dr Shaik Hussein Mydin berkata, bangunan itu dibina pada 1998.

“Seingat saya, bangunan ini dibina pada 1998 iaitu ketika Anwar selaku orang pertama dalam Umno di negeri ini. Oleh itu, saya tidak boleh komen lebih berhubung status bangunan ini serta reka bentuknya.

“Jika sesiapa yang hendak tahu lebih berhubung perkara ini, sila bertanya kepada Anwar kerana saya percaya, beliau lebih tahu semuanya,” katanya.



** BERANI KE ANWAR NAK JAWAB TUDUHAN YB TONG GAS TU??

Thursday, June 13, 2013

Itu Hari Nak Boikot, Hari Ini Dia Pula Yang Sibuk Pilih Speaker


Makin hari nampaknya makin teruk dah laki Wan Azizah....

Baru beberapa hari lepas dia kata nak boikot sidang parlimen yang akan berlangsung tidak berapa lama lagi. Dan sebagai langkah pertama dia memboikot , dia sendiri tidak menghantar soalan untuk dikemukakan pada sidang yang pertama itu. 

Tup...tup....tup....semalam dia pula yang membuat kenyataan mencadangkan seorang bekas hakim sebagai calon speaker Dewan Rakyat.
Pakatan Rakyat sebulat suara bersetuju menamakan mantan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi Parlimen ke-13.
Dalam kenyataannya lewat petang ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penamaan Abdul Kadir telah dikemukakan atas nama ahli parlimen Bandar Tun Razak merangkap menteri besar Selangor sebagai mewakili pendirian Pakatan pada 10 Jun 2013. 

Kalau nak boikot....boikotlah ! 
Apa ke hal pula sibuk nak calonkan speaker pula ? 

Kamu semua duduk diam-diam sebab kamu semua boikot. Biar ahli-ahli parlimen BN sahaja yang bersidang. Biar mereka yang pilih siapa speaker yang mereka nak. Kamu jangan nak sibuk-sibuk sebab kamu semua memboikot. 

Dalam kenyataannya semalam juga Anwar berkata,
"Pakatan bertegas bahawa Yang di-Pertua Dewan Rakyat mesti dilantik dari kalangan seorang yang bebas, berkecuali tanpa parti, berwibawa dan berkelayakan untuk berkhidmat,"
Halo...halo...halo...halo papa Nurul Izzah....jangan buat-buat lupa pula, yang dibawah ini siapa ?

Anggota Dewan Undangan Negeri Subang Jaya Hannah Yeoh dari DAP mencatat dilantik sebagai speaker dewan undangan negeri (Dun) Selangor menggantikan Datuk Teng Chang Khim, yang dilantik ke jawatan exco kerajaan negeri
Yeoh, 34, yang mempertahankan kerusi Dun Subang Jaya pada pilihan raya umum lepas akan mengangkat sumpah jawatan pada 21 Jun ini bersama-sama timbalannya Nik Nazmi Nik Ahmad, yang merupakan anggota Dun Seri Setia dari PKR.
Apa cerita papa kau ni Nurul Izzah ???
Speaker dan timbalan speaker Dun Selangor orang yang bebas ke ? 
Pesan kepada papa kau lain kali kalau nak bercakap pakailah kepala otak, bukannya pakai kepala lutut....

Ghani Petail tidak akan jadi hero dengan menghukum Khir Toyo !!

Tidak sampai beberapa hari tulisan yang berbau mempertahankan Khir Toyo di "published" di sebuah laman web pro BN, tiba tiba  peguam negara terus memberikan respons seolah oleh mempertahankan dirinya apabila dikritik oleh portal pro BN berkenaan. Sejak bila pula peguam negara ini tidak apabila  dikritik oleh penulis penulis blog? Hairan juga , tiba tiba sahaja beliau  tidak boleh dikritik dan bangkit bagaikan hero mempertahankan diri .Sebelum ini  bagaikan  nak lunyai  beliau dilanyak oleh penyokong Anwar Ibrahim .

