Followers

rantau ku sayang

Tuesday, February 5, 2013

AISHAH AKAN DI KORBANKAN SEBAGAI CALON PAS PADA PRU13 DI NEGERI SEMBILAN

PAS tahu di Negeri Sembilan mereka tidak akan menang kerusi yang akan dipertandingkan melainkan mereka hanya dapat Paroi pada PRU12 yang  lalu. Paroi akan ditawan kembali oleh BN pada PRU13 ini kerana ADUN Paroi  Sdr Taufek hanya menghabiskan boreh saja semenjak  di lantik sebagai ADUN Paroi.

PAS tidak sanggup mengorban kan calon calon hebat mereka di Seremban dan mereka akan mempertaruhkan nama nama yang tidak kukuh di dalam PAS  menjadi calon lantas  bertanding untuk meneRIma kekalahan. Jika menang itu adalah perkara yang luar biasa.

Khabar terbaru yang Cili Api terima adalah penyanyi kemek Aisyah akan menjadi calon PAS di salah sebuh kerusi DUN di Negeri Sembilan, Aishah akan menjadi kambing hitam kepada PAS untuk dikorbankan pada PRU13 ini. Jika kalahpun PAS tidak berapa malu kerana  calon tidak memberangsangkan.

Monday, February 4, 2013

Siapa ganti Rashid Latiff ???

Persoalannya mudah sahaja, Rashid  tidak disenangi rakyat di Ampangan. Selama sepenggal apa yang telah Rashid buat . 

Menurut sumber Rashid pernah berkata dia  wakil rakyat pembangkang dan dia tidak ada duit. Jangan kata mahu ada kan program, jemputan kahwin pun dia jarang menampakkan diri. Duit beb.. satu rumah orang kahwin busuk busuk pun RM200. tak kan nak bagi RM100 kot....

Rashid  juga dikatakan pernah menyuarakan  untuk mengadaikan kerusi nya sewaktu mula mula menjadi ADUN. Namun semuanya tidak kesampaian. Big Bos dia tahu tentang ini dan ramai lagi orang yang tahu.

Ramai juga yang kini melobi kerusi ini. antara yang disebutkan adalah ketua penerangan PKR dan juga AMK Negeri Sembilan. Apa apa pun tentu sekali Rashid  tidak menyesal jika dia tidak dicalonkan kerana segala aktiviti peribadinya tersekat sejak jadi ADUN. Rashid tahu apa yang penulis maksudkan dengan aktiviti peribadi.

Rashid tentu tidak boleh lupa apabila dia di tazkirah oleh MB Negeri Sembilan , dia kelihatan bodoh sangat.

