Followers

rantau ku sayang

Wednesday, September 24, 2014

Baru Tahu Kah Haramkah Ni!!!! DAP, Kenapa Emosi Sangat Ni! - Pengarang Berita Lidah Rasmi Pas


Tindakan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang menyifatkan empat daripada mereka “pengkhianat” kerana tidak menyokong rakan exco DAP dan PKR lain yang dipecat bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut mendapat perhatian Pengarang Berita Harakahdaily, Nazri Abdullah.

Nazri dalam kenyataannya, turut melahirkan rasa hairan dengan sikap Guan Eng yang terlalu emosi sehingga mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya.

"Sepatutnya penggerak ‘Kajang Move’ seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Rafizi Ramli yang perlu beremosi berbanding dengan DAP terhadap apa yang berlaku sekarang ini.

“Kalau betul mencontohi Khalifah Umar Abdul Aziz, Guan Eng bukan sahaja patut mencontohi dari sudut tatakelola pentadbiran yang baik.

“Malah juga perlu mencontohi sikap tawaduk dan warak cucu kepada Saidina Umar Al-Khatab itu.

“Orang yang warak tidak mengungkit hal-hal yang lalu, kecuali sebagai untuk mengoreksi diri. Tapi dari nada Guan Eng itu nampaknya bukan bermaksud begitu. Lebih kepada tidak puas hati,” katanya.

Sementara itu, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor PAS Sallehen Mukhyi turut membidas Guan Eng dan menyifatkan pemimpin tertinggi DAP itu tidak memahami Undang-undang Tubuh Negeri.

"Guan Eng mungkin tak faham Undang-Undang Tubuh Negeri," kata exco agama itu kepada pemberita selepas menghadiri upacara majlis angkat sumpah menteri besar Selangor baharu Mohamed Azmin Ali hari ini.

Semalam, Guan Eng mengisytiharkan DAP menyokong penuh pelantikan Azmin dan menghormati pendirian Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menarik diri daripada pencalonan.

Bagaimanapun, Guan Eng menganggap empat exco PAS itu sebagai pengkhianat kerana gagal menunjukkan kesetiaan bersama enam exco yang dipecat secara tidak adil oleh Khalid.

Empat exco terbabit adalah Iskandar Samad (Chempaka), Dr Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang), Dr Halimah Ali (Selat Klang) serta Sallehen (Sabak).

Sallehen mempertahankan kedudukannya dan tiga rakan PAS lain dalam kerajaan negeri sebagai benteng terakhir untuk Pakatan Rakyat (PR) bertahan menjadi kerajaan di Selangor sementara menunggu proses peralihan kuasa selesai.

"Guan Eng kena semak balik ucapan dia. Ucapan politik dia sendiri ada kepentingan untuk mempertahankan kerajaan Pulau Pinang.

"Jangan label exco PAS sebagai pengkhianat," tegasnya. 

Perjanjian Air Selangor Akan Dikaji Semula - Azmin...Lihatlah Macam Sial Jer


Semua perjanjian yang dimeterai ketika pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan dikaji semula, termasuk penstrukturan air di negeri itu, kata Mohamed Azmin Ali.

Menteri Besar Selangor yang baharu itu berkata, semua perjanjian itu akan dibincangkan dengan pihak berkaitan.

"Tidak semestinya hanya perjanjian air sahaja tetapi adalah adil buat saya untuk mendapatkan penerangan yang lengkap daripada kerajaan negeri sebelum membuat sebarang keputusan," katanya pada sidang media selepas majlis angkat sumpah bagi jawatan itu di Istana Alam Shah di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perjanjian peringkat akhir penstrukturan air Selangor dengan kerajaan Persekutuan yang ditandatangani Khalid awal bulan ini. Ketika itu, Khalid dianggap sebagai 'menteri besar sementara' selepas dipecat oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Azmin yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa berkata, beliau akan meneruskan dasar sebelum ini demi kepentingan rakyat.

Tambahnya, beliau terlibat secara langsung ketika pentadbiran Khalid dan meletakkannya sebagai asas yang baik dalam pentadbirannya selepas ini.

"Sudah tentulah tanggungjawab saya untuk meneruskan dasar demi rakyat yang memberikan penekanan kepada soal pentadbiran yang adil dan memastikan kerajaan negeri ini benar-benar bersih dan bertanggungjawab menjaga rakyat Selangor," katanya.

DASAR CINA DAP HARAMJADAH BILA KUTUK ORANG LAIN BOLEH BILA KENA BATANG HIDUNG


Itulah ungkapan yang layak diberikan kepada seorang Cina DAP yang paling celaka. Selama ini dia sering mengutuk dan mengecam serta mendedah aib orang lain tetapi bila kena pada batang hidungnya dia mula mahu menyaman orang yang mendedahkannya hanya untuk menakut-nakutkan pengundi yang mendedahkan penyelewengannya.

