Followers

rantau ku sayang

Thursday, January 10, 2013

Ucapan MB dan TPM di malam Gelombang Biru

Benarkah Kereta Mewah Ini Milik Sultan Kelantan ?

Benarkah seperti yang didakwa bahawa kereta mewah yang mahal ini milik Sultan Kelantan? Gambar ini MI ambil dari medium Facebook yang sedang hangat disebarkan bukan bersifat negatif tapi sekadar sebuah persoalan yang berlegar dalam kepala rakyat Kelantan.
 
Semua orang tahu bahawa Sultan Kelantan kini amat zuhud hidupnya, bercampur dengan rakyat semua peringkat dan banyak protol istana sudah ‘tidak bersamanya’ lagi.
 
Kalau dilihat dari segi pemakaian Sultan Kelantan ketika Baginda turun padang bertemu rakyat samada program lawatan kerja atau ke masjid dan surau, Baginda dilihat amat “sempoi”.
 
 
Apa pandangan ikhlas YB Nizar mantan MB Perak ?

Monday, January 7, 2013

Politik Lucu DAPig, Lim Guan Eng di saran balik ke sekolah Tadika untuk belajar mengenal huruf


Zainal Abidin: Politik lucu DAP
Zainal Abidin menyampaikan Diploma kepada pelajar pengurusan Kolej Island Teknologi, pada majlis konvokesyen kolej itu yang ke-12, semalam.
GEORGETOWN - DAP yang merupakan satu daripada tiga parti pembangkang utama negara, didakwa bermain politik secara lucu, selepas mengakui kesilapan teknikal dalam pengiraan lebih 500 undi pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP Kebangsaan, bulan lalu.

Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman mengakui memang lumrah manusia melakukan kesilapan tetapi persoalannya adalah mengenai perbezaan jumlah undi yang agak besar, iaitu 500 undi.

“Saya tidak dapat terima perbezaan membabitkan angka begitu besar. Ia seolah-olah ‘silap mata’ di mana seorang ahli, pada awalnya berada pada tempat sekitar 30, tetapi secara tiba-tiba boleh melonjak ke tangga 20.

“Saya tidak pasti, adakah pertambahan ini, hanya semata-mata untuk memuaskan hati sebahagian ahli DAP Melayu,” katanya, ketika ditemui pada Majlis Konvokesyen Kolej Island Teknologi, di Hotel Eastin, di sini, semalam.

Zainal Abidin berkata, beliau sendiri terkejut dengan pengumuman DAP bahawa berlaku kesilapan dalam pengiraan undi semasa pemilihan parti itu yang sekali gus mengembalikan wakil Melayu dalam CEC.

“Sejak DAP ditubuhkan, ahlinya suka mencari kesilapan orang lain, kini parti mereka sendiri melakukan kesalahan.

“Baru dengan undi melibatkan 2,000 orang, DAP tidak dapat menguruskan pengiraan yang tepat. Tidak tahu, macam mana hendak memberikan kepercayaan kepada DAP untuk menguruskan angka-angka melibatkan bilion.

“Dalam hal ini, saya cukup yakin, hanya dengan sebuah kerajaan yang berpengalaman sahaja dapat mentadbir negara ini dengan sistematik,” katanya.

Kelmarin, Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh dalam sidang akhbar di sini, mengakui kesilapan pengiraan undi dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP bulan lalu adalah sesuatu yang memalukan namun ia adalah kesilapan manusia yang tidak disengajakan.

Katanya lagi, ia adalah kesilapan pertama dalam sejarah DAP yang tidak boleh dielakkan tapi boleh diperjelaskan.

Chegu Bard Marah Tiada Ahli Melayu Dalam MCA Atau MIC..! : otak lembu Bard ni !!

CheguBard bodo
Marah benar Chegu Bard semalam bila TV3 melaporkan tentang “kesilapan teknikal” pada sistem undi Jawatankuasa Eksekutif DAP Kebangsaan (CEC) di mana tiada seorang pun yang terpilih itu bebangsa Melayu tulen. 

Meroyan di laman Twitter, Chegu Bard meluahkan ketidakpuasan hatinya mempertikaikan laporan tersebut yang mengatakan tiada seorang Melayu pun yang menang melainkan secara “ehsan” yang dilantik sahaja. 

Chegu Bard berhujah, tiada siapa pun yang sedar bahawa tiada seorang pun ahli yang berbangsa Melayu di dalam MCA atau MIC! TV3 heboh tak ada melayu menang j/kuasa pusat DAP, hanya bg lantikan kemudian tp dlm mca atau mic ahli melayu pun xada depa tak sedar Melihat kepada kenyataan bodoh Chegu Bard itu, saya tidak hairanlah mengapa dia telah dikalahkan oleh “Sam Ketot” di dalam pemilihan Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang lalu. 

