Blog Puteri UMNO kata Aspan Alias mental , siap bagi flying kick lagi dekat penulis blog DAP ini. Tidak dapat lagi , malahan Aspan sendiri tidak lagi berselindung bahawa dia kini ahli DAP Melayu Negeri Sembilan yang mengharap untuk bertanding dibawah tiket DAP Negeri Sembilan.
Baguslah kalau Aspan juga tidak lagi berselindung sekurang kurangnya orang tidak lah memburukkan UMNO mengatakan bloggers Pro BN kini berpihak dan menyokong DAP. Anak anak kampung tengah juga sudah mula melihat jejak jejak saudara mara terdekat Aspan dalam UMNO yang khabarnya sedang diintai juga dalam isu pemberian wang. Pemberian wang apa , tak apa kita simpan dulu cerita ini. saban hari saban banyak blog blog yang mempertikaikan tulisan Aspan dan banyak yang kini menerima Aspan sebagai penulis Blog Melayu DAP.
Ada dari bloggers ini berkata , sekarang baru mereka tahu kenapa Aspan duk lanyak MB Negeri Sembilan. Kesannya pembangkang...... pembangkang memanglah kerja mereka memfitnah tidfak lai dari fitnah, Tenguk Che Gu Bard kita sudah tahu.....
Sumber: GTP
Sunday, September 11, 2011
Saturday, September 10, 2011
Sambutan Ulang tahun ke-3 “Kabinet 16 Sept” Datuk Seri Anwar Ibrahim? Kehkehkehhhh!!!!
![]() |
Bekas Naib Ketua Pemuda PKR, Zahid Mat Arip berkata cubaan Anwar bersama kabinet 16 Septembernya pada waktu itu menunjukkan kepada umum bagaimana rakus dan tidak bertanggungjawabnya Ketua Umum PKR itu untuk mendapatkan kuasa.
Menurut beliau kabinet 16 Sept yang hari ini tinggal kenangan dan diyakini akan menjadi lipatan sejarah buat selama-lamanya kepada Anwar dan sekutu pembangkang lain yang sehingga ke hari ini masih termimpikan Putrajaya.
“Dalam pada kita menyambut hari kebangsaan dan hari Malaysia pada 16 Sept ini, janganlah kita lupa kepada kabinet 16 Sept Anwar yang dicanang di seluruh dunia. Tarikh itu kena ingat kerana ianya merupakan cubaan untuk menjajah pemikiran kita semula.
“Alhamdulillah…setelah sekian lama kita bebas daripada penjajahan, rupa-rupanya masih ada lagi segelintir manusia yang berhati busuk cuba menjajah pemikiran kita rakyat Malaysia. Biarlah kabinet 16 Sept itu terus terpahat bersama Anwar,” katanya.
Tahun ini merupakan “ulangtahun ketiga kabinet 16 Sept” Anwar apabila beliau mencanangkan seluruh ceruk negara dan dunia bahawa pada tarikh tersebut sejurus pilihan raya umum pada 2008 yang lalu bahawa beliau bersama kuncu-kuncunya akan mengambil alih Putrajaya.
Mengulas lebih lanjut, Zahid seterusnya mengucapkan ”tahniah” kepada rakan-rakannya di dalam pakatan pembangkang yang masih setia menjadi pencacai dan pengampu kepada manusia hipokrit yang bernama Anwar Ibrahim.
Ini kerana katanya sungguhpun ditipu dalam peristiwa 16 Sept lalu, mereka masih taat dan sanggup menjaid pak turut kepada Anwar yang hanya mementingkan nawaitu untuk menjadi Perdana Menteri.
“Bayangkan pada tarikh yang dianggap keramat oleh puak-puak pembangkang pada waktu itu, sudah ada yang tempah ‘bush jacket’ dan sebagainya kerana gara-gara ditawarkan sebagai anggota jemaah kabinet 16 Sept.
“Almaklumlah…..dikatakan sudah mendapat perkenaan Yang Dipertuan Agong dan Panglima Tentera bersama mereka……..Alahai kesiannya,” kata beliau.
Sumber - Media UMNO
Friday, September 9, 2011
Jang perlu terus rentak cemerlang
SEKALIPUN memiliki kelebihan, ketua jurulatih Negeri Sembilan, Mohd Azraai Khor Abdullah tidak mahu anak buahnya dibuai keyakinan ketika melayani kunjungan Sime Darby pada perlawanan Piala Malaysia Kumpulan B di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam esok.
