Followers

rantau ku sayang

Thursday, June 13, 2013

LETAK JAWATAN, ADAKAN PRK PARLIMEN PANDAN, KEMUDIAN BARU CERITA PASAL BOIKOT WAHAI RAFIZI 'GAY' RAMLI!!!


Ketiadaan bukti dan fakta bagi menyokong segala tuduhan yang dilemparkan, membuatkan kepala penipu, Anwar Ibrahim terpaksa memikirkan jalan lain bagi mengalihkan perhatian. BOIKOT Sidang Dewan Rakyat adalah salah satu daripada kaedah terbaik untuk mengalihkan perbincangan tentang penipuan yang telah dikantoikan!

Sekali lagi Rafizi Ramli ditugaskan untuk tujuan berkenaan….

Sesuatu yang amat menarik ialah, daripada pemboikotan yang dilakukan, adalah lebih baik sekiranya PKR membuktikan bahawa mereka bercakap benar dengan meminta Parlimen dan DUN setiap negeri membubarkan semua kemenangan yang telah kecapi. Adakan kembali pilihanraya di kesemua kerusi Parlimen dan DUN yang telah dimenangi oleh PKR serta DAP. Petisyen untuk kerusi-kerusi yang PKR dan DAP kalah semata-mata, hanya menunjukkan bahawa PKR dan DAP amat terdesak untuk menjadi Kerajaan Persekutuan dan mereka perlu bergantung harap kepada keputusan mahkamah di mana kebanyakan keputusan mahkamah seringkali berpihak kepada mereka kerana faktor HAKIM dan MAJISTRETnya!

Beranikah Rafizi Ramli mengutarakan cadangan tersebut? Mahukan PKR dan DAP melaksanakan perkara berkenaan? 

Kalau setakat boikot taklimat Ahli Parlimen dan kemudian boikot sidang Dewan Rakyat, ianya bukanlah perkara besar pun. Selama ini pun, memang pemboikotan dijalankan sama ada secara berterus-terang mahupun secara terselindung. Berjalan keluar dari sidang Dewan Rakyat, tidak membawa agenda masyarakat dan rakyat yang diwakili, mahupun tidak hadir persidangan, sudah menjadi perkara biasa. Kerja-kerja politik yang berterusan di dalam sidang Dewan Rakyat juga boleh dianggap sebagai satu pemboikotan. 

Justeru, adalah lebih baik sekiranya, pemboikotan tersebut disusuli dengan desakan agar kemenangan mereka dibatalkan dan pilihanraya diadakan sekali lagi. Dan kalau itulah yang dilakukan, maka sewajarnya selepas itu, UMNO dan Barisan Nasional pula melakukan perkara yang sama....

No comments:

Post a Comment