Harakah akhbar tak malu dan ADUN pembangkang muka tak tahu melau mengakui projekkerajaa sebagai usaha mereka. |
Hari ini akhbar Harakah dengan muka tidak malunya menyiarkan satu rencana kononnya Pembangunan di Dun Pakatan Rakyat lebih baik seolah olah ADUN pembangkang yang mengusahakan pembangunan berkenaan.
Apakah mereka tidak merasa malu mengakui projek Barisan Nasional adalah atas usaha mereka ? ADUN Sikamat, Aminuddin Harun (KeADILan ) sungguh berbangga dengan projek Dewan Orang Ramai Taman Perwira yang hampir siap dibina oleh kerajaan Negeri Sembilan yang mana ia adalah projek janji ditepati oleh kerajaan Negeri Sembilan kepada rakyat di Sikamat.
Kerajaan pernah berjanji untuk membangunakan sebuah dewan orang ramai untuk kemudahan mereka. Selaku kerajaan yang perihatin dan menepati janji , hari ini bangunan itu hampir siap dibina.
Dewan ini telah diluluskan pembinaan sewaktu Perdana Menteri melawat Sikamat baru baru ini setelah permohonan dibuat oleh kerajaan Negeri Sembilan.
Aminuddin dengan muka tidak malunya berkata kononnya dialah yang memohon projek berkenaan pada tahun 2008 dan hari ini kerajaan BN terpaksa telah melaksanakan desakan beliau untuk membina sebuah Dewan untuk rakyat.
Aminuddin sebenarnya tidak ada melakukan apa apa pun untuk membangunnkan Sikamat tetapi hanya menyaksikan pembangunan begitu pesat dilakukan oleh kerajaaan Negeri. Beliau mengambil kesempatan ini mencanang kononya sejak dia menjadi ADUN di DUN Sikamat banyak pembangunan berskala besar telah dilaksanakan di DUN berkenaan.
Di Paroi pula , ADUN PAS sdr Taufek berkata, projek berskala besar seperti jenjatas di hadapan sekolah kebangsaan Paroi, klinik kesihatan Senawang, Masjid Al- Taqwa Kampung Paroi, Sekolah Kebangsaan Lavender Height disapakan dalam tempuh beliau menjadi ADUN Paroi.
Dengan muka tidak malu harakah menulis kononnya Taufik lah yang mendesak semua pembangunan ini didewan rakyat. Dia juga berkata bahawa dia mendesak agar sebuah persimpangan bertingkat dibina di simpang empat berlampu isyarat di -jalan Kuala Pilah - Senawang Lebuhraya Lekas kerana kesesakan lalu lintas disana.
Betulah cakap cakap rakyat yang sudah meluat dengan ADUN ADUN pembangkang ini bahawa mereka ini hanya pandai cakap saja.
Apa saja yang dibangunkan oleh kerajaan mereka akan mengambil kesempatan dalam ceramah untuk mengakui bahawa pembangunan itu adalah usaha mereka sedangkan kerja mereka hanyalah berceramah sepanjang penggal. Dalam ceramah mereka , mereka kutuk kerajaan tidak baik tidak adil tapi apabila kerajaan buat pembangunan untuk rakyat mereka mengakui itu adalah usaha mereka.
Rakyat bukan lah bodoh dan mereka sebenarnya tahu siapakah yang melakasana kan pembangunan dan siapakah yang menepati janji. Jangan lah berangan angan untuk berkuasa di Negeri Sembilan kerana silap silap PKR dan PAS akan hilang kerusi mereka pada PRU13 ini kerana janji janji manis mereka langsung tidak ditunaikan.
oleh : TepakBersulam
No comments:
Post a Comment