Perlu diingat musuh utamanya adalah umno bukan MCA bukan Gerakan dan bukan mana-mana Persatuan Cina yang Pro-Kerajaan.....kenapa?

Selama ini umat Islam yang mengundinya telah ditanam dengan doktrin bahawa umno rasuah....umno parti perkauman, umno hidup mewah oleh itu jangan undi umno.....maka berduyun-duyunlah umat Islam menyokong cina DAP.

Bila ada pendedahkan beliau mempunyai rumah mewah ala white house dia mula mahu saman orang kononnya mengganggu privasi dia.....apakah dia selama ini tidak mengganggu privasi orang lain.

Beliau tidak menjawab persoalan dari mana datangnya sumber kewangan untuk membeli rumah yang bernilai jutaan ringgit tetapi beliau lebih memilih untuk menyaman sesiapa sahaja yang mendedah rumah mewahnya.

Sebelum ini pun satu pendedahan bahawa beliau dan Ngeh Kor Ham mempunyai tanah sebanyak 12,600 ekar di Relai Kelantan dan tindakan yang sama juga dibuat iaitu upah orang mencari orang yang mendedahkan penyelewengannya untuk disaman tetapi mengelak untuk menjawab dari mana sumber wang yang beliau perolehi untuk membeli tanah sebanyak itu.

Umat Islam khususnya orang Melayu sering ditipu kononnya semua pemimpin DAP bersih tiada rasuah, mereka adil, mereka hormat Agama Islam dan atas tiket inilah DAP bermaharajalela rakus memeiliki kekayaan.

Apa yang pasti cina celaka ini hanya mahu menakut-nakutkan orang Melayu agar jangan viralkan rumah mewah miliknya yang dia perolehi atas sokongan orang Melayu sendiri.

Wan Azizah mungkin dilantik Exco Kerajaan Negeri Selangor...Apa Apa Nak Jugak?


Sidang akhbar Azmin Ali selaku Menteri Besar yang baru angkat sumpah jawatan pagi Selasa tentu menarik perhatian.Ini kerana semua orang nak tahu sikit sebanyak apa rancangan awal beliau.

Antaranya tentulah mengenai ADUN Kajang Datuk Seri Wan Azizah Ismail yang ' melepas' jawatan Menteri Besar..

Dalam sidang akhbar di Istana Alam Shah Klang itu,Timbalan Presiden PKR itu tidak menolak kemungkinan bosnya,Presiden PKR itu dilantik sebagai ahli Exco Kerajaan Negeri.

Apapun katanya ini semua bergantung pada perbincangan beliau dengan pimpinan Pakatan Rakyat.

Katanya keputusan siapa Exco dalam pentabirannya akan dibuat Khamis ini manakala majlis angkat sumpah pada Jumaat ini.

Mengenai desas desus akan ada jawatan Timbalan Menteri Besar diwujudkan untuk diberi kepada ADUN PAS,Azmin menjelaskan soal itu tidak berbangkit setakat ini.

Mengenai empat EXCO PAS yang baru-baru ini  kekal dalam kerajaan pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ,Azmin berkata hal berkenaan juga akan dibincangkan.

Semasa pentabiran Khalid semuanya ada 10 orang Exco. Tiga dari PKR,tiga DAP dan empat PAS.

Speaker pula dari DAP manakala timbalan Speaker PKR. 

DAP 'U-Turn' Cabar Keputusan ROS...Bodoh Sombong Parti DAP ni


DAP hari ini mengambil keputusan untuk tidak meneruskan permohonan semakan kehakiman yang difailkan mereka terhadap Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk memaksanya supaya mengiktiraf pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) dalam Kongres Khas parti itu pada 29 September 2013.

Peguam Gobind Singh Deo yang mewakili parti itu memberitahu Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) KL, ini kerana ROS telah mengakui bahawa CEC yang telah dipilih itu boleh menjalankan kuasa dan tugas yang diberikan kepadanya mengikut perlembagaan DAP.

Hakim Datuk Zaleha Yusof sehubungan itu, membatalkan permohonan DAP tersebut.

DAP pada Februari lalu, mengemukakan permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi semakan kehakiman dalam usaha memaksa ROS mengiktiraf pemilihan CEC tersebut.

Parti tersebut mengadakan pemilihan semula CEC dalam Kongres Khas itu di sini pada tarikh tersebut selepas diarah berbuat demikian oleh ROS yang tidak mengiktiraf keputusan pemilihan pada 15 Disember 2012.

Pada 26 Mac lalu, Hakim Datuk Zaleha Yusof memberi kebenaran kepada DAP bagi memulakan satu permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan ROS tersebut. 

