Followers

rantau ku sayang

Friday, January 4, 2013

Kes Salon: Hampeh boto PAS ni Tipu Cina Malaysia

 
Pemimpin PAS sering menjaja propaganda bahawa undang-undang Islam ataupun hudud PAS yang mahu diperjuangkan oleh mereka menjamin hak kebebasan orang bukan Islam dengan alasan ia hanya terhad pada orang yang beragama Islam sahaja.

Kita faham tujuan PAS menggembar gemburkan propaganda itu untuk mengurangkan kerisauan masyarakat bukan Islam selanjutnya mengelakkan pakatan pembangkang yang turut melibatkan PAS daripada kehilangan undi sebahagian orang Cina yang menyokong DAP.

Hakikatnya, apa yang menimpa para pengusaha salon gunting rambut di KB Mall, Kelantan baru-baru ini langsung tidak bertepatan dengan propaganda yang dilaungkan oleh PAS selama ini.

Misalnya dalam kes Pengurus E-Life Hair Salon, Ong Lee Ting yang membuka perniagaan di KB Mall sejak 2010 sehingga kini pemilik salon itu sudah 11 kali disaman oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI).

Di bawah Seksyen 107 (2) Akta Majlis Undang-Undang Tempatan seseorang wanita termasuk bukan Islam dilarang memotong rambut seorang lelaki ataupun sebaliknya tanpa mengira agama.

Setiap kali disaman atas kesalahan tersebut, Ong perlu menyelesaikan saman bernilai RM200 hingga RM350. 11 kali disaman bermakna pemilik salon itu sudah kerugian diantara RM2000 hingga RM3000. Bukan sedikit jumlahnya apabila diambil kira sewa kedai yang perlu dibayar saban bulan.

Malah para pemilik salon yang bukan Islam juga turut didenda sekalipun mereka memberi khidmat kepada pelanggan lelaki yang bukan beragama Islam. Bukankah selama ini PAS gah bercakap bahawa orang bukan Islam terkecuali daripada peraturan Islam?

Ternampak jelas PAS telah dengan sengaja menipu orang Cina, baik dalam isu salon unisex mahupun melibatkan hudud PAS. Apa susah sangatkah untuk PAS berkata benar dan memberi penerangan yang sebenar tanpa dolak dalik bermotifkan politik kepartian?

Kira-kira sebulan lalu, Presiden MCA, Chua Soi Lek ada mendedahkan satu SMS yang diterimanya yang tertulis mesej kebimbangan sesetengah golongan bukan Islam keturunan Cina perihal risiko kesan perlaksanaan hudud PAS yang bakal memudaratkan 1.2 juta orang bukan Islam.

Dalam konteks kepentingan orang Cina dan masyarakat bukan Islam, nampaknya kebimbangan yang disuarakan oleh Soi Lek ada asasnya.

No comments:

Post a Comment