LAHAD DATU 5 Mac - Ketua Polis negara mengesahkan sehingga kini pasukan keselamatan masih tidak menemui mayat ketua penceroboh, Raja Muda Azzumudie dan pimpinan lain dalam serangan udara yang dilancarkan ATM di Kg Tanduo pagi ini.
Setakat ini 20 orang pengganas Sulu telah terbunuh dalam serangan besar-besaran
oleh pasukan keselamatan negara dan mayatnya telah ditemui di sekitar Kg Tanduo,
Lahad Datu. (sumber: Utusan Online)
Ini bermakna sehingga kini
38 pengganas Sulu berjaya dibunuh termasuk 12 orang yang berjaya ditembak mati
semasa pertempuran pertama di Lahad Datu dan 6 orang lagi ditembak mati ketika
pertempuran kedua di Kpg Sri Jaya, Simunul, Sampoerna.
Menurut laporan
oleh Utusan Online juga, pihak keselamatan masih meneruskan usaha-usaha
penggeledahan bagi mencari saki baki pengganas yang masih hidup atau yang telah
terbunuh.
Sementara itu Ketua Polis Negara memberitahu setakat ini mayat
ketua kumpulan pengganas Sulu, Azzumudie Kiram, adik kepada Jamalul Kiram III
belum lagi ditemui.
Di pihak pasukan keselamatan negara, Alhamdulillah
tiada kecederaan atau kematian dilaporkan, InsyaAllah semoga ianya
berkekalan.
Sementara kita semua rakyat Malaysia menantikan
laporan-laporan mutakhir mengenai situasi semasa di Lahad Datu, eloklah teruskan
memanjatkan doa ke hadrat Illahi, mudah-mudahan segalanya berjalan lancar dan
insiden di Lahad Datu ini akan tamat jua akhirnya.
Bersatu teguh,
Bercerai Roboh…
No comments:
Post a Comment