Sunday, February 3, 2013

Pengakuan sebenar Norish Karman

WAJAHNNYA pilu dan sesekali jari-jemarinya mengesat air yang tumpah dari kolam matanya yang berkaca, namun Norish Karman, 37, tetap mengagahkan diri. Dia bercerita dan terus bercerita tentang lara yang sedang dihadapi ekoran pelbagai kontroversi.
Tahun lepas namanya panas gara-gara kehadiran seorang bayi diberi nama Haq Lutfie Alexander yang sehingga kini masih dirahsiakan identiti bapanya. Tahun ini, air muka pelakon berkaliber yang cukup dikenali dengan panggilan NK itu masih belum habis diconteng dengan arang.
Sama ada terhukum oleh kesilapan lalu atau dihukum sewenang-wenangnya oleh media, apa yang berlaku kepada Norish sebenarnya satu episod hitam. Luka hidupnya tidak pernah sembuh.
Semuanya bermula beberapa tahun lalu selepas rumah tangganya bersama Datuk Hashimuddin Abdul Kadir hancur dipukul badai pada 2008. Dalam tempoh beberapa tahun ini, namanya tenggelam timbul. Selesai soal penjagaan anak-anak, muncul pula kisah bercinta lelaki muda. Tidak habis dengan perkara itu, tiba-tiba pula dia dikatakan menyembunyikan diri dan hamil anak luar nikah.
Terbaharu, Norish dikecam seorang wanita yang mendakwa pelakon itu cuba merampas suaminya. Norish, baru-baru ini terpaksa merasakan sudah tiba masa untuknya bangkit memperjelaskan keadaan sebenar kepada media.
"Semua cerita dan kontroversi yang selama ini dipaparkan oleh pihak media sangat mengaibkan dan menjatuhkan maruah saya. Saya lebih teruk daripada banduan kerana media terus menjatuhkan hukuman kepada saya tanpa mempedulikan berita itu sahih atau tidak," getus Norish dalam nada hiba usai majlis solat hajat dan jamuan makan buat peminat-peminatnya di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Khamis lalu.
Norish mengambil peluang itu untuk beramah-mesra dengan media yang selama ini disifatkannya tidak habis-habis mencungkil cerita panas tentang dirinya.
"Tanyalah saya apa sahaja, selama ini pihak media tidak habis-habis telefon saya minta komen macam-macam cerita," katanya separuh tegas, separuh berseloroh.
Lebih memburukkan keadaan, kata Norish: "Karier lakonan saya mendapat impak yang paling teruk. Selama enam bulan sampai ke hari ini, saya tidak berlakon dan tidak mendapat sebarang tawaran lakonan. Semua itu kesan cerita buruk tentang saya yang dijaja oleh media."
Kehilangan sumber pendapatan hasil lakonan menyebabkan Norish melakukan kerja-kerja sampingan lain seperti katering dari rumah dan memenuhi jemputan mengadakan ceramah motivasi. Sepanjang tiada tawaran lakonan juga, Norish menumpukan perhatian untuk promosi albumnya, Terus Melangkah.
Untuk tahun 2013, dia masih punya harapan untuk menjayakan promosi dan persembahan jelajah untuk album berkenaan ke seluruh negara.
"Mujurlah saya masih ada peminat yang terus memberi sokongan. Sekarang saya ada empat akaun Facebook kerana satu akaun tidak menampung jumlah pengikut yang ramai," akui Norish.
Berhubung kontroversi terbaharu dituduh sebagai artis perampas suami orang yang terpalit ke mukanya, ibu kepada empat orang anak itu menjelaskan dakwaan itu adalah kenyataan yang dilemparkan oleh seorang wanita yang pernah dianggap seperti kakak sendiri.
"Tuduhan itu buat saya bertambah sedih dan terkilan. Dia bukan sahaja kawan bahkan saya anggap sebagai kakak sendiri. Saya kenal rapat keluarga tapi tidak perlulah namanya disebut, saya tidak mahu dia pula yang dicerca oleh masyarakat.
"Ini semua kerana cemburu dan iri hati. Dia cemburu kerana anak-anaknya sangat rapat dengan saya. Dia mungkin kurang senang dan fikir saya mahu rampas suaminya. Saya langsung tidak tergamak untuk runtuhkan rumah tangga orang lagipun suaminya sudah berusia 66 tahun," jelas Norish.
Menurut Norish, dia tidak berniat untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang kepada penyebar fitnah berkenaan. Dia cuma kesal kerana hubungan yang terbina selama lima tahun musnah begitu sahaja gara-gara prasangka tanpa usul periksa.

PKR bertambah biadab dan kurang ajar di Taman Angsamas

Ceramah PKR di Taman Angsamas nyaris nyaris menjadi satu peristiwa yang tidak di ingini apabila  berlaku kekecohan antara macai macai PKR dengan tuan punya kedai gambar di Taman Angsamas.

Ianya bermula apabila macai PKR dengan biadabnya merentang bendera besar mereka di kedai gambar berkenaan dan perbuatan ini tidak digemari oleh tuan punya kedai lantas menurunkan bendera berkenaan dan memadamkan lampu luar kedai. 

Ini membuat macai macai PKR marah dan hampir hampir berlaku pergaduhan apabila suasana yang tegang berlaku.Memang kurang ajar dan biadab mereka ini  memasang bendera di kedai orang tanpa keizinan.
Inilah gambar risalah janji janji palsu yang mereka edarkan di Taman Angsamas, janji manis mereka untuk  turun tarif  eketrik , air percuma , hapus tol dan turun harga minyak . Janji lama pun belum dapat dilaksanakan kini muncul pula janji  janji baru/


Mereka juga turut mengedarkan risalah janji janji PKR ,PAS dan DAP . Janji jani lama juga tidak dapat mereka tunaikan di negeri negeri yang mereka perintah kini mahu menabur janji janji baru pula.
Kelihatan gambar bendera besar yang dipasang di kedai berkenaan sebelum tuan punya kedai bertindak menurunkan nya,

Pekedai yang tidak puas hati menutup lampu luar dan berlaku kekecohan.

