Followers

rantau ku sayang

Tuesday, September 10, 2013

Benarkah Azalina Tarik Diri Sebab Terasa Dengan Maznah Hamid??

Confirm Azalina tarik diri dari bertanding Ketua Wanita setelah 7 Negeri menyokong padu . Tertanya-tanya juga kenapa harimau yang garang tiba tiba jadi jinak, ekor dah kena picit ke? Aku dah agak tak perlu aggresif. 

Di Pengerang dia bertanding 4 penjuru bagi mengekalkan jawatan Ketua Bahagian dan dengar khabar kat Pengerang pun akan ruyup. Apa apa pun hanya Allah swt yang maha kaya dan menentukan segalanya. Semoga Azalina berjaya mempertahankan jawatan Ketua Bahagian, Itu saja lah lagi survival politiknya. Jika tidak, penggal ini penggal akhir untuk nya bersama BN.
Atau mungkinkah Azalina terasa dengan kata Ketua Wanita Umno Negeri Kedah, Datuk Maznah Hamid dimana dalam ucapannya menegaskan wanita sentiasa boleh merujuk kepada Shahrizat jika mereka berhadapan dengan masalah keluarga kerana beliau sudah berumahtangga dan juga seorang ibu.

Wanita itu adalah seorang ibu, isteri dan anak perempuan. Sesiapa sahaja yang hendak mengetuai pergerakan ini mestilah terlebih dahulu memiliki semua itu.Nampaknya Azalina kenalah dapatkan status ibu tu, even dia sudah adda anak angkat yang dijaga sejak kecil, namun itu mungkin tidak menepati ciri-ciri seorang pemimpin Wanita.

Monday, September 9, 2013

Siapa Pilihan Wanita??

Siapa Ketua Wanita pilihan anda , sebelum ini saya mahu memastikan apakah Raihan layak untuk bertanding Ketua Wanita kerana jika tidak silap saya untuk menjadi calon ketua Wanita mestilah ada kriteria tertentu seperti pernah menjadi exco wanita beberapa tahun dahulu.

Apakah ini tidak lagi diguna pakai dan apakah sememangnye Raihan telah menyemak dan beliau layak untuk bertanding. Untuk Kriteria sebagai wanita Raihan sudah layak. Bertudung, berperangai kewanitaan yang sejati dan tulen. Maka wanita akan menghadapi pertandingan 3 penjuru. 

Namun, bagaimana pulak denganShahrizat? Apakah isu lembu menjadi jalan sukar? Mungkinkah isu itu membuatkan Azalina merasakan ada ruang untuk mencantas Shahrizat agar terus duduk diam dengan lembu-lembu peliharaan?? Tiga penjuru inilah suatu saingan sengit yang bakal kita saksikan...

OKC: Tak kirala sape pun jadi Ketua sayap Wanita Umno nanti..apa yang penting kemenangan pada PRU14.. Takat jawatan hebat dalam parti tapi nak capai 100% wanita sokong parti, 100% wanita jadi ahli, 100% wanita setia pada pucuk pimpinan parti memang payah der...

Saturday, September 7, 2013

Ku Li Cabar Menteri, Bekas Menteri Isytihar Harta

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menggesa kerajaan agar mewajibkan para menteri dan juga bekas anggota Kabinet mengisytiharkan harta demi menangani rasuah.
"Semua menteri termasuklah saya perlu isytihar harta mereka. Pastikan semuanya isytihar harta mereka.
"Kita tengoklah apa yang kita ada dan tidak ada dan kita bagi rakyat nilai memandangkan kita ini adalah kepunyaan rakyat," katanya.

CAB - Setuju gak ler dengan cadangan Ku Li ni, untung sabut timbul, untung batu tenggelam..

Friday, September 6, 2013

Bingai Betul Tian Chua Cinabeng Ni!!

Jangan dipersoal mengapa Tian Chua mengeluarkan kenyataan menghentam DS Najib dengan mengatakan bahawa DS Najib memperbodohkan rakyat Malaysia.

Kebiasaannya manusia (konon) bernama Tian Chuak ini akan membuat kenyataan sama ada pada sidang akhbar atau di media sosial berkenaan apa-apa tindakan pimpinan Malaysia. Jika anda perasan, setiap kali beliau buat kenyataanlah bermaksud dia atau kumpulannya ada menyembunyikan sesuatu isu yang mereka reka untuk memporak-peranda rakyat Malaysia. Anda boleh imbas kembali kejadian tragedi Lahada Datu yang lepas, Tian Chuak mengeluarkan kenyataan PANAS dengan mengatakan bahawa Lahad Datu adalah sandiwara. Namun selepas itu, beliau sendiri terkantoi dengan rekod penerbangan ke Sulu sebelum kejadian tragedi Lahad Datu.

