Kematian penyiasat persendirian kontroversi, P. Balasubramaniam secara tiba-tiba benar-benar mengejutkan ramai pihak semalam.
Di saat Pakatan Rakyat (PR) memerlukan Bala bagi merealisasikan
impian Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana
Menteri Malaysia, nampaknya, hasrat itu semakin sukar untuk dikecapi.
Ini kerana, segala rahsia dan cerita yang kononnya diketahui
sepenuhnya oleh Bala mengenai kematian dan kes pembunuhan model
Altantuya Sharibu dibawa bersama Bala ke dalam kubur.
Dalam sibuk umum bercerita mengenai kematian mengejut Bala,
Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham atau
mesra dikenali sebagai Chegubard telah membuat satu kenyataan yang amat
menggelikan hati.
Kata Chegubard, kematian Bala adalah kerana terkena sihir!
”Ada kawan-kawan sebut, ini angkara ilmu hitam. Saya tak tahu. Mereka
(musuh Balasubramaniam) boleh buat apa sahaja. Yang penting, kita
tawakal kepada Maha Pencipta,” katanya seperti dipetik menerusi portal
propembangkang, KeadilanDaily.com.
Persoalannya, siapakah yang telah menyihirkan Bala?
Walhal, pihak hospital sudah menyatakan dengan terang Bala mati kerana serangan jantung.
Jika diteliti rekod kesihatan Bala, penyiasat itu pernah dimasukkan
ke Pusat Perubatan Sime Darby –SDMC pada 5 Mac lalu kerana mengalami
serangan kecil sakit jantung.
Malah, kesihatan Bala juga tidak berapa baik sejak bergiat aktif
dalam memberikan ceramah-ceramah bersama-sama Parti Keadilan Rakyat
(PKR) di beberapa tempat seluruh Malaysia.
Jadi, wajarkah untuk Chegubard mengeluarkan kenyataan bahawasanya
Bala telah disihir kerana dirinya didengki dalam usaha untuk mendedahkan
dalang pembunuh Altantuya? Tidak masuk akal langsung!
Bala juga selalu mengadu kepada Chegubard dia sering sakit dada dan sukar untuk bernafas pada keadaan masa-masa tertentu.
Bedah siasat yang dijalankan malam tadi juga mengesahkan mendiang
telah meninggal dunia disebabkan serangan jantung, bukannya disebabkan
disihir.
Nampaknya, Chegubard perlu untuk ke hospital dan menjalani ujian
mental. Kerana, otaknya seperti tidak dapat berfikir dengan waras
disebabkan rasa kecewa Bala sudah tidak ada untuk meneruskan pembohongan
dan memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai
dalang kes pembunuhan itu.
Tidak hairanlah Chegubard sanggup mengeluarkan kenyataan Bala disihir
hingga mati kerana kematian mengejut itu dilihat telah merugikan ramai
pihak-pihak tertentu khususnya dari barisan pembangkang menjelang kempen
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Umum mengetahui, Bala adalah seorang penyiasat yang sentiasa memberikan keterangan yang bercanggah dari segala fakta.
Malah, Bala juga sering mereka-reka cerita dan setiap kata-kata yang dikeluarkan olehnya langsung tidak boleh dipercayai.
Tidak hairanlah, kematian Bala boleh dilihat sebagai hikmah di atas
segala pembohongan dan pendustaan yang dilakukannya hanya kerana
semata-mata mahu mendapatkan duit dan kepentingan diri sendiri.
Nampaknya, Bala sendiri termakan sumpahnya di mana dia kini tidak
lagi boleh berceramah, berbohong, menipu dan mereka-reka cerita.
Dan
Bala juga tidak lagi boleh melarikan diri keluar negara seperti mana
yang dilakukannya selepas mengeluarkan Akuan Bersumpah kedua dahulu.
Yang hanya boleh dilakukan oleh Bala, hanya duduk diam-diam di dalam kubur dan tidak dapat meneruskan lagi pembohongannya.
Di penghujung cerita tentang kematian Bala ini, pembangkang pastinya
menggunakan ‘Teori Konspirasi’ yang sama mereka lakukan setiap kali
tercetusnya satu-satu isu, iaitu, kematian Bala berpunca dari UMNO dan
Barisan Nasional.
Mungkin juga selepas ini, Chegubard akan mengeluarkan kenyataan ‘Bala Mati berpunca dari UMNO dan BN’ pula.
Sihir ni memang ada, menggunakan bantuan jin utk membunuh. Semua ni boleh brlaku dgn izin allah jua. Samada sihir dibuat @ tak itu kita tak mau tuduh. Jin memang gemar menyerang bhg yg kita lemah trutama jantung. Mcm santau dan sebagainya. Kembali pd allah minta perlindungan dgn allah.
ReplyDelete