Followers

rantau ku sayang

Monday, November 3, 2014

Luahan Rasa Menyampah Lim Guan Eng Terhadap PAS


Apabila baru-baru ini Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng secara terbuka menggelar empat orang EXCO PAS sebagai pengkhianat ekoran kemelut perebutan jawatan Menteri Besar Selangor, khalayak umum melihatnya sebagai penghinaan yang amat memalukan PAS.PR Bakal Berpecah

Gelaran hina itu juga dianggap ramai sebagai cerminan rasa muak dan menyampah DAP dengan pelbagai tingkah-laku PAS yang dikatakan sering membelakangi keputusan bersama yang disepakati pakatan pembangkang PR.

Bagi Guan Eng kelancangan mulutnya itu dikira wajar dan diharapkan akan menyedarkan PAS keperluan mematuhi kesepakatan bersama PR, sedangkan pada PAS gelaran buruk itu cukup melukakan apatah lagi bila ia diluahkan oleh rakan pimpinan yang pernah diiktirafnya sebagai Khalifah Umar zaman moden.

Mungkin disebabkan memendam rasa terhina dengan gelaran pengkhianat itulah kemudiannya membawa kepada tindakan protes oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang sekali lagi memboikot mesyuarat penting Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang diadakan awal minggu lepas.

Rupanya tindakan boikot Presiden PAS itu seumpama menyiram minyak ke dalam api apabila hari ini Guan Eng secara sinis memberi amaran PR berdepan kemungkinan akan berpecah disebabkan ada anggota gabungan tidak berdaftar itu gagal memberi komitmen yang sepatutnya.

Kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu, kalau pun Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim bebas dari tuduhan liwat ia tiada gunanya selagi ada komponen PR yang cakap tidak serupa bikin, tidak menunaikan janji dan tidak berpegang pada komitmen yang disepakatinya.

Malah Guan Eng juga mengakui sudah tidak tahu bagaimana caranya lagi mahu berurusan dengan parti tersebut yang tidak tetap pendirian dan sering berubah-ubah keputusan. Bunyi luahannya macam terlalu kecewa persis seorang jantan yang sudah berputus asa dengan kesetiaan kekasih gelapnya.

Walau pun Guan Eng tidak menyebut secara langsung parti mana yang dimaksudkan, umum tahu ia merujuk kepada PAS, rakan pakatan kelas ketiga dalam PR yang pernah dilabelkannya sebagai pengkhianat tempohari dan selama ini pengkhianat itulah yang sering menjayakan pelbagai program keramaian PR.

Luahan sinis Guan Eng itu jelas membayangkan perasaannya yang semakin menyampah dengan sikap PAS. Kejantanannya sudah tercabar dan hanya menunggu masa sahaja untuk betul-betul meledak barangkali dalam waktu-waktu terdekat ini.

Baru sahaja pemimpin PAS digelar sebagai pengkhianat, kini dianggap pula sebagai parti yang cakap tidak serupa bikin dan dituduh pula gagal memberi komitmen untuk PR. Entah apa malang nasib PAS selepas dipergunakan bertahun-tahun sekarang dicerca dan dihina sedemikian.

Setakat ini kita tidak tahu apa reaksi rasmi PAS dengan kenyataan sinis Guan Eng itu. Marahkan mereka atau masihkah nak memendam rasa?

Tapi rasanya tak mustahil entah esok atau lusa akan ada pemimpin PAS yang memujuk hati berkata cercaan itu hanya kenyataan peribadi Guan Eng semata-mata dan tiada kaitan dengan pendirian rasmi DAP dan selepas itu PAS taat kembali mengikuti kehendak DAP, tak gitu? 

Sunday, November 2, 2014

TIDAK ADA SEORANG PUN YANG PEDULI......


Beginilah nasib presiden parti yang dikatakan parti Islam. Apalah nasibnya dalam pakatan yang ibarat melukut di tepi gantang. Tiada seorang pun pemimpin rakan tahaluf siyasinya yang datang memberikan semangat untuk mempertahankan saman oleh ahli PKR terhadapnya kerana memfitnah. Tak disangka seorang presiden yang bergelar ulama sanggup membuat fitnah.

Ramai di kalangan penyokong dan ahli Pas, jelas terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu yang memerintahkan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang agar membayar saman RM2 juta yang dikemukakan oleh bekas calon PKR, Dun Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin.

Namun apa yang paling memeranjatkan apabila, Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim langsung tidak memberikan apa-apa kenyataan berhubung isu tersebut. Mungkin kerana takut kehilangan sokongan khususnya dari kalangan ahli dan pengundi Pas, Anwar cuba mengambil pendekatan lepas tangan.

Persoalannya apakah ini yang dinamakan sebagai permuafakatan di dalam pakatan rakyat (PR)? 

Konspirasi Tak Menjadi Sebab TAK BERI KETERANGAN SEBAGAI SAKSI


Dengan 14 orang peguambela, Anwar Ibrahim masih takut lagi dengan Shafie Adullah.

Apa yang menarik dalam perbicaraan kes liwat II peguam anwar terpaksa berbelit-belit dan menggunakan bidang teknikal semata-mata untuk menolak hukuman penjara sebagaimana yang mereka lakukan di Mahkamah Tinggi pada 2012.

Dan untuk menimbulkan kebencian selain mewujudkan perasaan tidak percaya kepada kes tersebut, para pemimpin PKR dan DAP sedang mengusahakan cerita, wang rakyat dibazirkan untuk membayar khidmat Shafie Abdullah.