Apa pula kejadian selepas ini? Sama-sama kita tungu!!!

Wednesday, September 4, 2013

“Dinasti Lim” Wajar “Kembiri”kan Anthony Loke…

Saya tak tahulah orang lain, namun jika saya yang menerajui takhta “Dinasti Lim”, sudah tentu saya perintahkan Anthony Loke Siew Fook dijatuhkan hukuman “kembiri” dan dilarang sama sekali menjawat jawatan di dalam organisasi “chauvinis ultra kiasu”…

Bukan apa. Sebelum ini Anthony Loke ada berjanji akan mengemukakan sejumlah 500 surat asal yang telah ditandatangani oleh para perwakilan DAP sebelum pemilihan CEC parti itu yang diadakan pada akhir tahun lalu kepada pihak Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Namun walaupun janji Setiausaha Organisasi DAP itu dilafazkan pada 19 Ogos lalu, dia masih dilaporkan gagal menunaikan janjinya itu. Pada saya, perkara itu mampu menjejaskan kreadibiliti dan imej bersih telus yang kononnya ada pada DAP, bukan?

Memang ada beberapa pihak sebelum ini yang tampil mendesak dan mencabar Anthony untuk menunaikan janjinya. Namun pada saya, apa yang Anthony nak tunaikan jika sememangnya surat asal tersebut tidak pernah wujud? Kalau tak wujud, macam mana dia nak serah pada RoS?

Saya yakin, jika surat itu wujud, tak payah didesak atau diberi tempoh seminggu. Dia janji nak serah pada RoS pada 19 Ogos (Isnin), esoknya 20 Ogos (Selasa) pun dia boleh serah terus pada RoS, bukan? Apa masalahnya sampai perlu surat itu “diperam”?

Cuma saya musykil, kenapa Anthony celupar mulut sangat sampai berani terlepas cakap nak serah surat itu pada RoS? Kalau dia bisukan diri, tidaklah DAP dituduh penipu dan pembohong besar dalam soal kontroversi pemilihan CEC itu, bukan?

Pada hemat saya, Anthony Loke sememangnya menjejaskan kreadibiliti DAP dan wajar dikenakan tindakan disiplin yang sepatutnya. Berani dia malulakan “Dinasti Lim” di depan rakyat Malaysia?

Saya harap, Anthony tidak bertindak bodoh dengan mereka-reka surat palsu untuk dikemukakan pada RoS. Bukan apa. Kalau “kantoi” kali kedua, mungkin DAP boleh diharamkan terus dari bumi Tanah Melayu ini, kan?

Penat-penat “Dinasti Lim” menyusun gerakan dengan bala tentera “kacang merah” yang menelan kos yang sangat tinggi, tiba-tiba Anthony Loke cuba meranapkan kreadibiliti DAP pula? Memang nak kena “sida-sida” DAP itu, kan?

Saya menyarankan agar Setiausahan Organisasi DAP itu rujuk segera pada “Maharaja” dan “Putera Mahkota” DAP untuk menyelesaikan masalah 500 pucuk surat yang ditandatangani oleh para perwakilan parti itu.

Saya yakin, Kit Siang dan Guan Eng punya helah untuk mengatasi masalah Anthony yang “over promise” berkenaan surat tersebut. Mungkin kali ini helahnya lebih senang memandangkan ia dijangka tidak melibatkan “microsoft excel” atau kiraan undi.

Lagipun, bala tentera upahan “kacang merah” juga dilaporkan begitu ampuh dan mahir menggunakan “photoshope”. Mungkin mereka mampu melakukan keajaiban untuk menutup malu “Dinasti Lim” sekeluarga…

Perkara ini bukan perkara main-main. Isu 500 pucuk surat itu adalah sesuatu yang serius dalam survival “Dinasti Lim” memandangkan ramai pula ahli akar umbi DAP yang dilaporkan sudah hilang keyakinan pada “Maharaja” dan “Putera Mahkota”nya.

Risau juga “Dinasti Lim” jika matlamat mereka untuk mengubah Tanah Melayu menjadi “Tanah Besar China ke-2” gagal disebabkan oleh Anthony Loke yang celupar, bukan? Mana DAP nak letak muka pada masyarakat Cina yang berjaya ditipu mereka selama ini, kan?


Baca sini

Jumlah Tangkapan OPS Cantas Bukti Jenayah Kongsi Gelap Serius


Sehingga hari ini, jumlah penyangak yang bermaharajalela diberkas boleh dikatakan baik dan membuka mata ramai pihak akan ketangkasan polis Malaysia. Tabik spring buat anggota keselamatan. OKC harap kalau boleh Ops Cantas ni diteruskan sampai bila-bila  kerana wajah-wajah yang berselindung disebalik kongsi gelap dan gangster ni kebanyakkannya melibatkan orang yang berstatus tinggi dalam masyarakat.