Ceramah yang gagal menarik minat penduduk sekitar hanya   dihadiri oleh beberap orang saja macai macai PKR ini.

Saturday, February 2, 2013

PANAS KASI CILI BUNTUT ANTHONY LOKE : RAHSIA MENGAPA DAP MAHU MEMANCING TUNKU ABADIN TERBONGKAR...??

Menarik dari AIDC..
Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata terdapat beberapa misteri di sebalik tindakan Pengerusi DAP Negeri Sembilan Anthony Loke melamar anakanda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Zain Al-Abidin Tuanku Muhriz.
Tunku Zain Al-Abidin yang lebih dikenali Tunku Abidin Muhriz didakwa ditawarkan menjadi calon dan dijanjikan menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan atas tiket DAP.
“Seperti yang saya katakan, bayangkan situasi di mana bapa adalah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan anak pula adalah seorang Menteri Besar, yang juga merupakan ahli DAP.
“Ini adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan jelas menimbulkan banyak persoalan di minda,” katanya dalam sidang media semalam.
Anthony Loke dan Tunku Abidin mengesahkan tentang pertemuan mereka itu tetapi menyalahkan Tunku Aziz kerana mendedahkan perkara yang disifatkannya sebagai privasi.
Menurut Tunku Aziz menjawab dakwaan melanggar hak privasi hanyalah satu taktik untuk mengalih isu sebenar yang yang sedang berlaku.
“Saya telah memegang beberapa kedudukan penting bukan sahaja di Malaysia, malah di peringkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
“Saya adalah seorang yang melindungi privasi dan kerahsiaan namun bagi kes seperti ini, ia adalah suatu perkara yang amat penting kepada keselamatan negara.”
Menurutnya lagi tindakan DAP itu mempunyai agenda tersembunyi yang mencabar perlembagaan Malaysia tentang kedudukan raja-raja Melayu.
“Saya mendapati amat sukar untuk membayangkan situasi seperti ini mampu meletuskan krisis terhadap perlembagaan.
“Orang Melayu di peringkat negeri dan orang Melayu diseluruh Malaysia akan bertengkar dan berpecah mengenai isu ini.”
Menurutnya, setelah Tunku Abidin menolak tawaran pertama, DAP menawarkan lagi bertanding di kerusi Parlimen di mana perbuatan Anthony Loke itu adalah melanggar etika parti dan kepentingan negara.
“Tawaran yang dibuat DAP kepada Tunku Abidin bukan sahaja melibatkan kepentingan awam, tetapi juga kepentingan negara.
“Inisiatif Loke untuk membuat tawaran demi tawaran kepada Tunku Abidin itu tidak mungkin dibuat sekiranya tidak mendapat kebenaran (veteran DAP) Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Karpal.”
Menurutnya perkara tersebut diperkuatkan lagi dengan keadaan di mana sehingga kini, Anthony Loke yang juga ahli Parlimen Rasah itu tidak dikenakan sebarang tindakan disiplin oleh parti sedangkan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Prof Dr P Ramasamy yang pernah dikenakan pertuduhan sama telah dikenakan tindakan.
“Walaupun perkara ini telah menjadi buah mulut masyarakat, Loke masih terlepas daripada sebarang tindakan disiplin.
“Sebaliknya, ketika Prof Ramasamy dituduh menawarkan slot menjadi calon kepada beberapa individu, beliau digelar ‘War Lord’. Beliau telah diheret mengadap jawatankuasa disiplin parti. Ini jelas ‘double-standard.”
Kenapa DAP berusaha dan bersungguh-sungguh memancing Tunku Abidin ? Kenapa bukan anak raja yang lain ? Untuk mendapatkan jawapannya, sila baca di sinisinisini dan sini

Strategi Lagakan Tun M-Najib: Bukti PR Ketakutan

Walaupun puak pembangkang berterusan menghentam mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad (Tun M) namun, mereka tidak dapat menafikan yang ‘aura’ beliau begitu kuat dan masih menghantui mereka, dan juga musuh-musuhnya.

