Followers

rantau ku sayang

Thursday, June 13, 2013

Ghani Petail tidak akan jadi hero dengan menghukum Khir Toyo !!

Tidak sampai beberapa hari tulisan yang berbau mempertahankan Khir Toyo di "published" di sebuah laman web pro BN, tiba tiba  peguam negara terus memberikan respons seolah oleh mempertahankan dirinya apabila dikritik oleh portal pro BN berkenaan. Sejak bila pula peguam negara ini tidak apabila  dikritik oleh penulis penulis blog? Hairan juga , tiba tiba sahaja beliau  tidak boleh dikritik dan bangkit bagaikan hero mempertahankan diri .Sebelum ini  bagaikan  nak lunyai  beliau dilanyak oleh penyokong Anwar Ibrahim .

Beliau seolah olah mahukan  Khir Toyo berdiam diri dan biarkan sahaja apa saja hukuman kerana mahkamah yang menentukan.Namun apabila Anwar terus menyerang mahkamah sebelum ini , Ghani Patail tidak pernah bangkit mempertahankan.  Salahkah apabila blog blog membincangkan keputusan mahkamah  dan apakah ianya boleh di "konsider" sebagai menghina mahkamah. Salahkah rakyat membincangkan keputusan Mahkamah yang mereka rasa boleh diperbincangjkan  dan bukan itu hak mereka dan sekurang kurangnya sebagai pandangan kepada hukum ciptaan manusia ini.

Garang betul Ghani Patail kali ini dan meminta Khir Toyo diam. Siapa Ghani Patail secara peribadi menghalang Khir Toyo meluahkan perasaan beliau melalui portal . Siapa juga Ghani Patail menghalang bloggers bloggers menterjemahkan perasaan  mereka terhadap keputusan yang mereka rasakan layak untuk diperbincangan dan bukan kerana Khir Toyo adalah ahli politik Barisan Nasional. . 

Hairan juga  kenapa dalam isu ini, Ghani Petail mahu menonjolkan diri persis beliau telah melaksanakan undsang undang dengan adil dan saksama walaupun ianya seolah olah skop undang undang menjadi kecil dan tidak punya pilihan lain melainkan menghukum Khir Toyo.

Aku memang kurang arif mengenai prosidure Mahkamah dan aku juga enggan menyentuh mengenai apa yang dikaitan dengan Mahkamah. Aku hanya berbicara secara rakyat biasa mengenai apa yang berlaku yang aku juga rasakan ianya  terlalu mudah untuk terjadi. Terlalu mudah untuk menjatuhkan hukuman bahawa Khir Toyo bersalah membeli rumah dengan harga yang telah ditetapkan oleh penjual kepada pembeli dan terlalu mudah sangat untuk merampas rumah berkenaan yang mana ianya ada lah hak milik sah Khir Toyo .(Dia beli rumah itu dan bukan dapat  free).

KITA PERLU LIHAT DARI SATU SUDUT LAIN JUGA DAN TIDAK SEMESTI IANYA DILIHAT  DARI ARAH SATU SUDUT SAJA. JIKA IANYA DILIHAT DARI BERBAGAI SUDUT RASANYA INI MUNGKIN JAWAPAN  BETUL KEPADA APA YANG MENIMPA KHIR TOYO SEKARANG.KITA JUGA PERLU MELIHAT ALASAN INI SILA KLIK SINI DENGAN HATI YANG TERBUKA DAN BUKAN SECARA TERTUTUP DEMI KEADILAN.

Pastinya  Ghani Patail sudah mengetahui bahawa beliau akan dikritik oleh blog damn laman  web yang dirasakan akan pertahankan Khir Toyo. Tapi aku rasa kalau bukan kerana kes ini  yang terlalu pantas dan terlalu mudah  keputusan dibuat dan terus menjatuhkan hukuman berbanding banyak kes kes lain yang melibatkan kes kes lain khususnya yang melibatkan pembangkang.

Apakah YANG MEMBUAT GHANI PETAIL BEGITU GHIRAH UNTUK MENYTELESAIKAN KES INI DENGAN HUKUMAN PENJARA DAN MERAMPAS BARANGAN MILIK KHIR TOYO YANG NYATA IANYA ADALAH PEMBELIAN HASIL LOAN YANG DIBUAT MELALUAI HSBC.
APAKAH DISEBABAKAN  GHANI MERASAKAN TIDAK ADA SESIAPA YANG AKAN   BANGKIT  MENGADAKAN DEMONSTRASI JALANAN SEPERTI ANWAR IBRAHIM MEBANTUAH KEPUTUSAN INI.

 Mungkin juga orang UMNO tidak punya anak anak muda yang berani terbalikkan kereta polis mahupun  Red Bean Army yang akan mencalarkan  kredibiliti peguam Negara.

Apakah mungkin  UMNO tidak ada Malaysia kini dan  juga portal portal yang kebal sepeti Harakah dan suara Keadilan. Setiap hari laman laman ini melaporkan berita berita telor setengah masak. Ghani Patail juga setengah masak dengan portal portal sebegini. Inilah sebab nya Khir Toyo boleh dijadikan bahan Experiment untuk membersihkan nama  Ghani Patail yang  banyak dicalarkan oleh bloggers pembangkamg selama ini sebelum menghabiskan sisa sisa kerjaya beliau. Apakah  Ghani sanggup melihat satu keluarga menderita  hanya kjerana mahu kembali menjadi hero.

Apa yang dapat saya lihat disini ,peguam negara sungguh angkuh dan meminta Khir Toyo untuk diam.

No comments:

Post a Comment