Followers

rantau ku sayang

Sunday, June 2, 2013

GEMPAR!! : JAWAPAN KEPADA 'PERSONA NON GRATA' NURUL IZZAH TAK DIBENARKAN MASUK SABAH !!

Di bawah adalah penjelasan terperinci isu Nurul Izzah yang tidak dibenarkan masuk ke Sabah dan tindakan beliau yang bercadang mahu menyaman Ketua Menteri Sabah.


 Artikel itu menempelak Nurul Izzah supaya sedar diri dengan 'sekatan' berkenaan dan menyokong 'Autonomi Sabah' yang kononnya diperjuangkan dalam Buku Jingga yang dijadikan manifesto Pakatan Rakyat di Sabah semasa PRU-13 lalu!

Di antara artikel yang ditujukan khas kepada Nurul Izzah :

Oleh kerana hampir semua Ketua Menteri Sabah menggunakan kuasa autonomi mereka untuk menghalang Persona Non Grata; maka tidak ada hebat atau bezanya saudari jika dibandingkan dengan Peguam Kanan Sugumar Balakrishnan yang pernah dihalang daripada memasuki Sabah, sedangkan beliau mempunyai PR Sabah seperti saya dan puluhan ribu pemegang PR di Sabah yang tidak boleh membantah jika PR mereka dibatalkan kerana kuasa mutlak Ketua Menteri.

Tidak ada dinyatakan dalam mana-mana peraturan Ketua Menteri Sabah perlu memberi penjelasan atau mewartakan sebab musabah menahan 'Persona Non Grata' daripada memasuki Sabah kerana terletak di bawah bidang kuasa istimewa beliau; Pengarah Imigresen hanya melaksanakan tugas mengikut .undang-undang


Isu kuasa istimewa Ketua Menteri ini telah berlarutan sejak 1963 namun jarang dipedulikan oleh Ahli Politik Pembangkang, melainkan setelah mengalami 'gangguan emosi' dan merasa malu kerana dikategorikan sebagai 'Persona Non Grata'. 
Tindakan menyaman Ketua Menteri Sabah atau Kerajaan Negeri Sabah tidak memberikan sebarang maknakerana hak-hak khas Perlembagaan dibenarkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Saudari berkata disekat masuk ke Sabah di bawah Seksyen 67 Akta Imigresen 1959/63 dan akan mencabar keputusan menghalang itu di mahkamah; dan sepasukan peguam yang diketuai oleh Ahli Parlimen PKR Penampang, Darell Leiking sedang meneliti perkara itu dan kes itu akan difailkan di Kota Kinabalu, sebaik sahaja pasukan peguam itu sudah bersedia.

Namun saudari mungkin tidak sedar bahawa di dalam menjalankan kuasa-kuasa yang diberi kepada Kerajaan Negeri Sabah oleh Seksyen 65(1)(c) Akta tersebut, Kerajaan Negeri Sabah tidak perlu memberikan sebarang alasan.

Sebaliknya, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mengambil tindakan bijak kerana enggan mengulas tindakan halangan masuk terhadap saudari ke Sabah bagi membuktikan bahawa hak Imigresen adalah hak mutlak Sabah yang tidak perlu dipertikaikan oleh sesiapa pun.
Walaupun ramai pihak menyifatkan tindakan menghalang saudari memasuki Sabah sebagai “Penahanan Anti Demokratik”, namun dalam masa yang sama sewajarnya saudari bertolak ansur dengan 'sekatan' berkenaan dan menyokong 'Autonomi' sebagaimana yang diperjuangkan dalam 20 perkara dan Buku Jingga yang dijadikan manifesto Pakatan Rakyat di Sabah semasa PRU-13 lalu.

Apa Locus Standi saudari untuk menuntut kerajaan pimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman mengemukakan sebab-sebab kukuh mengapa larangan yang dikenakan terhadap saudari?; sekalipun secara fizikalnya saudari tidak mengancam keselamatan warga Sabah seperti 'Snipper' Wanita Pengganas Kiram.

