Followers

rantau ku sayang

Wednesday, June 12, 2013

Sebab Sebangsa, Teck Hwa Lepas Dari Hukuman..Cuba Kalau Bangsa Lain Dalam DAP?


Seperti yang dijangka, drama kononnya DAP akan mengambil tindakan disiplin terhadap Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa, hanyalah sekadar “wayang opera Cina” apabila tiada sebarang tindakan tegas diambil terhadapnya.

Setiausaha Publisiti DAP, Anthony Loke yang pada mulanya “garang” mahu mengambil tindakan terhadap Teck Hwa, tiba-tiba kendur mengatakan DAP memberi keampunan kepada Ahli Parlimen DAP itu setelah dia meminta maaf.

Teck Hwa hadir di program Taklimat Ahli-Ahli Majlis Dewan Rakyat Majlis Parlimen ke-13 di Parlimen semalam dan memberi alasan bahawa dia “tidak tahu” bahawa seluruh ahli parlimen pembangkang memboikot majlis tersebut.

Persoalannya, boleh terimakah alasan “tidak tahu” sedangkan semua ahli parlimen pembangkang yang lain tahu tentang agenda memboikot majlis tersebut, bukan? Logik akal alasan “tidak tahu” pada saya tidak dapat diterima akal…

Pada hemat saya, DAP sebenarnya enggan mengambil tindakan terhadap Teck Hwa memandangkan Ahli Parlimen Bakri itu sebangsa dengan Lim Kit Siang dan Guan Eng.

Hanya kerana dia berbangsa Cina, Teck Hwa dilepaskan dari sebarang hukuman atau tindakan disiplin lain dan hanya diberikan sekeping surat amaran yang tidak bermakna.

Saya yakin, sekiranya tindakan menghadiri majlis yang diboikot ahli parlimen Pakatan Haram itu dilakukan oleh mana-mana ahli parlimen DAP yang berbangsa India atau Melayu, nescaya dia akan dikenakan tindakan disiplin yang tegas.

Sebelum ini kita pernah melihat bagaimana beberapa pemimpin DAP berbangsa India dan Melayu yang dikenakan tindakan disiplin yang agak berat, malah ada dipecat dari parti hanya kerana meluahkan beberapa ketidakpuasan hati mereka terhadap pucuk pimpinan parti itu.

Bila dikatakan DAP mengamalkan semangat perkauman yang sangat tinggi dan mengutamakan kaum Cina di dalam parti mereka, pucuk pimpinan parti itu akan marah-marah dan menafikan sikap “chauvinis ultra kiasu” mereka itu.

Namun apa yang kita lihat dari setiap permainan politik DAP, kita dapat lihat dengan jelas bagaimana sayang dan tebalnya sifat rasis mereka yang melebih-lebihkan kaum Cina dalam pelbagai sudut.

Misalnya, kemelut pemilihan CEC di dalam DAP yang lalu menyaksikan “auta” pemimpin Cina DAP yang keterlaluan apabila keputusan pemilihan itu lebih didominasi oleh kaum Cina berbanding bangsa Melayu dan India.

Hanya seorang dua pemimpin India dan seorang “Melayu celup” yang “diredhai” menganggotai Jawatankuasa CEC DAP Pusat itu sehingga menimbulkan pelbagai persoalan tentang ketelusan dan integriti pemilihan tersebut.

Hasilnya, beberapa pemimpin DAP kaum India tampil meluahkan rasa tidak puas hati terhadap proses pemilihan parti itu. Pada mulanya ketidakpuasan hati itu diluahkan melalui saluran dalaman dan memandangkan suara mereka tidak dilayan, maka ia diluahkan secara terbuka melalui media.

Kerana mempersoalkan dan meminta penjelasan pucuk pimpinan parti, beberapa pemimpin India di dalam DAP dipecat dan disingkirkan begitu saja. Dan mungkin kerana terlalu marah, beberapa pemimpin lain turut meletak jawatan.

Namun DAP tetap menuduh UMNO sebagai parti rasis dan kononnya mengamalkan dasar perkauman di negara ini. Padahal, merekalah contoh terbaik sebuah parti yang berselindung di sebalik amalan perkauman yang sangat tebal di Malaysia.

Beberapa bekas pemimpin DAP seperti Tunku Aziz sedang giat mendedahkan perihal sifat perkauman yang ada pada DAP dan saya tertanya-tanya, apakah sukar sangat untuk menilai betapa kuatnya sifat “chauvinis ultra kiasu” yang ada pada DAP? Renunglah sendiri…

No comments:

Post a Comment