Terlalu bodoh rupanya Chegu Bard ini! Saya nak tanya Chegu Bard, dia tahu tak MCA dan MIC itu singkatan kepada apa? Untuk pengetahuan Chegu Bard, MCA itu merupakan singkatan kepada 

“Malaysian Chinese Association” atau dalam bahasa Melayunya ialah Persatuan Orang-Orang Cina Malaysia. Faham? Manakala MIC pula adalah singkatan kepada “Malaysian Indian Congress”  atau dalam bahasa Melayunya ialah Kongress India Malaysia. Faham atau tidak?] Ada tak sebut di dalam MCA atau MIC itu nama bangsa Melayu? Ada tak? 

Atau kini kita hanya nampak kebebalan Chegu Bard yang mempersoalkan kewujudan ahli berbangsa Melayu di dalam MCA atau MIC..!!! Kalau benar pun ada sesiapa dari bangsa Melayu yang teringin sangat nak masuk MCA atau MIC, saya yakin permohonan keahliannya akan ditolak bulat-bulat oleh parti-parti komponen BN tersebut, bukan? 

 Sebenarnya UMNO mewakili bangsa Melayu dan bumiputera menerusi perkongsian kuasa di antara MCA yang mewakili kaum Cina dan MIC yang mewakili kaum India di dalam menentukan dasar-dasar kerajaan BN.

Hakikatnya, BN wujud di atas perasaan saling hormat-menghormati di antara kaum di negara ini di mana UMNO sebagai parti tunjang mempertahankan keistimewaan bangsa Melayu dan bumiputera tanpa mengabaikan kepentingan mana-mana kaum di Malaysia.

 Lagi satu, saya hairan benar dengan Chegu Bard. Pernahkah dia lihat lambang UMNO, MCA, MIC atau lain-lain parti komponen BN di atas kertas undi? Bukankah semua parti di dalam BN menggunakan lambang “dacing” yang berlatar belakangkan warna biru segar?

 Itulah sebenarnya kekuatan keharmonian kaum dan perkongsian kuasa di antara bangsa, kaum, budaya dan agama di negara ini. Lainlah parti Chegu Bard. Partinya memang parti “saya nak jadi PM”. DAP pula parti “chauvinis ultra kiasu” yang tak mengaku dirinya begitu.

Manakala PAS pula adalah sebuah parti “agama wal halaaaluku, wal haraaamumu”! Saya menyarankan agar Chegu Bard pergi sekolah semula memandangkan banyak lagi yang dia perlu pelajari, khususnya Bahasa Inggeris, makna “Cina” dan “India”, serta susur galur sejarah parti-parti di nega

ra ini. Jika sudah khatam dan pandai, barulah dia boleh kembali semula bertanding lawan “Sam Ketot”. Manalah tahu Chegu Bard boleh menang kali ini, kan?

Sunday, January 6, 2013

Siapa Penipu Sebenar Dalam Pakatan Pembangkang?


DAP dan PKR sudah terang-terang menolak Hudud. Jadi Pas perlu menerima kenyataan bahawa perjuangan untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini tidak pernah mendapat reaksi dari rakan sekutunya yang lain.

 Pemimpin Pas yang menyatakann bahawa rakan sekutu mereka, DAP dan PKR memahami dan menerima hukum hudud adalah satu pembohongan.

“Pemimpin dan ahli Pas perlu menerima hakikat, perjuangan mereka tidak diterima oleh DAP, mereka tidak pernah mengiktiraf hasrat Pas untuk menjadikan negara ini sebagai sebuah negara Islam dan melaksanakan hukum hudud.

“Tidak perlu berbohong sekadar untuk mendapat sokongan, pemimpin Pas kini sudah terdesak untuk mendapatkan sokongan sehingga sanggup berbohong bahawa perjuangan mereka diterima oleh DAP dan PKR,” katanya.

Mazlan berkata, Pas terpaksa bertindak demikian kerana menyedari pilihan raya umum semakin hampir sedangkan sokongan rakyat terhadapnya semakin pudar, malah ada di kalangan penyokongnya mula meninggalkan parti itu.

Hal ini kerana perjuangan dan matlamat mereka berubah selepas bergabung dengan DAP dan PKR. Malah pemimpin-pemimpin Pas lebih ramai yang tunduk kepada Anuwar dan Karpal Singh, sedangkan parti Pas lebih lama dari DAP dan PKR.

“Sejak bersama DAP dan PKR, perjuangan Pas sudah jauh tersasar, mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk `survival’ politik, sebab itu Pas terpaksa mengikut telunjuk rakan sekutunya, jika tidak mereka terpaksa bersendirian pada pilihan raya nanti.

