Followers

rantau ku sayang

Tuesday, June 4, 2013

Sampai Bila Kita Nak Jadi Pengecut Dengan Pakatan Haram??

Dengar baik-baik ya apa aku nak cakap ni wahai pembaca sekalian. Aku nak bagitau korang satu perkara yang sangat penting. Ini pasal kekuatan UMNO, harus diingat UMNO menang lebih besar kali ini berbanding pada tahun 2008.

Ini adalah hakikat dan tiada siapa pun boleh sangkal! UMNO menang 88 kerusi berbanding Pakatan yang menang 89 kerusi. Yang bangsat dan gagal adalah parti komponen dalam BN. MCA dan Gerakan adalah parti paling teruk kalah dalam PRU yang lepas ni.

Kalau tanya aku, elok saja MCA dan Gerakan dibubarkan! MIC pun boleh la, tak le hebat mana pun. Sabah dan Sarawak memang power! Makanya UMNO memang kuat dan UMNO menang dengan jayanya. Tetapi kenapa aku dan kengkawan aku menghentam War Room yang dinintangi oleh ALIES BUKAN LEVEL AKU ANOR, OMAR ONG, OSMAN RAZAK` dan lain-lain lagi.?

Sebabnya kalau mereka ni tak tunjuk pandai dan degil, makanya UMNO boleh menang lagi besar. Tapi sebab mereka ni jenis `PUNAISIHAT `dan CON`SULTAN yang pandai menipu akhirnya terbukti mereka gagal, bab nak mengampu Cina bagai na gila pun idea mereka juga.

Tapi aku bukan nak cerita bab itu sekarang. Aku nak cerita pasal keputusan yang sangat mengejutkan yang dibuat oleh PM pasal SPR, maaf la ya aku sangat sayangkan PM Najib. Aku cuma nak bertanya kenapa dibuat keputusan sebegini? Aku terpanggil nak tulis pasal ni sebab aku terbaca satu komen dalam blog aku, begini bunyinya:

Dah sampai macam ni orang komen, sakit hati juga aku baca, tapi nak buat macamana ini adalah komen individu yang sangat tidak puashati dengan keputusan-keuptusan yang dimabil sejak kebelakangan ini. Aku boleh diamkan saja, tapi disebabkan aku sayangkan PM Najib, maka aku terpaksa menyuarakan pendapat rakyat kat sini.

Persoalannya sekarang kenapa perlu kita tunduk pada semua permintaan Pakatan haram ni? Tidak cukupkah kita selama ini melayan mereka dengan segala macam kemahuan mereka? Ambiga mintak macam-macam untuk Pilihanraya, SPR bagi lepas tu dia tak puashati lagi, contohnya dakwat kekal mereka mintak pastu mereka juga kata dakwat tu tak betul!

Pakatan ni apa saja kita ikut kehendak mereka pastinya mereka tak akan puashati punya. Bila PM kata letakkan SPR dibawah Parlimen, maka mula pemimpin Pakatan kata memang sah SPR ni ada masalah. Seolah-olah pada pandangan mereka memang ada something wrong dengan SPR.

Apa yang pasti SPR adalah dibawah Yang Dipertuan Agong dan sebaik-baiknya jangalh diusik. Mereka disana bukan nak sokong mana-mana arti. Mereka hanya menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Yang Dipertuan Agong.

Kenapa kita perlu tunduk pada kemahuan Anwar and the gang? Biar la mereka melalak yang pastinya kita jangan termakan hasutan mereka, kerana kalau diikut pun mereka tetap tidak berpuashati dan terus-terusan mencari isu yang kadang-kadang tu tak masuk akal.

Aku mahu PM Najib terus terajui negara tercinta ini tetapi PM wajib kena bersihkan Punaisihat dan Con'sultan yang memberi pandangan yang tak masuk akal dan merosakkan diri. Kami sayangkan PM, kami mahu PM look forward dan berhenti meratapi nasib kerana Cina tidak bersama.

Ini bukan Tsunami Cina tapi ini adalah kebangkitan Melayu Bumiputra yang mahu negara tersu kekal aman damai! Ayuh PM ku yang kusayangi, bangkitlah kamu dan kemudilah negara ini untuk menjadi negara maju menjelang 2020! Kami bersamamu.

Bantu mereka yang telah membantu kamu wahai PM yang kusayangi. Jangalah dilayan kaum yang tak sedar diri ni. Dengarlah rintihan kami yang mahukan perubahan. Kami mahu orang Melayu dan Bumiputra dibela. Sudah tiba masanya kita kena ada pendirian sendiri.

Biarlah SPR dibawah Tuanku Yang Dipertuan Agong!

Ikhlas,

House PK

No comments:

Post a Comment