Makin hari nampaknya makin teruk dah laki Wan Azizah....
Baru beberapa hari lepas dia kata nak boikot sidang parlimen yang akan berlangsung tidak berapa lama lagi. Dan sebagai langkah pertama dia memboikot , dia sendiri tidak menghantar soalan untuk dikemukakan pada sidang yang pertama itu.
Tup...tup....tup....semalam dia pula yang membuat kenyataan mencadangkan seorang bekas hakim sebagai calon speaker Dewan Rakyat.
Pakatan Rakyat sebulat suara bersetuju menamakan mantan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi Parlimen ke-13.Dalam kenyataannya lewat petang ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penamaan Abdul Kadir telah dikemukakan atas nama ahli parlimen Bandar Tun Razak merangkap menteri besar Selangor sebagai mewakili pendirian Pakatan pada 10 Jun 2013.
Kalau nak boikot....boikotlah !
Apa ke hal pula sibuk nak calonkan speaker pula ?
Kamu semua duduk diam-diam sebab kamu semua boikot. Biar ahli-ahli parlimen BN sahaja yang bersidang. Biar mereka yang pilih siapa speaker yang mereka nak. Kamu jangan nak sibuk-sibuk sebab kamu semua memboikot.
Dalam kenyataannya semalam juga Anwar berkata,
"Pakatan bertegas bahawa Yang di-Pertua Dewan Rakyat mesti dilantik dari kalangan seorang yang bebas, berkecuali tanpa parti, berwibawa dan berkelayakan untuk berkhidmat,"Halo...halo...halo...halo papa Nurul Izzah....jangan buat-buat lupa pula, yang dibawah ini siapa ?
Anggota Dewan Undangan Negeri Subang Jaya Hannah Yeoh dari DAP mencatat dilantik sebagai speaker dewan undangan negeri (Dun) Selangor menggantikan Datuk Teng Chang Khim, yang dilantik ke jawatan exco kerajaan negeriYeoh, 34, yang mempertahankan kerusi Dun Subang Jaya pada pilihan raya umum lepas akan mengangkat sumpah jawatan pada 21 Jun ini bersama-sama timbalannya Nik Nazmi Nik Ahmad, yang merupakan anggota Dun Seri Setia dari PKR.
Apa cerita papa kau ni Nurul Izzah ???
Speaker dan timbalan speaker Dun Selangor orang yang bebas ke ?
Pesan kepada papa kau lain kali kalau nak bercakap pakailah kepala otak, bukannya pakai kepala lutut....
No comments:
Post a Comment