Bagaimana pula dengan lebih 70 kali penangguhan yang dibikin Anwar Ibrahim sepanjang proses mahkamahnya, tidak dikira sebagai membazirkan wang rakyat? 

PRU14: Umno Terengganu rumus 10 asas


Umno Terengganu hari ini merumuskan 10 asas yang dianggap mampu mengembalikan kekuatan parti itu terutama untuk menghadapi PRU14 akan datang.
  
Ketua Penerangan Umno negeri, Wan Abdul Hakim Tan Sri Wan Mokhtar berkata, rumusan itu hasil kesepakatan menerusi sesi percambahan minda di peringkat akar umbi serta pemimpin Umno Bahagian.
  
Beliau berkata, ia memberi tumpuan ke arah merapatkan barisan dalam menghadapi PRU14 di samping mengemas kini daftar pemilih selain meletakkan sasaran empat tahun menerusi asas berdasarkan 4P - Tahun Pemulihan, Tahun Penyatuan, Tahun Pengukuhan dan Tahun Perang.
  
"Kita perlu menginsafi hakikat bahawa kedudukan Umno negeri Terengganu adalah amat tenat dan justeru itu ia harus diperkukuhkan di bawah pemerintahan Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman menerusi Transformasi Terengganu Baharu," katanya.
  
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Konvensyen Umno Terengganu di sini hari ini yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
  
Wan Abdul Hakim yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Air Puteh berkata, pemilihan calon boleh menang menjadi keutamaan kerana ia adalah faktor besar dalam menentukan kemenangan dalam PRU akan datang dan wajar diterima dengan reda oleh semua pucuk pimpinan akar umbi Umno negeri.
  
Beliau berkata, Umno juga perlu peka dengan perkembangan semasa terutama isu-isu mencabar kesucian agama Islam, kedudukan orang Melayu, kedaulatan institusi raja dan keluhuran perlembagaan.
  
"Kriteria pemimpin yang dihormati rakyat sudah pastinya seorang yang cenderung kepada agama, berpendidikan dan bersahsiah baik.
  
"Selain itu, peranan wanita hendaklah diperkasakan sebagai satu daripada inisiatif meningkatkan perpaduan di kalangan ahli parti di samping Umno juga perlu segera melakukan usaha berbincang dengan golongan muda yang mampu merubah demografi pengundian dalam PRU," katanya.
  
Menurutnya pendekatan melaksanakan aktiviti parti lebih berkesan sekiranya diadakan berskala kecil-kecilan tetapi berkala dan bukannya berskala besar tapi tiada susulan.

Saturday, November 1, 2014

PasMa Semakin Membiak Dalam Kalangan Ahli PAS


Ketidaksefahaman dalam kalangan pemimpin Parti Islam Semalaysia (PAS) dilihat semakin meruncing apabila larangan Majlis Syura Ulama PAS untuk ahlinya menyertai pertubuhan tersebut ibarat ‘masuk telinga kiri, keluar telinga kanan’.

Menurut laporan The Malaysian Insider, kini, pertubuhan tersebut sedang berkembang biak dalam PAS dengan penubuhan cawangan di setiap negeri.

Selain itu, perlantikan pemimpin juga dilakukan pada setiap cawangan dan terdapat perancangan untuk membuka pejabat tetap bagi menguruskan hal ehwal pertubuhan tersebut. Malah, kakitangan sepenuh masa juga akan diambil!

Walaupun mendapat tentangan paling hebat di Terengganu, negeri asal Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, namun menurut sumber, setiap daerah telah melantik pemimpin PasMa. Tidak terkecuali, di negeri Kedah.

Percanggahan dalam majlis tertinggi PAS bermula apabila Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Nik Zawawi Salleh mengeluarkan kenyataan melarang ahli PAS dari menyertai PasMa yang dipercayai mempunyai agenda tersendiri.

Namun kenyataan tersebut ditempelak pemimpin yang menjadi tulang belakang PasMa, Datuk Phahrolrazi Zawawi dengan jawapan, Majlis Syura Ulama tiada hak untuk menghalang ahlinya dari menyertai pertubuhan tersebut.

Namun, dalam kenyataan yang disiarkan Sinar Harian 27 Oktober lalu, beliau berkata, sasaran PasMa kini lebih luas kerana inginkan penyertaan dari ahli Pakatan Rakyat dan tidak tertumpu hanya dalam PAS.


AJK PAS Pusat, Khalid Samad yang juga ahli parlimen Shah Alam akan menyertai program PasMa pada 8 November ini di Ipoh.

Dr Dzkefly Ahmad, bekas ahli parlimen Kuala Selangor pula akan menyertai program di Temerloh 15 November hadapan bersama Tengku Puji Tengku Abdul Hamid, bekas pemimpin PAS yang telah dilantik mengepalai PasMa Pahang.

Salahudin Ayub yang juga Naib Presiden PAS berkata, parti itu tidak mempunyai hak menghalang mana-mana ahlinya dari menyertai pertubuhan bukan kerajaan NGO.

“Namun, Majlis Syura telah mengeluarkan arahan atau mungkin disebut sebagai nasihat melarang untuk ahli menyertainya. Maka keadaan ini mungkin mencetuskan keraguan dan keresahan ahli-ahli PAS.”

“Oleh itu, elok diadakan diskusi antara kedua-dua pihak bagi mencari jalan penyelesaian,” ujar beliau dalam kenyataan yang disiarkan

LAUTAN MANUSIA DI DATARAN PUTRAJAYA SEMALAM










Video berlangsung Forum Keterbukaan vs Sensitiviti Lazim