Waima bila ada perasaan hasat dan perasaan dengki terpetik di hati
maka bergelumang lah jiwa dengan perasaan keji dan busuk yang terus
meluap luap di dada. Apa saja kebaikan yang dilakukan oleh orang yang
disakiti hatinya tidak lagi terlihat malahan apa saja yang di dengar di
kedai kedai kopi tentang keburukkan orang berkenaan akan disimpan dan
di tokok tambah untuk dipaparkan sebagai sesuatu yang amat buruk. Hati
akan sentiasa marah selagi tidak memperolehi apa apa habuan , selagi
itu perasaan dan cemburu akan menjadi dendam untuk terus mengaibkan dan
membuka pekong orang yang dibenci. Sebenarnya bukan benci sangat tetapi
perasaan mahu yang banyak.
No comments:
Post a Comment