Beliau seolah olah mahukan  Khir Toyo berdiam diri dan biarkan sahaja apa saja hukuman kerana mahkamah yang menentukan.Namun apabila Anwar terus menyerang mahkamah sebelum ini , Ghani Patail tidak pernah bangkit mempertahankan.  Salahkah apabila blog blog membincangkan keputusan mahkamah  dan apakah ianya boleh di "konsider" sebagai menghina mahkamah. Salahkah rakyat membincangkan keputusan Mahkamah yang mereka rasa boleh diperbincangjkan  dan bukan itu hak mereka dan sekurang kurangnya sebagai pandangan kepada hukum ciptaan manusia ini.

Garang betul Ghani Patail kali ini dan meminta Khir Toyo diam. Siapa Ghani Patail secara peribadi menghalang Khir Toyo meluahkan perasaan beliau melalui portal . Siapa juga Ghani Patail menghalang bloggers bloggers menterjemahkan perasaan  mereka terhadap keputusan yang mereka rasakan layak untuk diperbincangan dan bukan kerana Khir Toyo adalah ahli politik Barisan Nasional. . 

Hairan juga  kenapa dalam isu ini, Ghani Petail mahu menonjolkan diri persis beliau telah melaksanakan undsang undang dengan adil dan saksama walaupun ianya seolah olah skop undang undang menjadi kecil dan tidak punya pilihan lain melainkan menghukum Khir Toyo.

Aku memang kurang arif mengenai prosidure Mahkamah dan aku juga enggan menyentuh mengenai apa yang dikaitan dengan Mahkamah. Aku hanya berbicara secara rakyat biasa mengenai apa yang berlaku yang aku juga rasakan ianya  terlalu mudah untuk terjadi. Terlalu mudah untuk menjatuhkan hukuman bahawa Khir Toyo bersalah membeli rumah dengan harga yang telah ditetapkan oleh penjual kepada pembeli dan terlalu mudah sangat untuk merampas rumah berkenaan yang mana ianya ada lah hak milik sah Khir Toyo .(Dia beli rumah itu dan bukan dapat  free).

KITA PERLU LIHAT DARI SATU SUDUT LAIN JUGA DAN TIDAK SEMESTI IANYA DILIHAT  DARI ARAH SATU SUDUT SAJA. JIKA IANYA DILIHAT DARI BERBAGAI SUDUT RASANYA INI MUNGKIN JAWAPAN  BETUL KEPADA APA YANG MENIMPA KHIR TOYO SEKARANG.KITA JUGA PERLU MELIHAT ALASAN INI SILA KLIK SINI DENGAN HATI YANG TERBUKA DAN BUKAN SECARA TERTUTUP DEMI KEADILAN.

Pastinya  Ghani Patail sudah mengetahui bahawa beliau akan dikritik oleh blog damn laman  web yang dirasakan akan pertahankan Khir Toyo. Tapi aku rasa kalau bukan kerana kes ini  yang terlalu pantas dan terlalu mudah  keputusan dibuat dan terus menjatuhkan hukuman berbanding banyak kes kes lain yang melibatkan kes kes lain khususnya yang melibatkan pembangkang.

Apakah YANG MEMBUAT GHANI PETAIL BEGITU GHIRAH UNTUK MENYTELESAIKAN KES INI DENGAN HUKUMAN PENJARA DAN MERAMPAS BARANGAN MILIK KHIR TOYO YANG NYATA IANYA ADALAH PEMBELIAN HASIL LOAN YANG DIBUAT MELALUAI HSBC.
APAKAH DISEBABAKAN  GHANI MERASAKAN TIDAK ADA SESIAPA YANG AKAN   BANGKIT  MENGADAKAN DEMONSTRASI JALANAN SEPERTI ANWAR IBRAHIM MEBANTUAH KEPUTUSAN INI.

 Mungkin juga orang UMNO tidak punya anak anak muda yang berani terbalikkan kereta polis mahupun  Red Bean Army yang akan mencalarkan  kredibiliti peguam Negara.

