Followers

rantau ku sayang

Wednesday, September 24, 2014

Wan Azizah mungkin dilantik Exco Kerajaan Negeri Selangor...Apa Apa Nak Jugak?


Sidang akhbar Azmin Ali selaku Menteri Besar yang baru angkat sumpah jawatan pagi Selasa tentu menarik perhatian.Ini kerana semua orang nak tahu sikit sebanyak apa rancangan awal beliau.

Antaranya tentulah mengenai ADUN Kajang Datuk Seri Wan Azizah Ismail yang ' melepas' jawatan Menteri Besar..

Dalam sidang akhbar di Istana Alam Shah Klang itu,Timbalan Presiden PKR itu tidak menolak kemungkinan bosnya,Presiden PKR itu dilantik sebagai ahli Exco Kerajaan Negeri.

Apapun katanya ini semua bergantung pada perbincangan beliau dengan pimpinan Pakatan Rakyat.

Katanya keputusan siapa Exco dalam pentabirannya akan dibuat Khamis ini manakala majlis angkat sumpah pada Jumaat ini.

Mengenai desas desus akan ada jawatan Timbalan Menteri Besar diwujudkan untuk diberi kepada ADUN PAS,Azmin menjelaskan soal itu tidak berbangkit setakat ini.

Mengenai empat EXCO PAS yang baru-baru ini  kekal dalam kerajaan pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ,Azmin berkata hal berkenaan juga akan dibincangkan.

Semasa pentabiran Khalid semuanya ada 10 orang Exco. Tiga dari PKR,tiga DAP dan empat PAS.

Speaker pula dari DAP manakala timbalan Speaker PKR. 

No comments:

Post a Comment