 Biarpun beliau sudah bersara dan hanya menjadi pemerhati kepada perjalanan politik negara sambil sekali sekala memberi pandangan dan pendapat, namun pandangan beliau tetap dianggap sebagai pemantauan dan pendapat beliau dituduh sebagai arahan.

 Tun Mahathir adalah seorang yang berterus-terang dan rasanya tiada seorang pun yang mengenalinya secara langsung atau sekadar melalui media, yang dapat menafikannya.

Apabila beliau merasakan masa sudah tiba bagi Tun Abdullah berundur, beliau menyatakannya tanpa selindung-selindung.

Ini kerana beliau yang kita kenali, tidak terikat kepada budaya Melayu iaitu ‘pukul anak sindir menantu’ kerana beliau percaya kepada pentingnya berkata benar biarpun pahit.

Menyedari ‘aura’ Tun M mampu mempengaruhi perjalanan politik Malaysia, maka pembangkang cuba menukar ‘aura’ itu agar memberi keuntungan kepada mereka.

 Oleh itu, dalam pada mereka meneruskan kutukan dan cacian terhadap Tun M, mereka cuba membayangkan yang Tun M turut bersetuju dengan mereka berkenaan ‘kelemahan’ kerajaan BN dan Perdana Menteri.

 Harapan mereka agar aura Tun M akan dapat mempengaruhi rakyat untuk turut melihat kelemahan kerajaan BN. Maka, dari situlah timbulnya kisah kononnya Tun M bersekongkol dengan Tan Sri Muhyiddin untuk menjatuhkan Dato’ Seri Najib yang digebangkan di Malaysia Chronicle.

 Dan semalam, timbul pula kisah kononnya Tun M ‘menyuruh’ Dato’ Seri Najib meletak jawatan jika BN gagal menang besar dalam PRU kali ini.

Penjelasan Tun M bahawa perletakan jawatan apabila gagal mencapai sasaran merupakan amalan biasa sejak dari zaman Tunku Abdul Rahman iaitu bergantung kepada kehendak ahli, telah ‘diperkecilkan’ di dalam laporan media pembangkang.

 Dalam kenyataan yang sama juga, Tun M ada mengakui bahawa Dato’ Seri Najib mewarisi BN dalam keadaan lemah, tetapi pihak pembangkang telah membayangkan seolah-olah beliau berkata yang kerajaan Najib lemah.

 Bayangan-bayangan dan kisah-kisah seperti ini dimainkan dengan giat di portal-portal pembangkang terutama yang berbahasa Inggeris di mana sasaran pembacanya ialah mereka-mereka yang lebih rasional. Ianya kelihatan semakin rancak apabila PRU semakin dekat.

 Apa yang sebenarnya berlaku ialah Tun M memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan pimpinan Dato’ Seri Najib. Beliau juga telah menyatakan bahawa beliau akan turun membantu secara sukarela sekiranya didapati ada keperluan untuk berbuat demikian.

 Dan seperti yang kita tahu, jika Tun M merasakan yang Dato’ Seri Najib tidak layak maka beliau pasti tidak akan teragak-agak untuk menyatakannya secara terus-terang dan tidak akan sekali-kali berselindung di sebalik bahasa-bahasa manis sekadar untuk menyedapkan hati sesiapa kerana itulah sifat beliau, dan rakyat semua sudah memakluminya. Dan inilah yang amat ditakuti oleh PR iaitu Tun M memberi sepenuh sokongan kepada Dato’ Seri Najib dan BN.

Sedangkan, apa yang dapat dilihat kini ialah aura Dato’ Seri Najib seorang sahaja sudah cukup untuk menenggelamkan Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Hadi Awang. Sekiranya Tun M pula menambah lagi sinaran aura di belakang Dato’ Seri Najib, apalah daya pembangkang untuk melawan BN nanti. Justeru, percubaan melaga-lagakan kedua-dua tokoh ini terus dilakukan walaupun setakat ini kelihatannya langsung tidak berjaya.