Tuesday, September 23, 2014

Krisis MB Selangor: Azmin Tidak Dapat Sokongan PKR - Tian Chua


Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali, yang dikatakan calon pilihan untuk dilantik sebagai Menteri Besar Selangor, tidak mendapat sokongan daripada partinya.
Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata tiada cubaan untuk berunding dengan parti untuk mengubah pendirian parti sekiranya Azmin atau mana-mana calon mendapat sokongan majoriti, yang merupakan kriteria utama dalam pelantikan menteri besar yang baharu.

"Kami agak tertanya-tanya sekiranya pihak istana memilih nama yang selain daripada calon yang telah dipilih oleh PKR dan parti komponen Pakatan Rakyat," katanya.
"Kriteria tunggal untuk calon menteri besar, perlu mendapat sokongan majoriti daripada ahli Dewan Undangan Negeri. Tidak kisah sama ada calon tersebut tidak mempunyai parti sekali pun," kata Chua.

Terdahulu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata parti tidak berganjak daripada keputusannya sebelum ini yang menamakan presiden parti Wan Azizah  sebagai calon tunggal menteri besar Selangor yang baharu.

Beliau petik sebagai berkata keputusan dan pendirian parti itu adalah atas kepercayaan mempertahankan Undang-Undang Tubuh Selangor dan sistem raja berpelembagaan.

Saifuddin turut menafikan laporan berita kononnya Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berkompromi dan memberi persetujuan secara lisan kepada calon lain sebagai menteri besar yang baharu.
Sementara itu, Bendahari Agung PKR, William Leong berkata parti itu juga tidak akan memberikan sokongan kepada mana-mana calon selain daripada Wan Azizah, yang juga isteri kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"PKR dan DAP tidak pernah memberikan nama calon lain," katanya.

Akhbar The Star pada Jumaat melaporkan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah berkenan menerima menghadap Azmin Ali, Iskandar Samad yang juga Adun Chempaka dan anggota Exco kerajaan Selangor daripada PAS Dr Ahmad Yunus Hairi yang juga Adun Sijangkang secara berasingan pada awal minggu ini.

Akhbar itu melaporkan pertemuan tersebut adalah bagi membolehkan baginda menilai kesesuaian masing-masing untuk memegang jawatan tertinggi dalam pentadbiran Selangor itu dan merupakan sebahagian daripada langkah-langkah akhir untuk memutuskan siapakah calon terbaik yang mampu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Selangor yang baharu akan diadakan pada Selasa ini di Istana Alam Shah, Klang pada pukul 10.30 pagi.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani pada Jumaat dilaporkan berkata nama menteri besar yang baharu akan diumumkan selewat-lewatnya pada Isnin bergantung kepada perkenan Sultan Sharafuddin. 

Dakwaan broker dan barua: Saari tuntut penjelasan Hadi


Saari Sungib hari ini menuntut Datuk Seri Abd Hadi Awang memberi penjelasan berhubung teguran keras Presiden PAS itu terhadap ADUN partinya yang menyokong PKR dalam isu menteri besar Selangor dengan menggelar mereka sebagai 'broker' dan 'barua'.

Malah, ADUN Hulu Kelang itu berkata jika benar dakwaan Hadi bahawa beliau telah dibeli, kepimpinan tertinggi parti itu perlu membawa perkara tersebut kepada pihak berwajib.

"Saya tak tahu apa maksud broker, barua, dicuri dan dibeli jadi PAS terpaksa jelaskan sebab sebelum ini tak pernah dengar saya ini broker atau barua dan dibeli. Dibeli ini adakah dengan cara jual beli pantun macam itu atau pun melibatkan wang ringgit?

"Kalau melibatkan wang ringgit ini kes besar, kes rasuah politik wang dan ia perlu dilaporkan kepada SPRM dan bukan setakat memberi teguran di muktamar tetapi kena melibatkan agensi yang membuat siasatan iaitu SPRM," tegasnya memberitahu Antarapos.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam membidas PKR sebagai mengkhianati tahaluf siyasi dan menyifatkan dua ADUN PAS di Selangor sebagai  “barua” kerana menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon MB negeri itu.

“(Mereka) curi wakil rakyat kita, beli wakil rakyat.  Inikah etika kita bertahaluf?,” kata Hadi merujuk kepada PKR.

“Kita (juga) tidak pandang ringan (dua ADUN PAS) yang sanggup menyeberang,  yang jadi broker, yang jadi barua,” kata presiden PAS itu dalam menggulung muktamar PAS ke 60 yang berakhir semalam.

Sehubungan itu, Saari yang dihubungi berkata beliau bersedia dikenakan tindakan disiplin termasuk dipecat keahlian parti.

"Kalau proses itu berlaku dengan adil dan terbukti kesalahan saya serta tidak layak lagi menjadi ahli PAS maka saya terimalah," ujarnya.