Apakah mungkin  UMNO tidak ada Malaysia kini dan  juga portal portal yang kebal sepeti Harakah dan suara Keadilan. Setiap hari laman laman ini melaporkan berita berita telor setengah masak. Ghani Patail juga setengah masak dengan portal portal sebegini. Inilah sebab nya Khir Toyo boleh dijadikan bahan Experiment untuk membersihkan nama  Ghani Patail yang  banyak dicalarkan oleh bloggers pembangkamg selama ini sebelum menghabiskan sisa sisa kerjaya beliau. Apakah  Ghani sanggup melihat satu keluarga menderita  hanya kjerana mahu kembali menjadi hero.

Apa yang dapat saya lihat disini ,peguam negara sungguh angkuh dan meminta Khir Toyo untuk diam.

Sebab Tian Chua, Tipah Koya and the Geng Ketar Lutut


Siapa yang tak kenal dengan Si Tipah Koyak and The Geng ni ye tak. Diorang ni ibarat jerung yang suka mengambil kesempatan dalam kesempitan orang lain.

Jenis diorang ni pulak tak suka memilih. Apa yang boleh dibaham, diorang baham semacam je. Tak kira la siapa pun yang terlibat. Janji dapat duit.

Kita pun tahu yang Si Tipah Koyak and The Geng ni merupakan peguam - peguam upahan PKR. Apa saja kes yang ada kaitan dengan PKR, diorang jugak yang handle.

Jadi, bila timbul kes Si Tian Chuak dalam isu Lahad Datu, diorang mula la ketar lutut. Walaupun sebelum ini Si Tian Chuak tu dengan sombong kata dia ada bukti.

Kalau ada bukti, menda kejadahnya diorang nak tolak saman yang telah difailkan oleh UMNO sebelum ini? Itu menunjukkan yang dia dah ketar lutut.

Maka, disebabkan itu jugak la diorang gunakan hujah longgar dengan menyatakan bahawa UMNO tidak ada hak 'Locus Standi' nak saman Tian Chuak.

Nampak sangat la yangdiorang ni memang dah goyang kepala lutut. Diorang ni setakat pandai cakap je. Buat tuduhan dan dakwaan memang nombor satu. Bila kena saman, tau pulak diorang nak tolak kes!!! Dasar Pengecut tu Pengecut la jugak!!!


KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan pada 3 Julai sama ada membenarkan permohonan Umno untuk membatalkan pernyataan pembelaan naib presiden PKR Chua Tian Chang dan dua yang lain dalam saman berhubung artikel berkaitan insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah.
   
Hakim Rosilah Yop menetapkan tarikh itu di dalam kamar selepas mendengar hujahan berhubung permohonan itu oleh peguam yang mewakili Umno Datuk Mohd Hafarizam Harun dan William Leong yang mewakili para defendan.
   
Mohd Hafarizam memberitahu pemberita, pada tarikh yang sama mahkamah juga akan menyampaikan keputusan penting iaitu sama ada Umno sebagai sebuah parti politik mempunyai hak atau locus standi untuk memfailkan saman fitnah terhadap para defendan.
  
Katanya beliau berhujah kepada mahkamah bahawa Umno boleh menyaman para defendan kerana parti itu telah mematuhi Seksyen 9(c) Akta Pertubuhan 1966 untuk memulakan tindakan undang-undang menggunakan pegawai awam parti itu.
   
Mohd Hafarizam berkata para defendan berhujah bahawa Umno tidak mempunyai hak di sisi undang-undang untuk memfailkan saman terhadap mereka.

Pada 15 Mac lepas, Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh memfailkan saman fitnah terhadap Chua Tian Chang atau Tian Chua, editor KeadilanDaily.com Fazallah Pit dan penulis artikel Aisha Geoffrey.
   
Dalam pernyataan tuntutan itu, Ab Rauf mendakwa Tian Chua mengeluarkan kata-kata fitnah di dalam artikel "Insiden tembakan di Lahad Datu konspirasi terancang Umno" ("Lahad Datu Shooting A Planned Conspiracy By Umno Government") yang telah dilaporkan dan diterbitkan oleh KeadilanDaily pada 1 Mac lepas ketika ditemu ramah oleh wartawan portal itu.