“Pas kini bukan parti dominan dalam  pakatan pembangkang, Pas menjadi parti yang digunakan oleh DAP untuk mendapatkan sokongan orang Melayu, walaupun tidak bertanding di kawasan Melayu.

“DAP akan bertanding di kawasan majoriti Cina, namun sokongan pengundi  Melayu penting bagi mereka apabila berhadapan dengan Barisan Nasional, dalam perkara ini hubungan DAP dengan Pas hanya sekadar untuk mendapat undi Melayu,” katanya.

Menurutnya, Pas tidak perlu beranggan tinggi untuk menjadi parti dominan, jumlah kerusi yang diperuntukkan sudah menunjukkan kedudukan Pas sehingga terpaksa merayu untuk menambah jumlah kerusi pada pilihan raya nanti.

Serangan untuk mengaibkan pemimpin tertinggi Negeri Sembilan hanya lah bertaraf cakap cakap kedai kopi @Najibrazak @Khairykj @kemayan


Waima bila ada perasaan hasat dan perasaan dengki  terpetik di hati maka  bergelumang lah jiwa dengan perasaan keji dan busuk yang terus  meluap luap di dada. Apa saja kebaikan yang dilakukan oleh orang yang disakiti hatinya  tidak lagi terlihat malahan apa saja yang di dengar di kedai kedai kopi tentang keburukkan orang berkenaan akan disimpan dan di tokok tambah untuk dipaparkan sebagai sesuatu yang amat  buruk. Hati akan  sentiasa  marah selagi tidak memperolehi apa apa habuan , selagi itu perasaan dan cemburu akan menjadi dendam untuk terus mengaibkan dan membuka pekong orang yang dibenci. Sebenarnya bukan benci sangat tetapi  perasaan mahu yang banyak.


Friday, January 4, 2013

Kes Salon: Hampeh boto PAS ni Tipu Cina Malaysia

 
Pemimpin PAS sering menjaja propaganda bahawa undang-undang Islam ataupun hudud PAS yang mahu diperjuangkan oleh mereka menjamin hak kebebasan orang bukan Islam dengan alasan ia hanya terhad pada orang yang beragama Islam sahaja.

Kita faham tujuan PAS menggembar gemburkan propaganda itu untuk mengurangkan kerisauan masyarakat bukan Islam selanjutnya mengelakkan pakatan pembangkang yang turut melibatkan PAS daripada kehilangan undi sebahagian orang Cina yang menyokong DAP.

Hakikatnya, apa yang menimpa para pengusaha salon gunting rambut di KB Mall, Kelantan baru-baru ini langsung tidak bertepatan dengan propaganda yang dilaungkan oleh PAS selama ini.

Misalnya dalam kes Pengurus E-Life Hair Salon, Ong Lee Ting yang membuka perniagaan di KB Mall sejak 2010 sehingga kini pemilik salon itu sudah 11 kali disaman oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI).

Di bawah Seksyen 107 (2) Akta Majlis Undang-Undang Tempatan seseorang wanita termasuk bukan Islam dilarang memotong rambut seorang lelaki ataupun sebaliknya tanpa mengira agama.

Setiap kali disaman atas kesalahan tersebut, Ong perlu menyelesaikan saman bernilai RM200 hingga RM350. 11 kali disaman bermakna pemilik salon itu sudah kerugian diantara RM2000 hingga RM3000. Bukan sedikit jumlahnya apabila diambil kira sewa kedai yang perlu dibayar saban bulan.

Malah para pemilik salon yang bukan Islam juga turut didenda sekalipun mereka memberi khidmat kepada pelanggan lelaki yang bukan beragama Islam. Bukankah selama ini PAS gah bercakap bahawa orang bukan Islam terkecuali daripada peraturan Islam?

Ternampak jelas PAS telah dengan sengaja menipu orang Cina, baik dalam isu salon unisex mahupun melibatkan hudud PAS. Apa susah sangatkah untuk PAS berkata benar dan memberi penerangan yang sebenar tanpa dolak dalik bermotifkan politik kepartian?

Kira-kira sebulan lalu, Presiden MCA, Chua Soi Lek ada mendedahkan satu SMS yang diterimanya yang tertulis mesej kebimbangan sesetengah golongan bukan Islam keturunan Cina perihal risiko kesan perlaksanaan hudud PAS yang bakal memudaratkan 1.2 juta orang bukan Islam.

Dalam konteks kepentingan orang Cina dan masyarakat bukan Islam, nampaknya kebimbangan yang disuarakan oleh Soi Lek ada asasnya.