Oleh kerana saudari bukan individu milik negeri Sabah (bukan rakyat Sabah), maka saudari tidak diberikan hak mencari nafkah di negeri Sabah atau masuk secara bebas 'menebeng' kepada paksi politik; termasuk mengembangkan pengaruh politik di Sabah
Jika Kerajaan Negeri Sabah mahu menghalang saudari, tidak ada siapa mampu menghalang Kerajaan Sabah memberikan status 'Persona Non Grata' kepada saudari; terutama ketika hebat berkempen PRU-13 lalu, namun insiden berkenaan tidak berlaku. 
Persoalannya, kenapa Musa Aman mesti melayan pertanyaan politik yang dibangkitkan saudari sedangkan kuasa Imigresen adalah kuasa mutlak Ketua Menteri Sabah yang terhad hanya untuk orang 'Malaya' atau 'Sarawak' yang ingin masuk ke Sabah; tetapi tidak mempunyai autonomi terhadap warga asing.

Oleh itu, kutukan bahawa Kerajaan Negeri gagal mengekang kemasukan 'Bala Tentera Syaitan Kiram' dan PATI tidak seharusnya dilontarkan terhadap kerajaan negeri; melainkan jika saudari dan 221 orang Ahli Parlimen Malaysia membawa usul untuk memberi kuasa autonomi kepada Sabah melalui Akta Imigresen berhubung warga asing, sejajar dengan statusnya sebagai sebagai sebuah 'Negara' pada 16 September 1963.

Mungkin agak keterlaluan jika saya katakan saudari hanya salah satu watak 'Wayang Kulit' kerana Pakatan Rakyat tidak ikhlas menyelesaikan isu PATI di Sabah dan saya terpaksa berjuang bersendirian membongkar segala kejalangan yang dilakukan dan direstui kesemua Ahli Parlimen Malaysia demi kejayaan perselingkuhan politik dan merancang 'kudita' setelah pilihanraya umum tidak menjadi medan tempur yang bermaruah.

Sejak 1999 saya tidak pernah gentar atau undur untuk memperjuangkan kedaulatan Sabah; termasuk bertegas untuk menghalang kemasukan 'Warga Malaya' secara tidak sah ke Sabah dan Warga Asing secara berkomplot oleh pihak berkuasa politik di Malaysia sehinggalah tertubuhnya RCI di Sabah.
Adalah mustahil, sebagai seorang Ahli Parlimen Malaysia dan warganegara Malaysia, saudari tidak menyedari wujudnya 'Kuasa Mutlak' Ketua Menteri Sabah yang WAJIB dilaksanakan oleh Pengarah Imigresen Sabah untuk menyekat kemasukan sebarang pergerakan rakyat Malaysia ke Sabah.

Anggapan saudari bahawa adalah tidak rasional dan menganggap tindakan sekatan ini merupakan salah guna kuasa yang melampau dan cukup anti-demokratik; hanyalah 'Gurauan Nakal' seorang Ahli Parlimen Muda yang tidak tahu menghormati 'Tuan Rumah'.

Sebagai 'Tuan Rumah' atau Ketua Menteri, Musa Aman tidak perlu memberikan sebarang penjelasan kerana Seksyen 67 Akta Imigresen 1959/63 sudah cukup jelas; malah tidak menghalang saudari menggunakan hak Perlembagaannya untuk memfailkan saman mencabar keputusan Kerajaan Negeri Sabah.

Sewajarnya mulai sekarang, saudari patut belajar menghormati Perlembagaan Negeri Sabah dan Perlembagaan Persekutuan sebelum berbahas di dalam Dewan Parlimen kerana orang bijaksana berbahas dengan minda dan bertingkah dengan tinta; bukannya demonstrasi atau membuat publisiti murahan seperti sekarang.


No comments:

Post a Comment