Followers

rantau ku sayang

Saturday, February 16, 2013

Mak Lampir akan bawa Wanita PKR tawan Putrajaya..


Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin yakin calon wanita mewakili parti itu akan menang besar pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13).

Beliau berkata, ini berdasarkan rekod pemimpin wanita yang komited dengan perjuangan parti.

Menurutnya lagi, peratus calon wanita yang ditonjolkan dalam PRU 13 akan bertambah mengikut agenda untuk menjadikan 30 peratus pemimpin wanita dalam parti.

“Kita mahu 30 peratus calon wanita. Tapi setakat ini sudah dapat 20 peratus. Berdasarkan prestasi, calon wanita juga mempunyai potensi menang besar seperti calon lelaki.

“Setakat ini senarai calon wanita sudah ada dalam 40 hingga 50 orang. Semuanya masih dalam proses kerana melibatkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen,” katanya.

Zuraida berkata, keyakinan itu atas dasar perjuangan wanita yang tidak berbelah bagi apabila melibatkan urusan parti walaupun dibebani pelbagai tugasan harian.

“Rakyat tidak mudah untuk menolak calon wanita kerana mereka yakin wanita berusaha keras untuk mendampingi rakyat. Mereka lebih tabah, bersemangat dan setakat ini rekod pemimpin wanita masih bersih.

“Alhamdulillah, semua calon wanita kita diterima rakyat. Cuma kali ini berkat kerja keras, tidak akan ada halangan untuk menang. Muka-muka lama InsyaAllah kita kekalkan, tapi pastinya ada penambahan muka-muka baru,” jelas Ahli Parlimen Ampang itu.

1 comment:

  1. rekod wanita lain mmg la bersih ... yang buruk cuma rekod kau je zuraida !! dalam masa setahun jadi YB kau mampu beli 4 buah kereta mewah, sampai sekarang kau tak jawab, kenapa ???? jijik nya aku tengok muka kau. nak muntah kalau tengok kau senyum !

    ReplyDelete