Followers

rantau ku sayang

Sunday, January 6, 2013

Siapa Penipu Sebenar Dalam Pakatan Pembangkang?


DAP dan PKR sudah terang-terang menolak Hudud. Jadi Pas perlu menerima kenyataan bahawa perjuangan untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini tidak pernah mendapat reaksi dari rakan sekutunya yang lain.

 Pemimpin Pas yang menyatakann bahawa rakan sekutu mereka, DAP dan PKR memahami dan menerima hukum hudud adalah satu pembohongan.

“Pemimpin dan ahli Pas perlu menerima hakikat, perjuangan mereka tidak diterima oleh DAP, mereka tidak pernah mengiktiraf hasrat Pas untuk menjadikan negara ini sebagai sebuah negara Islam dan melaksanakan hukum hudud.

“Tidak perlu berbohong sekadar untuk mendapat sokongan, pemimpin Pas kini sudah terdesak untuk mendapatkan sokongan sehingga sanggup berbohong bahawa perjuangan mereka diterima oleh DAP dan PKR,” katanya.

Mazlan berkata, Pas terpaksa bertindak demikian kerana menyedari pilihan raya umum semakin hampir sedangkan sokongan rakyat terhadapnya semakin pudar, malah ada di kalangan penyokongnya mula meninggalkan parti itu.

Hal ini kerana perjuangan dan matlamat mereka berubah selepas bergabung dengan DAP dan PKR. Malah pemimpin-pemimpin Pas lebih ramai yang tunduk kepada Anuwar dan Karpal Singh, sedangkan parti Pas lebih lama dari DAP dan PKR.

“Sejak bersama DAP dan PKR, perjuangan Pas sudah jauh tersasar, mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk `survival’ politik, sebab itu Pas terpaksa mengikut telunjuk rakan sekutunya, jika tidak mereka terpaksa bersendirian pada pilihan raya nanti.

“Pas kini bukan parti dominan dalam  pakatan pembangkang, Pas menjadi parti yang digunakan oleh DAP untuk mendapatkan sokongan orang Melayu, walaupun tidak bertanding di kawasan Melayu.

“DAP akan bertanding di kawasan majoriti Cina, namun sokongan pengundi  Melayu penting bagi mereka apabila berhadapan dengan Barisan Nasional, dalam perkara ini hubungan DAP dengan Pas hanya sekadar untuk mendapat undi Melayu,” katanya.

Menurutnya, Pas tidak perlu beranggan tinggi untuk menjadi parti dominan, jumlah kerusi yang diperuntukkan sudah menunjukkan kedudukan Pas sehingga terpaksa merayu untuk menambah jumlah kerusi pada pilihan raya nanti.

No comments:

Post a Comment