Baginya, kemenangan ke atas PKNS Selasa lalu, perlu diteruskan dan pemain perlu berhati-hati supaya tidak mudah terperangkap taktik lawan yang berhasrat untuk bangkit selepas tewas kepada Terengganu.
Menurutnya, pemain perlu sentiasa fokus terhadap saingan yang masih di peringkat awal bagi menambah mata dan seterusnya melangkah lebih jauh dalam misi merebut kejuaraan musim ini, tercapai.
“Saya sudah ingatkan pemain supaya tidak terlalu ghairah untuk menewaskan lawan kerana bimbang ia akan memerangkap diri sendiri, sebaliknya mereka diminta lebih berhati-hati kerana Sime Darby sudah pasti akan berusaha keras untuk menang.
“Namun begitu, kita sudah bersedia untuk berdepan pihak lawan dan berharap pemain mengekalkan disiplin serta semangat berpasukan dengan tidak mensia-siakan setiap peluang menjaringkan gol,” katanya semalam.
Menurut Azraai, beliau tidak akan melakukan banyak perubahan dalam kesebelasan utama kecuali mempertaruhkan Mohd Farizal Harun di benteng terakhir selepas Mohd Farizal Marlias terpaksa diketepikan kerana menerima kad merah.
Malah katanya, kedudukan barisan depan juga dikekalkan membabitkan gandingan Hairuddin Omar dan Mohd Firdaus Azizul yang menunjukkan persembahan membanggakan ketika menang ke atas PKNS, 2-1.
“Sementara itu, kedudukan Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak akan ditentukan juga apabila dia kini sudah cergas selepas demam,” katanya.
Wednesday, September 7, 2011
Mat Indera Ketua Rejimen ke-10 yang kejam..Baca sini!
Ahmad Indera atau Mat Indera yang terlibat dengan gerakan menentang penjajah ketika negara diperintah oleh British, bukan seorang pejuang kemerdekaan sebaliknya pengganas yang kejam dan zalim.
Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman berkata lagi, berdasarkan fakta sejarah peristiwa Bukit Kepong, Mat Indera adalah anggota Parti Komunis Malaya (PKM) dengan sebagai Ketua Rejimen ke-10 yang kejam dan zalim serta mengancam keselamatan orang awam pada ketika itu.
"Apabila British menguatkuasakan undang-undang darurat pada 19 Jun 1948 di Tanah Melayu, semua parti politik berhaluan kiri seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Angkatan Pemuda Insaf (API) dan PKM telah diharamkan.
"Oleh itu, ramai anggota gerakan berhaluan kiri memilih tindakan sama ada berdiam diri, melarikan diri ke Singapura, bersatu dengan militan PKM atau meneruskan hasrat berjuang atas landasan lain termasuk menyertai Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).
Bagaimanapun, Mat Indera telah memilih untuk menjadi anggota gerakan komunis militan dan ganas dalam gerakan penentangan bersenjata PKM terhadap pentadbiran British,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan Johor di sini hari ini.
Abdul Ghani berkata demikian bagi mengulas tindakan Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu, yang dengan yakin mempertahankan kenyataannya (Mat Sabu) bahawa Mat Indera dan pengganas komunis dalam peristiwa berdarah di Balai Polis Bukit Kepong adalah pejuang kemerdekaan sebenar.
Sumber - Bernama
Tuesday, September 6, 2011
Jahanamlah Pakatan Pembangkang dengan mulut longkang Mat Sabu.
Semakin ramai nampaknya ahlul-ahlul Pakatan yang menyokong pendirian
Mat Sabu 121 yang menyokong komunis. Dan ramai jugak nampaknya yang
tuduh kerajaan ubah sejarah kononnya melupakan pejuang-pejuang
kemerdekaan yang sebenar.
Inilah yang Mat Sabu mau sebenarnya. Dia sengaja bangkitkan isu
komunis ni sebab nak balas dendam terhadap pihak Polis yang langgar dia
semasa perhimpunan Bersih 2.0. Jadi, dia nak semua rakyat benci dan
marah terhadap pasukan keselamatan dalam negara.
Tak pasal-pasal kesemua pejuang kemerdekaan dulu dikaitkan sekali
semata-mata nak puaskan hati Mat Sabu ni. Nak cover malu punya pasal..,
komunis pun sanggup Mat Sabu angkat sebagai pejuang memerdekakan
tanahair kononnya.
