Followers

rantau ku sayang

Thursday, February 21, 2013

Tuanku Sudah Perkenan, Khalid Saja Yang Tak Berani Bubar DUN Selangor

khalid ibrahim badut
Kecoh diperkatakan di kalangan para penganalisis politik “kedai kopi” tentang Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid “Gagap” yang dikatakan akan membubarkan DUN negeri itu dalam masa yang terdekat.
 
Dalam kenyataan terbaru Khalid kepada media, menjelaskan pagi tadi bahawa dia telah mengadap DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, bagi memohon perkenan Baginda untuk membubarkan DUN Selangor.
 
Bagaimanapun di dalam sidang media itu, Khalid masih lagi “tergagap-gagap” dan enggan mengumumkan tarikh sebenar pembubaran DUN Selangor. Dia hanya memberitahu bahawa DYMM Sultan Selangor bersetuju dengan permohonannya itu.
 
Selain itu, Khalid menjelaskan bahawa Sultan Sharaffuddin Idris Shah menitahkan dia agar melaksanakan pembubaran DUN secara tertib dan teratur…
 
Perkembangan itu didapati telah memperkuatkan lagi tentang desas-desus tentang tarikh pembubaran DUN Selangor di kalangan “ahli-ahli mesyuarat tingkap” yang gemar berbicara tentang politik semasa.
 
Menurut tinjauan saya, rata-rata yang ditemui tidak yakin bahawa Khalid berani untuk membubarkan DUN Selangor dalam masa terdekat atau lebih awal dari tarikh pembubaran Parlimen.
 
Kata mereka, Khalid sebenarnya suka buat “gimik syok sendiri” dan sumber dalaman memberitahu bahawa Pakatan Haram Selangor masih lagi belum selesai bergaduh tentang pembahagian kerusi DUN di kalangan mereka.
 
Dikatakan PKR Selangor mahukan lebih banyak kerusi DUN diberikan pada mereka ekoran niat yang mahu mengekalkan Menteri Besar dari kalangan pemimpin parti itu.
 
DAP juga mendesak agar diberikan kerusi DUN lebih banyak berbanding dulu memandangkan usaha mereka yang banyak membawa pengundi “hantu baru” di negeri itu di dalam tempoh 5 tahun.
 
Bagaimanapun, PAS dikatakan paling tertekan apabila parti itu tidak mempunyai alasan untuk meminta kuota kerusi DUN lebih banyak atau mengekalkan kerusi sedia ada memandangkan prestasi mereka yang sering bertentangan dengan dasar PKR dan DAP.
 
PAS masih lagi dihantui isu penggunaan kalimah “Allah” di mana isu tersebut menjadi alasan paling ampuh bagi PKR dan DAP untuk menafikan hak PAS untuk mendapatkan kerusi lebih banyak sekiranya DUN Selangor dibubarkan.
 
Malah dikatakan bahawa PKR dan DAP semakin sangsi dengan “ketaatan” PAS pada “ketuanan” PKR dan DAP apabila parti itu berani membuat pusingan 360 darjah berhubung isu tersebut yang bertentangan dengan kehendak “kedua ekor syaitan” itu.
 
Apatah lagi dengan kenyataan Presiden PAS, Hadi Awang baru-baru ini yang menyatakan bahawa PAS tidak teragak-agak untuk keluar dari Pakatan Haram sekiranya dasar gabungan parti pembangkang itu merugikan Islam.
 
Disebabkan pergolakan itulah maka dikatakan bahawa Khalid masih lagi teragak-agak untuk membubarkan DUN lebih awal dan dia didakwa serba-salah untuk mengotakan kata-katanya yang kononnya mahu membubarkan DUN selepas hari Chap Goh Meh.
 
Ditambah lagi dengan pergeseran Khalid dengan “anak ikan Anwar”, Rafizi Ramli berkenaan manifesto Pakatan Haram Selangor, dia dilihat semakin “takut” untuk kehilangan kerusi Menteri Besar pada “team” Azmin Ali.
 
Namun saya percaya, BN Selangor sudah menyiapkan segala persiapan untuk menanti tarikh pembubaran DUN di negeri termaju itu. Sebut saja bila tarikhnya, BN Selangor akan gempur habis-habisan dan kembali menawan negeri itu, insyaAllah. Lawan tetap lawan!

No comments:

Post a Comment