Followers

rantau ku sayang

Wednesday, June 12, 2013

Hairie Othman Menyesal Masuk PAS

Bekas pelakon yang menyertai PAS, Hairie Othman meluahkan rasa kecewanya apabila dirinya tidak dipedulikan lagi apabila selesai Pilihan Raya Umum Ke-13 5 Mei lalu. 

Beliau yang dihubungi mengaku sudah sebulan tidak menerima apa-apa panggilan atau jemputan ceramah dari mana-mana pihak dalam Pakatan Rakyat. 

"Tidak ada jemputan bermakna saya tidak ada pendapatan," ujarnya dengan nada kesal.

Sebagai ketua keluarga, Hairie berkata dia mempunyai tanggungjawab memberi nafkah kepada anak-anak dan isteri seperti membeli keperluan dapur bayar ansuran kereta dan sebagainya.

Sejak menyertai PAS, Hairie meninggalkan bidang lakonan yang menjadi sumber pendapatan selama ini kerana memberi tumpuan membantu pakatan rakyat menghadapi PRU 13. 

Hairie mengaku tidak menang tangan dibawa menjelajah ke seluruh pelosok tanah air membantu ceramah Pakatan Rakyat dan pendapatannya ketika itu mampu menyara keluarga.

Saya pelik sebaik selesai PRU 13, Pakatan Rakyat tidak lagi hubungi saya, padahal mereka diberi mandat memerintah , Kelantan, selangor dan Pulau pinang,''ujarnya. 

Hero leftenan Adnan itu berkata, dia tidak boleh berterusan begini sebaliknya perlu melakukan sesuatu demi kelangsungan hidup keluarganya.

Saya berharap kerajaan Pakatan rakyat perlu mengotakan segala janjinya sepanjang berkempen dahulu untuk membantu rakyat dan memberi peluang pekerjaan kepada saya mengedalikan apa jua program kerajaan di Selangor,''ujarnya.

Senang cerita, kata Hairie ,kerajaan Pakatan Rakyat perlu beri beliau peluang menjalankan apa-apa projek seperti tander potong rumput atau apa saja kerja yang boleh mendatangkan punca pendapatan.

Menurut Hairie ,beliau mengambil keputusan menyertai PAS kerana amat yakin Pakatan Rakyat mempu menumbangkan Barisan Nasional pada PRU13 lalu.

Namun tidak berlaku seperti mana dijangkakan. BN masih diberi mandat memerintah.


Sejak menjadi penceramah tetap pakatan rakyat Hairie seolah-olah disenarai hitamkan dalam bidang seni dan sejak itu beliau tidak terima sebarang tawaran berlakon dari mana-mana penerbit.

Beliau sanggup mengambil risiko meninggalkan bidang seni yang menjadi sumber pendapatannya selama ini kerana yakin dengan kekuatan PAS dan Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pentadbiran kerajaan Persekutuan.

"Sangkaan saya meleset sama sekali,BN masih diterima rakyat pada PRU13 lalu.

Harapan saya cuma minta kerajaan Pakatan Rakyat berikan sesuatu job pada saya,''ujarnya.

Hairie mula berkempen membantu jentera pilihanraya Pakatan Rakyat sebaik menyertai PAS pada 2011 dan kemuncaknya pada kempen PRU13beliau diberi tugasan berceramah empat kali sehari.

Sebagai aktivis Pakatan, saya di hantar berceramah dan berkempen di seluruh negara bagi membantu calon Pakatan Rakyat, tidak kira PAS, DAP atau PKR. Saya berkempen dua tempat pada waktu siang dan dua tempat pada waktu malam, berlarutan sehingga ke pagi,''ujarnya.

Katanya,sewaktu berkempen beliau tidak mendapat tidur secukupnya demi membantu kemenangan calon Pakatan Rakyat.

Tetapi apabila mereka sudah menang dan berjaya membentuk tiga kerajaan negeri di Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang, diri saya seolah-olah tidak dipedulikan lagi,''keluhnya.

Secara sinis Hairie berkata,siapalah dirinya, hanya aktivis Pakatan sahaja,bukanya wakil ADUN atau wakil Ahli Parlimen.

Sebab itulah saya tidak dipedulikan,''katanya yang terasa seperti dipergunakan untuk meraih sokongan pengundi bagi kemenangan Pakatan Rakyat.

No comments:

Post a Comment