Dua tiga hari lepas, Spy terbaca kenyataan Samsul AMK pasal sokongan
dia terhadap Mat Sabu. Siap dengan suruh generasi muda tak kibarkan
bendera negara pasal kerajaan UMNO/BN dah ubah sejarah kemerdekaan
katanya.
Hari ni Spy baca pulak kenyataan Chegu Bard yang ucapkan tahniah pada
Mat Sabu pasal berani melawan kerajaan. Kata Chegu Bard, Mat Sabu telah
berjaya ubah persepsi anak-anak muda terhadap fakta sejarah kemerdekaan
yang sebenarnya.
Betul ke anak-anak muda dan rakyat bersetuju dengan Mat Sabu yang
memperjuangkan komunis? Apa yang Spy nampak, Mat Sabu hanya membuatkan
rakyat Malaysia makin meluat dengan Pas serta Pakatan dalam isu ni.
Spy yakin, PRU akan datang, jangan mimpilah Pas dan Pakatan nak dapat
undi dari anggota keselamatan macam Polis dan Tentera. Ni termasuklah
anak cucu serta waris pejuang-pejuang kemerdekaan negara. Tobat Lahum
mereka-mereka ni nak bagi undi pada Pas.
Dan Spy rasa, lagi banyak pemimpin Pakatan yang buat kenyataan sokong
Mat Sabu, lagi banyak lah rakyat yang akan tolak Pakatan di PRU depan.
Isu komunis ni memang benar-benar menguntungkan UMNO/BN. Nampak sangat
bodohnya Mat Sabu dan pemimpin-pemimpin Pakatan ni kann..
Sebab tu lah wakil-wakil DAP semua menikus dengan isu yang Mat Sabu
bawak ni. Mereka tau yang rakyat mesti marah pasal rakyat bukannya buta
sejarah macam Mat Sabu. Dan DAP tau.., lagi banyak isu ni dimainkan,
lagi hilang sokongan rakyat pada mereka.
Sebab tu lah Karpal Singh marah sangat kat Mat Sabu sampaikan dia
suruh Mat Sabu tarik balik kenyataan berkenaan isu komunis di Bukit
Kepong tu..
Tapi yang jadi masalahnya, penyokong dan pengikut Pas serta PKR
bukannya ada otak. Mereka tak tau sebenarnya isu sokongan pada komunis
ni bukan saja buat orang melayu marah..
Tapi cina dengan india pun marah jugak sebab mereka-mereka tu pun tak
terkecuali dari rasa macam mana peritnya kekejaman komunis.
Jadi, sekarang ni Pakatan berada dalam keadaan yang amat nazak dan
tenat disebabkan mulut longkang Mat Sabu. Tak payah lah ahlul-ahlul PAS
dan PKR nak pusing macam mana pun untuk salahkan UMNO.. Sebab sekarang
ni zaman dah maju.. Bukti video ucapan Mat Sabu terang-terang sokong
komunis..
Tunggu lah saja masa PRU13 nanti.. Pakatan akan kalah teruk disetiap
kerusi yang mereka tandingi terutamanya Pas dan PKR. Hanya rakyat
Malaysia yang bodoh saja akan bagi undi pada geng-geng penyokong fahaman
komunis tu nanti..
Sumber: mykmu.net
Monday, September 5, 2011
NORAMFAIZUL MATI SYAHID... Saksi video pengkebumiannya..
Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut menyifatkan
kematian Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor sebagai mati syahid akhirat
kerana terkorban ketika bertugas dalam misi menghapuskan kejahilan,
kemiskinan dan penyakit yang melanda Somalia.
Beliau berkata, mati syahid terdiri daripada tiga bahagian iaitu mati syahid dunia, mati syahid akhirat dan mati syahid dunia akhirat.
“Syahid dunia menjurus kepada peperangan kerana dunia, syahid akhirat pula merujuk kepada kematian yang disebabkan penyakit berbahaya seperti wabak taun atau ditembak, manakala pejuang yang mati disebabkan perang bagi mempertahankan agama Islam pula dianggap mati syahid dunia akhirat.
“Dalam kejadian menimpa arwah, pahala kematiannya insya-Allah syahid akhirat, namun urusan pengebumiannya masih perlu melalui proses sama seperti jenazah lain iaitu dimandikan, dikafankan, disembahyangkan dan akhir sekali dikebumikan di tanah perkuburan,” katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam.
Beliau berkata, pemergian Allahyarham boleh diibaratkan sebagai sesuatu yang patut dikenang oleh semua lapisan masyarakat di negara ini.