 Ini bukan sahaja kerana rakyat sudah mengenali sikap Tun M yang akan berterus terang tetapi lebih-lebih lagi ialah kerana rakyat juga sudah mula mengenali dan menyayangi Dato’ Seri Najib. Oleh itu, pembangkang tidak perlulah bersusah payah menjatuhkan maruah sendiri dengan cuba meraih sokongan melalui aura Tun M.

 Nampak sangat, para pemimpin pembangkang tidak punya ketokohan sendiri untuk menambat hati rakyat agar meyakini dan menyayangi mereka, sehinggakan terpaksa menumpang ketokohan musuh ketat mereka pula.

Friday, February 1, 2013

Lebih 60 Tahun Jaga Telur Di Hujung Tanduk Tanpa Jatuh…

Kalau mereka berjaya menawan Putrajaya dan pada masa itu bertelagah siapa akan jadi Perdana Menteri dan siapa Timbalan Perdana Menteri. Kedudukan apa yang akan diserah kepada Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, apa akan jadi kepada negara?

“Sebaik sahaja anda (pembangkang) melangkah ke Putrajaya, rakyat mahu tahu (senarai Kabinet) atau dalam kata lain negara tidak boleh tunggu. Sebab itu saya cakap mentadbir Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa bukan tugas mudah, ia tugas yang sangat kompleks.”

Demikian pandangan Tunku Aziz, mantan Naib Pengerusi DAP.




Syarat untuk jadi PM dan jadi kerajaan Malaysia, sebuah negara yang sangat kompleks, bukan sekadar seseorang itu mesti cukup sifat, tidak cacat dan boleh membaca, menulis dan mengira, bertutur dengan baik.

Syarat terpenting seharusnya mesti adil dan saksama kepada semua kaum (rakyat). Adil dan saksama bukan bermaksud sama rata dan sama rasa.

Untuk bersikap adil dan saksama, seseorang itu mestilah seorang yang rasional dan tidak mengikut perasaan atau emosi. Sifatnya mestilah menahan setiap ragam dan bukan seorang yang suka membuat ragam kerana negara ini sangat kompleks dari segi etnik, kepercayaan dan perbezaan sosio-ekonomi.

Kompleksiti negara ini ibarat telur di hujung tanduk. Boleh hancur sekelip mata jika tidak berhati-hati dalam membuat keputusan atau polisi pentadbiran.

Trek rekod UMNO/BN yang tidak mampu dilakukan oleh sesiapa pun ialah keupayaan mengendalikan sebuah negara yang berada di hujung tanduk selama lebih 60 tahun “tanpa telur jatuh”.

“Urat dan kerandut” yang menyangkutkan telur ini kekal di hujung tanduk tanpa jatuh-jatuh ialah kejayaan fungsi “perundingan dan permuafakatan” antara etnik, kepercayaan dan kepelbagaian latar belakang yang wujud dalam situasi yang sangat kompleks.

Kalau tahap pemimpin dan parti yang membentuk kerajaan hanya setakat mampu mengurus dan memobilisasi demonstrasi dan rusuhan jalanan saja, negara pasti lebih cepat hancur.

Kalau setakat mengurus kepelbagian dan sensitiviti etnik dengan mengamalkan politik pendekatan sesumpah, paling lama sebulan, rusuhan kaum pasti akan berlaku.

Kalau dah sampai dekat PRU pun masih tidak mampu berterus-terang dengan rakyat mengenai soal penting, iaitu memperkenalkan barisan kabinet bayangan, itu adalah petanda paling besar yang membuktikan bahawa barisan pembangkang tidak layak sama sekali menjadi kerajaan dalam situasi yang sangat kompleks ini.

Tapi kalau rakyat nak cuba dan nak rasa bagaimana hidup dalam kancah kemusnahan sebaik selepas subuh pakatan haram berjaya mengambil-alih Putrajaya, silakanlah…

Kamarulzaman Kamdias (kkamdias.blogspot.com)