Tak hairanlah kalau nama-nama ketua samseng yang bakal diumum terpalit nama  mereka yang hidup hanya tahu membangkang dan membangkang...Kita perlu ingat, samseng komunis berasal dari kelompok mana?? Roket? Mata Lebam? Lu pikir la beb...

Empat lelaki yang terbabit mengurung seorang wanita di sebuah hotel di Brickfields, di sini, antara 262 orang yang ditahan dalam Op Cantas Khas Polis Kuala Lumpur sejak 17 Ogos lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, tangkapan itu dibuat setelah mangsa, 19, yang dikurung di bilik hotel berkenaan selama beberapa hari dapat meloloskan diri dan membuat laporan polis minggu lepas.

“Daripada laporan itu, polis menahan empat lelaki terbabit dan didapati tiga daripada mereka adalah anggota kumpulan kongsi gelap,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Jabatan Pengurusan Kuala Lumpur.

Monday, September 2, 2013

BAGUIH EHH MENTORI BOSAR N9.. UNIVERSITI AL-AZHAR AKAN DIBINO KEK SINI

Malaysia bakal mencipta sejarah dunia apabila Universiti Al-Azhar, Mesir memilih untuk membuka cawangan pertamanya di negara ini.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, cawangan Universiti Al-Azhar itu akan memulakan operasinya di kampus sementara dekat Nilai, Negeri Sembilan pada September tahun depan.

Katanya, kampus tetap akan dibina di Seri Menanti juga di Negeri Sembilan dan bakal dikenali sebagai Universiti Al-Azhar Kampus Tuanku Muhriz.

Menurutnya, pemilihan Malaysia itu merupakan pengiktirafan terhadap sistem pemerintahan dan kepimpinan negara yang mengamalkan konsep wasatiyyah (kesederhanaan) dalam pentadbiran.

"Berita gembira ini disampaikan sendiri oleh Sheikhul Azhar, Sheikh Ahmed al-Tayyeb dan Naib Presiden Universiti Al-Azhar (Pendidikan dan Hal Ehwal Pelajar), Prof. Dr. Ibrahim Salah Al Hodhod semalam yang bersetuju kampus pertama mereka dibuka di sini.

"Untuk permulaan sebanyak tiga kursus akan ditawarkan iaitu Usuluddin, Syariah dan Bahasa Arab di kampus sementara di Nilai," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas membuat lawatan kerja bersama delegasi Kementerian Pendidikan ke Mesir, di sini hari ini.

Seramai 287 pelajar Malaysia dari Mesir termasuk tiga delegasi dari Kementerian Pendidikan dan tujuh kanak-kanak selamat tiba di tanah air hari ini dengan menggunakan penerbangan khas Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) pada pukul 8.25 pagi ini.

Menurut Idris, pihaknya juga telah mengenal pasti sebuah tapak seluas 80.9 hektar di Seri Menanti bagi pembinaan kampus tetap cawangan universiti itu.

Katanya, kampus baru itu akan menggunakan kokurikulum yang sama dengan Al-Azhar dan pensyarah juga akan dibawa khas dari sana.

Sehubungan itu, katanya, satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan antara universiti itu dan Malaysia di mana bekas Duta Malaysia ke Mesir, Datuk Dr. Mohd Fakhrudin Abdul Mukti dan wakil Universiti Al-Azhar Kampus Malaysia, Datuk Yahya Abd Jalil akan menjadi wakil negara.

Idris juga akan menjadi salah seorang wakil jawatankuasa bagi penubuhan universiti itu di Malaysia.

Mengulas lanjut, Idris berkata, pemilihan Malaysia untuk pembukaan kampus baru itu bukan disebabkan keadaan di Mesir yang sedang bergolak, sebaliknya kerana kepercayaan pentadbiran universiti itu terhadap kemampuan negara melaksanakan dasar Islam.

"Berkenaan isu kos, pembinaan universiti ini dibuat secara wakaf di mana kita mendapat dana melalui penderma dan mereka tidak mahu perkara itu dihebohkan," katanya.

Dalam pada itu, mengulas hasil lawatan delegasi itu ke Mesir, beliau berkata, beberapa universiti telah bersetuju untuk melonggarkan syarat menangguhkan ujian ulangan kepada pelajar Malaysia, namun keputusan lanjut hanya dapat diketahui dalam tempoh terdekat.

Bagi pelajar Universiti Al-Azhar, mereka boleh mengambil ujian tersebut di Malaysia pada 3 hingga 5 September ini.