Noh juga menyeru orang ramai melakukan solat jenazah ghaib terhadap Allahyarham sebagai menghargai pengorbanan beliau sepanjang menjalankan tugasannya.
Al-Fatihah buat Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor... Amin.
Sumber: N9kini.com
Beliau berkata, mati syahid terdiri daripada tiga bahagian iaitu mati syahid dunia, mati syahid akhirat dan mati syahid dunia akhirat.
“Syahid dunia menjurus kepada peperangan kerana dunia, syahid akhirat pula merujuk kepada kematian yang disebabkan penyakit berbahaya seperti wabak taun atau ditembak, manakala pejuang yang mati disebabkan perang bagi mempertahankan agama Islam pula dianggap mati syahid dunia akhirat.
“Dalam kejadian menimpa arwah, pahala kematiannya insya-Allah syahid akhirat, namun urusan pengebumiannya masih perlu melalui proses sama seperti jenazah lain iaitu dimandikan, dikafankan, disembahyangkan dan akhir sekali dikebumikan di tanah perkuburan,” katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam.
Beliau berkata, pemergian Allahyarham boleh diibaratkan sebagai sesuatu yang patut dikenang oleh semua lapisan masyarakat di negara ini.
Noh juga menyeru orang ramai melakukan solat jenazah ghaib terhadap Allahyarham sebagai menghargai pengorbanan beliau sepanjang menjalankan tugasannya.
Al-Fatihah buat Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor... Amin.
Sumber: N9kini.com
Latheefa Koya cuba politikkan kematian Arwah Noramfaizul..

Disaat semua pihak bersimpati pada kematian jurugambar BernamaTV, Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, muncul kenyataan tanpa diundang dari pemimpin PKR yang cuba mempolitikkan kematian arwah.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Latheefa Koya didalam Twitternya telah menyifatkan kematian Arwah Noramfaizul sebagai satu hipokrasi UMNO. Pemimpin PKR ini tanpa segan silu menyalahkan UMNO diatas kematian jurugambar tersebut.
Inilah yang kita katakan sebagai tak berperikemanusiaan dan juga berhati binatang. Kenapa harus dipolitikkan kematian arwah sedangkan banyak lagi isu yang boleh Latheefa Koya ini mainkan untuk mencari mileage politik didalam negara?
Kalau sampai kematian pun jadi modal untuk berpolitik, cuba bayangkan apa lagi perkara diluar imaginasi yang sanggup puak-puak ini mainkan demi survival parti mereka demi untuk menjatuhkan kepimpinan kerajaan?
Baru-baru ini kita semua dikejutkan dengan tindakan Timbalan Presiden PAS Mat Sabu yang cuba mengubah sejarah kemerdekaan negara. Mat Sabu cuba mengangkat komunis yang zalim dan kejam terhadap rakyat sekitar tahun 1940-1980 sebagai pejuang sebenar kemerdekaan.
Kini muncul pula Latheefa Koya yang menuduh misi bantuan kemanusiaan dari Kerajaan Malaysia ke Somalia sebagai satu kaedah hipokrasi sehingga mengorbankan nyawa. Apakah kini puak-puak Pakatan sudah hilang akal didalam mencari modal berpolitik?

Apakah ini saja yang mampu pemimpin-pemimpin utama Pakatan lakukan didalam mencari sokongan rakyat terhadap perjuangan mereka? Inikah kualiti pemimpin yang dikatakan mampu membawa Malaysia menjadi lebih baik seandainya mereka menang di PRU akan datang?
Cuba kita bayangkan, bagaimana perasaan ibu, ayah dan juga keluarga Arwah Noramfaizul apabila mengetahui ada pemimpin Pakatan yang cuba meraih populariti murahan dengan mempolitikkan kematian arwah. Sudah tentu kena cili mulut Latheefa Koya.
Dan jika benar Latheefa Koya benar-benar berani, sanggup tak dia bercakap sendiri di depan keluarga Arwah Noramfaizul sepertimana apa yang dia tulis dalam Twitternya? Kalau setakat berani dalam Twitter dan dikalangan penyokong sendiri, jangan bermimpilah nak jadi pemimpin.
Jika sikap seperti Latheefa Koya dan juga Mat Sabu ini dianggap sebagai terpuji dan bagus untuk melayakkan mereka menjadi pemimpin yang hebat, memang bodohlah puak-puak PAS dan PKR yang siang malam memuja mereka. Memang terbukti bahawa ahli-ahli serta penyokong Pakatan tak tahu untuk memilih pemimpin!!
Subscribe to:
Posts (Atom)





